003

146 41 0
                                    

Mereka berlari dengan penuh semangat dan teruja kerana mereka dapat ponteng kelas. Senyuman pada muka mereka tidak dapat menghuraikan betapa gembiranya mereka dapat ponteng sekolah.

Sebaik mereka keluar dari premis sekolah, mereka nampak Hyuck yang sudah berdiri di luar pagar, sedang melambai tangannya pada mereka. Mereka pun sertai Hyuck dan sama-sama mereka keluar dari kawasan sekolah.

Mereka lari jauh dari kawasan sekolah mereka hinggalah mereka jumpa kedai ais krim. Mereka masuk ke dalam dengan keadaan yang tercungap-cungap.

" Kenapalah...kita lari...dari sekolah...sampai sini...penat lah.. " Ujar Renjun yang kepenatan itu. Jeno cuma kepenatan sikit sahaja, sikit ja. Dia mempunyai stamina yang kuat maka, ia tiada masalah untuk dia lari satu kilometer pun.

" Okay, mana upah aku? " Ujar Hyuck. Kedua-dua Jaemin dan Jeno undur ke belakang kerana mereka tahu bukan idea mereka dan Eunji dan Renjun terpaksa juga korbankan duit mereka untuk belanja Hyuck setelah apa dia telah buat.

Mereka berlima nikmati pilihan ais krim mereka. Jaemin memilih ais krim vanila coklat dengan taburan warna-warni atasnya, Jeno memilih ais krim blueberry, Renjun memilih strawberi, Hyuck mengambil ais krim perisa coklat campur kopi dan Eunji ambil perisa asas iaitu coklat.

" Tak sia-sia ponteng sekolah hari ni, siap ada promosi diskaun untuk hari ni ja. " Ujar Renjun dan mereka setuju. Walaupun Jeno dan Jaemin pun mengata ia tidak sia-sia mereka datang ke kedai aiskrim itu sebelum ia tutup pada masa yang mereka sudah habis sekolah.

Selepas mereka habiskan aiskrim mereka, mereka singgah ke arked yang dibelanja oleh Hyuck. Entah mengapa Hyuck tiba-tiba hendak belanja mereka ke kedai arked tetapi dia akan menyesal sebaik mereka sampai kerana terdapat permainan yang seronok untuk dimain dan mereka main semua yang ada.

fire escape Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang