Day 9
Lee Honey
Hujan yang turun ke bumi amat lebat pada malam ini, aku yang sudah lama terbaring diatas katil bersedia untuk tidur terganggu oleh bunyi guruh yang berdetum detum kuat di luar.
Aku cuba melelapkan mata aku untuk tidur tapi tak boleh disebabkan guruh yang semakin kuat berbunyi.
Pintu bilik aku diketuk dari luar dengan kuat.
Aku mengerutkan dahi aku pelik, kenapa pula si taehyung ni ketuk pintu aku seperti tiada lagi hari esok?
Aku dengan segera pergi ke pintu bilikku untuk dibuka.
Mahu pecah pintu bilik aku kalau dibiar lama lama. Bagai nak pecah taehyung mengetuk.
Aku membuka pintu bilik aku dengan wajah cemberut pelik dengan taehyung yang sedang menangis teresak esak.
Ini kali kedua aku tengok dia menangis selepas kejadian yang dia terlupa password kod rumah dia.
" kenapa ni tae? " , soal aku lembut. Taknaklah soal kasar kasar, nanti makin kuat dia menangis nanti mahu berdarah telinga aku.
" a-aku takut guruh— umm.. b-boleh aku tidur dengan k-kau malam ni honey? " , soalnya berselang seli dengan sendu.
Aku mengerutkan kening aku pelik.
" kau gila ke? Takkan kau nak tidur dengan aku kut? " , soal aku kembali dengan pandangan tidak percaya.
" a-aku—
DDUM!!
HONEY AKU TAKUT!!! AKU TAK BOLEH TIDUR SORANG KALAU GURUH MAKIN KUAT MACAM NI!!! " , menggigil seluruh badan taehyung sambil memeluk aku erat.
Takut betul ni.
" ish yelah meh ikut aku " , balas aku mengalah lalu aku menutup pintu bilik dan mengheret dia untuk ikut aku tidur.
Aku membaringkan tubuh aku keatas katil. Taehyung yang masih takut dan tidak melepaskan pelukkan dari aku pun ikut sama baring disebelah aku.
Semakin erat pelukkan taehyung.
Aku menarik selimut untuk menutup tubuh aku dan taehyung.
Aku memandang taehyung yang sekarang sudah menutup wajahnya sambil memejam mata rapat.
" takut betul ya engkau dengan guruh " , kata aku membuka bicara. Taehyung memandang aku sekilas lalu menganggukkan kepalanya tanda ya.
" kenapa? " , soal aku ingin tahu. Taehyung menyembamkan wajahnya di leher aku secara tiba tiba.
Terkejut aku, nasib tak terlepas penumbuk padu aku ni kepada dia.
" dulu, aku pernah ditinggalkan oleh bekas awek aku semasa hujan guruh macam ni " , kata taehyung membuka cerita.
" HAHAHA, itu pun sampai fobia ke boi? " , aku mentertawakan dia sehingga menangis aku dibuatnya kerana kelakar sangat.
" ish aku tak habis cerita lagilah " , balas taehyung. Aku hanya mengangguk tanda berserah agar dia sambung bercerita semula.
" lepas tu aku terkena renjatan sebab masa tu aku duduk bawah pokok, terus fobia aku selepas itu " , sambung taehyung. Aku hampir tertawa tetapi aku tahan.
Taehyung semakin mengeratkan lagi pelukkannya pada pinggang aku apabila gurun semakin kuat berdetum dari luar jendela.
" maaflah kalau kau rasa tak selesa " , kata taehyung sambil menyembamkan wajahnya pada leher aku.
" eh takpe takpe, aku faham " , balas aku sambil memeluk bahunya dan menepuk nepuk perlahan agar dia terlelap.
" tidurlah tae— tak payah fikirkan sangat " , kata aku lembut lalu aku pun tertidur di dalam dakapan erat taehyung.
Begitulah juga dengan taehyung.
Tbc