Day 3
Lee Honey
Hari ini merupakan hari ketiga aku dan taehyung duduk di dalam rumah yang sama dimana ianya rumah aku.
Tiada apa benda pelik yang berlaku, kami hanya melakukan perkara perkara yang biasa sahaja seperti makan, mandi, buat kerja rumah, tonton televisyen, bermain telefon pintar dan sebagainya.
Aku berharap lockdown ini akan tamat dengan segera. Tak mahu aku duduk lama lama dengan lelaki asing, takut nanti terjadi apa apa yang tak di duga pula.
" honey, engkau tak bosan ke? " , soal taehyung pada aku. Aku berfikir seketika sama ada aku bosan atau tidak.
" bosan lah juga, kenapa? " , soal aku padanya kembali. Dia menggarukan kepalanya tanda seperti dia sedang berfikir tentang sesuatu.
" engkau ada permainan dalaman yang menyeronokkan? " , soal taehyung pada aku. Aku menganggukkan kepala aku sebagai jawapan ya.
" apa benda? " , soal taehyung teruja.
" engkau reti main congkak? " , soal aku padanya. Dia berfikir buat seketika waktu.
•••
Kim Taehyung
" aku menang, engkau kalah haha " , kata honey gembira apabila gulinya lebih banyak daripada aku.
Bapok, sampai dua lubang terbakar dia bantai dekat aku. Hm, aku memang teruk betul dalam bab permainan perempuan ni.
" macam mana eh kau tak banyak main tikam tapi boleh menang? " , soal aku ingin tahu. Honey tersenyum kecil lalu berkata,
" tikam nampak macam banyak tapi tak semestinya akan menang ahak " , jawab honey agak keling di situ tapi aku malas ingin bertanya banyak. Nanti orang menyampah.
" hm honey " , aku memanggil honey yang sedang sibuk menyimpan guli ke dalam bekasnya kembali.
" hm apa? " , jawab honey. Aku memandangnya sekilas lalu memandang ke lantai semula.
" kau tak bosan ke duduk rumah sorang sorang? " , soal aku ingin tahu dan dalam masa yang sama aku ingin mengurang rasa kekok antara kami.
" um tak? Sebab aku selalu keluar pergi kerja, keluar dengan kawan— jarang jugaklah aku duduk dekat rumah ni " , balas honey sambil pandang aku.
" oh ye cakap pasal bosan ke tak duduk dekat rumah sorang sorang— anjing kau yang comel molek tu macam mana? " , soal honey menyentakkan aku dan mengingatkan aku tentang yeontan yang berada di kawasan rumah aku.
" eh weh! Haah anjing aku! " , kata aku agak kuat kerana baru teringat tentang yeontan.
•••
" macam manalah kau boleh lupa pasal yeontan? " , soal honey agak tidak faham dengan aku yang amat senang terlupa akan sesuatu.
" aku tak teringat pasal dia, lupe hihi " , balas aku sambil mengusap lembut kepala yeontan.
Nasib baik aku biarkan yeontan keluar tempoh hari sebab dia nak pergi membuang, dan aku bernasib baik jugak yang yeontan ni bijak memang pantang nampak aku je dia datang.
" eh dah jom masuk dalam, macam nak hujan je " , ajak honey supaya aku lekas masuk. Aku menganggukkan kepala lalu mengikut dia dari belakang.
Tbc