❣: 20

839 105 5
                                    

Kami berempat kembali ke pondok, sambil membawa hasil pungutan kami.

Udang galah yang kami tangkap, di rebus. Walaupun udang galah itu cuma ada 1, tapi cukup untuk kami berempat merasainya.

Buah-buah yang kami jumpa dijadikan makanan sampingan.

Mereka bertiga sekali lagi turun ke laut untuk menangkap ikan bagi dijadikan makanan malam kami.

•••

🌘🌘🌘

Cuaca pada malam ini sedikit berbeza dengan malam semalam.

Angin pada malam ini lebih kuat berbanding semalam. Bintang di langit juga tidak kelihatan. Hempasan ombak juga lebih kuat berbanding sebelum ini.

Kami meramalkan Hujan akan turun dengan lebat pada malam ini.

Kami berempat bersiap sedia memakai pakaian yang tebal untuk mengelak dari kesejukkan.

Sunwoo dan Bomin menambah baikan pondok kami dengan meletakkan Daun pisang di sekeliling Pondok kami bagi menghalang angin masuk.

•••

Tidur kami ditemani dengan bunyi hujan yang jatuh ke bumi. Seperti yang kami ramalkan, hujan turun dengan lebatnya.

Kami berempat membungkuskan diri kami untuk mendapatkan tidur yang lena tanpa diganggu dengan kesejukkan.

Tapi ianya tidak berkesan 100%. Kami masih merasai kesejukkan.

Aku yang kesejukkan mula bersin. Sunwoo yang tidur di hujung sekali tersedar.

Dia memberi pad panasnya kepada aku.

"Kau gunalah"

"Tak apalah. Aku dah ada" tolakku.

"Itu tak cukup. Kau guna je ni"

"Tapi, kau?"

"Tak pe. Aku okey. Dah sambung tidur"

"Nae. Gomawo" ucapku lalu kembali baring.

Aku mengenggam kedua-dua pad panas itu dengan erat. Aku harap, aku dapat tidur dengan lena malam ni.

•••

Bunyi kicauan burung menyedarkan aku dari alam mimpi.

Buka-buka sahaja mata, pandangan aku dihiasi dengan wajah Sunwoo.

Sekejap!

Wajah Sunwoo?

Bila masa dia tidur sebelah aku ni?!😰

Aku melihat tanganku yang digenggam kemas oleh Sunwoo.

Aku merenung wajahnya yang masih lena dibuai mimpi.

Cepat-cepat aku memejamkan mata apabila Sunwoo mula bergerak-gerak.

Tangan aku dilepaskan. Wajahku di usap lembut. Apa yang kau buat ni Sunwoo?! Sejak bila kau jadi macam ni???

Aku membuka mata aku perlahan apabila merasakan Sunwoo telah pergi.

Aku melepaskan nafas lega.

Kenapa Sunwoo bersikap begitu romantik pada aku. Itu buka diri dia!

Aku tak pernah melihatnya berkelakuan begitu romantik terhadap aku atau sesiapa.

•••

Tepat jam 12 tengah hari, kami semua berkumpul di tempat yang diarahkan oleh Saem Jinyoung.

Akhirnya iktihar hidup kami di Pulau ini telah tamat.

Kami saling menyapa group lain iaitu group 4 (Taehyun, Beomgyu, Taeri dan Bora).

"Sekejap, mana group 3?" Soalku apabila melihat ada kumpulan kami dengan kumpulan Taehyun sahaja.

"Kau tak tahu ke?"

"Tahu apa?"

"Diorang dah baliklah petang semalam" beritahu Beomgyu.

"Balik? Kenapa pulak?"

"Entahlah. Aku pun tak tahu. Tahu-tahu je diorang dah balik" kata Beomgyu sambil mengangkat bahunya.

"Okey semua! Taniah kerana berjaya harungi cabaran ini" ucap Saem Jinyoung.

Kami semua menepuk tangan bangga dengan kerjayaan kami.

"Tapi! Masih belum WUJUD ada 2 pemenang. Jadi! Saya telah sediakan pertandingan tambahan untuk menentukan pemenang bagi Cabaran ini" beritahu Saem Jinyoung dengan semangatnya.

Aku mula rasa resah. Apa pula Saem Jinyoung nak buat niii😫

"Pertandingan tambahan kamu ialah pertandingan menguji kekuatan fizikal kamu" beritahu Saem Jinyoung.

Aduhaiii fizikal aku dah lah lemah. Macam mana niiii.

"Kamu nampak bendera dekat sana tu? Kamu akan mula dari situ. Orang pertama perlu berenang ke kapal itu.

Selepas itu orang kedua akan terjun dari kapal itu lalu berenang dan berlari ke bendera yang terpacak di tepi pokok kelapa itu. Orang ketiga perlu panjat pokok kelapa itu dan mengambil bendera kecil di atas pokok kelapa itu.

Lepas dapat bendera itu, kamu perlu  berlari ke bendera hijau itu. Orang keempat perlu mengali pasir mencari kotak kecil. Lepas dah dapat kotak kecil itu kamu perlu berlari ke garisan penamat. Kamu semua faham?" Terang Saem Jinyoung panjang lebar.

"FAHAM!"

"Sekarang kamu boleh bincang strategi kamu" arah Saem Jinyoung.

Kami berempat terus membuat bulatan untuk berbincang.

"Aku tak pandai berenang, jadi aku tak nak buat 2 aktiviti mula-mula tu" beritahuku awal-awal.

"Kalau macam tu, kau buat yang last. Gali pasir"

"Okey. Aku boleh. Tapi siapa nak panjat pokok kelapa? Susah tu" soalku.

"Biar aku cuba" pelawa Sunwoo.

"Betul ni kau nak buat?"

"Nae."

"Okey. Kalau macam tu, Minji kau buat pusingan pertama dan Bomin awak buat pusingan kedua. Okey?"

"OKEY!"

•••

[TURUTAN]

1- Berenang ke kapal
(Minji)
(Bora)-pihak lawan

2- Berenang dari kapal ke pokok kelapa
(Bomin)
(Beomgyu)- pihak lawan

3- Panjat pokok kelapa
(Sunwoo)
(Taehyun)- pihak lawan

4- Gali pasir
(Younghee)
(Taeri)- pihak lawan

•••

Kami semua bersediap di tempat masing-masing. Perasaan gemuruh memenuhi diri kami.

Pemenang akan mendapat tiket bercuti di Jeju Island dengan bermalam di Hotel 5 Bintang!

Siapa sahaja yang tidak mahu hadiah begitu.

Nasib mereka menyebelahi kekuatan fizikal mereka!

"Hana! Dul! Set!"

Prreettttttt!!!!








TBC

Just U || Sunwoo TBZWhere stories live. Discover now