Day 5
Lee Honey
Aku sedang mencari cari kelibat taehyung yang entah kemana dia pergi.
Nak kata dia keluar takkanlah sebab sekarang ni mana boleh keluar dari rumah.
Bukan apa aku cari dia ni, yeontan ni ha dok terpekik pekik terlolong cari taehyung. Bising pulak dia jadi aku nak bagilah yeontan ni pergi berkempit dengan taehyung tuan kesayangan dia tu.
" dia dekat bilik dia kut tan " , kata aku pada yeontan. Yeontan membalas dengan suara anjingnya.
Kalau dia bercakap nanti mahu aku murung sampai habis lockdown ni.
Aku pun mengorak langkah naik ke tingkat atas untuk pergi mencari taehyung di bilik tidurnya.
Sesampai sahaja di hadapan pintu bilik yang ditumpangnya.
Aku terus membuka pintu bilik itu tanpa ragu ragu. Yeontan yang hampir melorot jatuh kebawah, aku memperbetulkan posisinya.
Kelihatan taehyung yang sedang syok pakai airpod sambil bermain game dari telefon pintarnya.
Patutlah aku panggil panggil dia tak dengar.
" kau tengok bapak engko ni tan, jenuh penat aku berjerit mengilai ngilai panggil dia, dia boleh syok syok main game tan— " kata aku pada yeontan. Yeontan membalas dengan suara anjingnya lagi.
Mungkin dia balas 'tu ar tu' la kot.
Aku mencabut airpod sebelah kanan taehyung. Terus dia memandang aku yang sedang mendukung yeontan seperti anak aku ini.
" penat aku panggil kau tau! Nah ni yeontan dari tadi sibuk bising cari kau " , kata aku lalu menyerahkan yeontan pada taehyung.
Taehyung tanpa teragak agak terus ambil mendapatkan yeontan.
" lah kenapa tak panggil je aku " , katanya. Ish rasa macam nak je aku tampor muka dia bila dia cakap macam tu.
" hampir nak terkeluar anak tekak aku ni panggil kau itu pun kau nak kata aku tak panggil kau lagi? " , balas aku. Dia tersengih kekok lalu membelai bulu yeontan.
" hehe sorry " , balas taehyung.
" aku keluar dulu " , kata aku lalu mula mengorak langkah keluar dari biliknya.
Baik aku layan drama lagi baik dari layan taehyung yang pekak badak.
•••
Kim Taehyung
Aku turun ke bawah menggunakan tanggan kerana ingin ke dapur untuk meminum air.
Tetapi televisyen yang elok masuk terbuka menarik perhatian aku.
" dah pukul 2 pagi pun masih belum tidur? "
, soal aku sendiri. Lalu aku pun pergi ke ruang tamu untuk menegur honey.Dari petang tadi sampai ke pagi dia tengok tv.
Baru sahaja aku ingin menegur dia, tapi tak jadi sebab rupanya dia dah tertidur atas sofa sambil pegang remote tv.
Aku mengambil remote yang berada di tangannya lalu menutup tv dan mula mengejutnya agar dia tidur di biliknya.
Sakit badan nanti kalau tidur dekat sini.
" honey, bangun tidur bilik " , kejut aku lembut sambil menggocangkan bahunya sedikit.
" ish pergilah! Orang nak tidur! " , balasnya sambil menepis kasar tangan aku.
Nak dekat 10 kali aku kejut dia suruh tidur di bilik.
Gara gara kerana tak sampai hati nak biarkan dia tidur dekat sini, aku pun angkat sajalah dia dengan gaya pengantin untuk bawa dia tidur ke biliknya.
Nasib baik tak berat, ni kalau berat ni mau patah tulang aku.
Tbc