" Okay, fine! But nanti korang kena belanja aku ais krim. " Ujar Hyuck dan terus berdiri dari tempat duduknya untuk meminta dirinya ke tandas padahal dia ada niat lain. Kedua-dua Renjun dan Eunji tidak sabar untuk melarikan diri dari tempat yang dipanggil sebagai neraka itu.
Kemudian, Encik Ji memberi lima minit rehat untuk semua orang dalam kelasnya berehat seketika sebelum menyambung semula pelajaran mereka. Eunji bangun dari tempatnya untuk pergi ke tempat Jeno yang selang dua meja dengannya.
Jeno tersenyum apabila rakannya datang kepadanya yang sedang merenggangkan badan dia.
" Jeno, simpan semua barang kau. " Ujar Eunji dengan perlahan dan Jeno melakukan muka keliru pada Eunji, keliru akan apa yang dimaksudkan. Disebabkan Eunji tidak mahu sesiapa dengar, dia bisik pada Jeno akan idea gila itu kepada Jeno.
Reaksi Jeno sepertimana reaksi Jaemin tetapi Jeno terima sahaja idea tersebut kerana Eunji tidak berhenti merengek macam budak kecil untuk Jeno ikut mereka sekali.
Jeno turut juga menyimpan barang dia satu demi satu. Eunji berikan pandangan gembira pada Renjun untuk memaklumkan Jeno turut akan ikut mereka.
" Baiklah semua. Mari kita sambung semula. " Semua orang kembali ke tempat mereka tetapi sebaik Eunji melabuhkan punggung di atas kerusi dia, bunyi penggera kebakaran berdering, membuat semua orang dalam kelas mereka terkejut dan panik. Eunji dan Renjun tahu Hyuck telah tekan penggera itu.
Encik Ji kelihatan keliru akan apa sedang berlaku dan menyuruh pelajar-pelajar dalam kelasnya untuk keluar dari kelas tetapi ada saja yang sudah cabut lari kerana kebakaran sebelum Encik Ji suruh.
Keempat-empat mereka turut juga keluar dari kelas dengan beg digalas pada bahu mereka. Encik Ji menyuruh mereka yang membawa barang mereka untuk tinggalkan barang mereka tetapi tidak sempat kerana sudah jauh ketinggalan.
Mereka berlari dengan penuh semangat dan teruja kerana mereka dapat ponteng kelas. Senyuman pada muka mereka tidak dapat menghuraikan betapa gembiranya mereka dapat ponteng sekolah.
Sebaik mereka keluar dari premis sekolah, mereka nampak Hyuck yang sudah berdiri di luar pagar, sedang melambai tangannya pada mereka. Mereka pun sertai Hyuck dan sama-sama mereka keluar dari kawasan sekolah.
YOU ARE READING
fire escape
Historia Cortabecause of the stupid idea all went wrong and right at the same time nct 00 line // short story