팙 : 17

1.3K 241 1
                                    

Day 14

Kim Taehyung

Wajah honey aku tatap sekejap sekejap. Dia yang perasan akan perbuatan aku terus memandang aku pelik.

" kau ni kenapa tae? " , soal honey hairan dengan kelakuan aku yang mungkin pelik baginya.

Aku menggelengkan kepala aku tanda tiada apa apa. Dia mengabaikan aku dan terus menonton televisyen yang kini sedang menayangkan cerita drama kegemarannya.

Sedang asyik honey menonton drama kesukaannya, tiba tiba cerita tersebut bertikar ke saluran berita live.

Dimana ada wajah hyung aku yang sedang tersenyum manis sehingga terlihat lesung pipitnya.

" hai semua rakyat koreaq selatang, disini saya ingin memberitahu satu berita yang menggembirakan kepada semua bahawa harini adalah hari terakhir untuk anda semua terperuk dan terkurung di dalam rumah kerana selepas ini anda sudah bebas dari covid-19! Seronokkan? Mungkin ada yang gembira dan mungkin tak. Yang mana nak confess delat crush tu confess lah cepat. Takut nanti terlambat pulak. Okay tu je, harini saya malas malas nak bebel. " , kata namjoon hyung dari televisyen lalu terus saluran berita tadi bertukar ke drama yang honey tonton pada mulanya.

" jadi, esok aku dah boleh balik ke rumah kau la ya? " , soal honey sambil memandang aku dengan senyuman manisnya.

Aku lambat lambat menganggukkan kepala aku. Aku taknak balik rumah aku lagi! Aku nak duduk dengan dia sampai bila bila!

Sedang aku sedih di dalam hati. Honey tersenyum riang, mungkin gembira yang akhirnya aku akan keluar juga dari rumahnya.

Tapi tiba tiba aku teringat tentang sesuatu.

Yang aku lupa passcode pintu rumah aku. Tentang itu, aku serius tak tipu. Aku memang lupa gila.

" honey " , panggil aku. Honey memandang aku dengan senyuman riangnya yang masih tidak lengkang dari wajah.

" apa? " , soalnya sepatah dengan nada suara yang sedikit ceria.

" um macam mana aku nak balik esok dah kalau aku lupa passcode rumah aku? " , soal aku takut takut.

Senyuman keriangan honey tadi perlahan lahan menghilang apabila aku mengingatkannya tentang perkara itu.

Dia tersenyum lemah lalu menganggukkan kepalanya perlahan.

" aku akan minta bantuan kawan aku untuk buat balik code rumah baru okay? " , kata honey dengan nada suara yang lembut tetapu kedengaran agak lemah.

" erm "

Tbc

" √ "  ♡ LOCKDOWN • KTHWhere stories live. Discover now