Aku memasang telinga mendengar perbualan Sunwoo dengan membernya yang tidak jauh dari tempat aku.
"Malam ni korang free tak?"
"Free"
"Aku pun."
"Free. Kenapa?"
"Malam ni kita keluar nak tak?"
"Malam ni? Boleh je"
Aku terus merenung Sunwoo tajam apabila dia setuju keluar malam ni.
Tak padan dengan kaki sakit!
Kalau aku tahu, aku cucuk je kaki dia dengan pisau malam tadi.
"Kita nak pergi mana?"
"Pergi Seoul Park. Kita masuk rumah hantu"
Rumah hantu?
Itu tempat akuuuuuu😎
"Rumah hantu? Boleh je"
"Kau tak takut ke?"
"Tak..."
Ouhh...tak takut eh. Tengoklah malam ni aku kerjakan kau, Sunwoo.😈
"Yah. Kenapa kau senyum macam tu? Seram aku." Tegur Minji di sebelah aku.
"Minji-ah. Malam ni aku nak takutkan Sunwoo" beritahuku teruja.
"Takutkan dia? Dekat mana? Dekat rumah dia ke? Sejak bila korang tinggal satu rumuh? Atau...kau dah kawin dengan dia tanpa jemput aku?!" Soal Minji.
Aku mengelengkan kepala aku.
Puning woi nak jawab semua soalan dia.😖
"Apa kau merepek ni. Kitaorang belum kawin lagilah dan satu lagi aku akan pastikan yang kitaorang takkan berkawin. Pasal yang aku nak takutkan dia tu, bukan aku nak takutkan dia dekat rumah dia.
Aku rancang nak takutkan dia masa dia datang Seoul Park malam ni. Dia dengan membernya rancang nak try masuk rumah hantu dekat tempat aku kerja tu" terangku panjang lebar.
"Ouhhh...." Punyalah aku terangkan pada dia panjang lebar itu je dia balas. Haih...😧
"Weh. Kau pasti ke dia takut? Kot-kot dia ni jenis berani ke?"
"Jangan risau. Aku akan pastikan dia takut" kataku sambil menyilangkan tangan.
•••
Aku berdiri di tengah-tengah pintu keluar kelas menghalang laluan Sunwoo yang nak keluar rehat.
Aku menyilangkan tangan aku lalu pandangnya.
"Kau nak apa?" Soal Sunwoo yang rasa jengkel dengan aku.
"Tak padan dengan kaki sakit! Ada hati nak keluar malam ni" sindirku.
"Suka hati akulah nak keluar atau tak. Apa hak kau nak halang aku." Balas Sunwoo lalu menolak aku ke tepi.
Aku mengeluh kecil dan hanya memandang Sunwoo yang berjalan terjengket-jengket menunju ke arah kantin.
"Tengoklah nasib kau malam ni. Aku tak sabar nak tengok kau lari dengan kaki macam tu"
•••
Aku masuk ke dalam bilik persalinan staff. Kelihatan semua rakan-rakan hantuku sudah siap sedia dengan pakaian hantu mereka.
"Weh korang. Malam ni aku nak korang jangan beri muka pada mangsa-mangsa kita." Kataku teruja.
Mereka hanya tersenyum lalu menganggukan kepala.
Sunwoo, kau tunggulah.😈
•••
Seperti biasa, aku bersembunyi di sebalik rak buku di bahagian Zombie-Zombie.
Setiap zone aku berpecah kepada setiap jenis hantu.
Untuk zone pertama ialah untuk hantu Vampire. Mereka akan berdiri tegak seperti patung di setiap sudut.
Mereka akan mengejutkan pengunjung dengan buat sergahan secara tiba-tiba. Kebanyakkan pengunjung akan terkejut kerana pengunjung menganggap mereka hanya sebagai patung.
Untuk zone Kedua, ialah untuk hantu pelajar.
Mereka akan memakai baju uniform sekolah dan duduk di meja seperti di dalam kelas.
Mereka akan menyanyi lagu yang menyeramkan lalu menyergah mereka.
Untuk Zone ketiga ialah untuk zone zombie iaitu zon aku.
Di zone kami kali ni akan membuat sergahan secara ramai-ramai.
Kami akam mengejar mereka sehingga di zone yang seterusnya.
•••
"Uwuuu...takutnya akuuuu~~"
"Kenapa ramai cakap dekat sini tempat paling menakutkan? Pada pendapat aku, biasa-biasa je."
"Kan. Kesianlah diorang ni. Benda macam ni pun nak takut"
"AHAHAHAHAHA!!! Kesian hantu tu"
Aku kenal suara mereka.
Mangsa aku dah tiba😈.
Ouh...tak takut eh....😏
•••
[Author pov.]
Sunwoo dan membernya akhirnya masuk ke dalam zone zombie.
Disekeliling mereka terdapat banyak kesan darah yang merupakan cat merah.
Lampu yang rosak menarikkan lagi suasana itu.
Mereka semua tersentak apabila pintu di sebelah mereka ditutup dengan kuat.
"Alah...benda biasa je ni..." kata Sunwoo pura-pura berani. Padahal seluruh tubuhnya mula rasa kesejukkan.
Langkah mereka terhenti apabila ada kerusi roda bergerak melepasi mereka.
Tiada sesiapa yang mengawal kerusi roda itu.
Mereka mula menelan air liur. Tiba-tiba tekak kering.
Baru sahaja mereka ingin meneruskan perjalanan mereka, bunyi effect suara zombie mula kedengaran di belakang mereka.
Mereka semua memandang ke arah belakang mereka serentak.
Tiada siapa.
Baru sahaja mereka ingin memandang ke hadapan semula, beberapa zombie mula muncul di belakang mereka lalu mengejar mereka.
Mereka apa lagi, pecut lari meninggalkan Sunwoo yang berjalan terhincut.
"Weh! Tunggulah akuuu!!!"
Dalam sekelip mata, membernya sudah lesap dari pandangannya.
Sekali sekala Sunwoo memandang Zombie di belakangnya.
Dalam keadaan itu, Younghee a.k.a tunangnya menyergahnya dari depannya.
"ARRGGHH!!!" Teriak Sunwoo kerana terkejut.
Langkahnya terhenti kerana dihalang oleh Younghee.
Dia tidak dapat nak pergi ke mana-mana.
Younghee mendekatinya dengan berjalan seperti zombie.
Dia pandang Younghee dengan pandangan ketakutan.
"Gggrrrrhhhhhhh!!!!" Younghee membuat bunyi seperti Zombie bagi menambahkan lagi ketakitan Sunwoo yang sudah basah dengan peluh.
Sunwoo terduduk.
"To-Tolong bagi aku pergi. Jebal" rayu Sunwoo pada Younghee.
Younghee tersenyum gembira.
Younghee memberikannya ruang untuk dia pergi.
"Go-Gomawo" ucap Sunwoo gagap.
Younghee tersenyum sinis sambil memandang Sunwoo yang berjalan pergi dengan kaki yang sakit itu.
TBC