❣: 18

799 113 21
                                        

Aku berjalan mendekati Bomin yang sedang berdiri di depan api.

"Bomin" tegurku.

Seperti biasa, dia akan melemparkan senyuman kepada aku.

"Saya nak cakap sesuatu dengan awak ni" kataku teragak-agak.

"Awak nak cakap apa dengan saya?" Soal Bomin ingin tahu.

"Emm...pasal...awak cakap...awak suka saya tu..." Berat mulut aku nak menyebutnya.

"Ouh. Pasal tu. Mianhae kalau buat awak tak selesa dengan luahan saya tu" ucap Bomin.

"Mianhae Bomin. Saya cuma anggap awak sebagai kawan saya je" beritahuku jujur.

Bomin tersenyum kecil.

"Tak perlu minta maaf. Saya luahkan tu pun cuma nak cuba nasib saya je. Kalau dapat, dapatlah. Kalau tak, saya tak kisah. Cinta itu kan tak boleh dipaksa" ujar Bomin yang hanya memandang ke arah api.

"Maafkan saya ye Bomin."

"Tak apalah. Awak tak salah pun. Kitakan kawan" Bomin menghulurkan tangannya untuk berjabat tangan dengan aku.

"Betul tu. Kita kawan" aku menyambut huluran tangannya itu.

Kami saling tersenyum antara satu sama lain.

Kami berdua kembali memandang api yang berada di depan kami.

"Bomin, apa pendapat awak tentang Minji?" Soalku.

Bomin memandang aku.

"Kenapa awak tanya?" Soal Bomin.

"Saje nak tahu"

"Emm...Minji baik orangnya. Kadang-kadang saya rasa dia tu comel." Beritahu Bomin sambil membayangkan wajah Minji di dalam kepalanya.

Aku tersenyum teruja.

"Comel? Ouh, Okey. Kalau awak nak tahu, Minji tu single" beritahuku.

Bomin memandang aku terkejut.

"Kenapa awak beritahu saya tentang tu?"

"Tak adalah. Saya cuma nak awak tahu je. Sebab orang tu sentiasa menanti cinta dia dibalas oleh orang yang dekat sebelah saya ni" kataku sambil mencucuk pasir dengan kayu kecil.

Bomin pandang aku tidap percaya.
Aku turut memandangnya dengan pandangan yang penuh bermakna.

Bomin tersenyum kecil lalu menganggukan kepalanya tanda faham.

Baguslah kalau dia faham.

Aku memandang Bomin yang tiba-tiba berdiri.

"Awak nak pergi mana?" Soalku.

"Pergi ke orang tu" kata Bomin dengan senyuman manis.

Aku menganggukan kepala aku tanda faham.

"Gomawo sebab beritahu saya" ucap Bomin.

Aku sekali lagi menganggukan kepala aku.

"Tiada masalah" balasku.

Bomin berjalan ke arah Minji yang sedang siang ikan.

•••

🌘🌘🌘

Jam telah menunjukkan pukul 10:30. Semua orang yang berada di situ sudah pun dibuai mimpi dengan ditemani bunyi hempasan ombak.

Untuk menyesuaikan diri tidur di Pulau untuk kali pertama sangatlah sukar.

Aku banyak kali tersedar kerana tidak dapat menyesuaikan diri aku dan berasa sejuk.

Angin pada waktu malam di Pulau sangat kuat.

Apabila jam menunjukkan pukul 2:15 pagi, sekali lagi aku tersedar dari tidurku.

Tapi kali ini terdapat orang lain yang turut tidak dapat tidur dengan lena. Ianya ialah Sunwoo.

Aku memandang Sunwoo yang meletakkan kayu di api bagi mengelakkan api terpadam.

Aku bangun lalu mendekatinya. Dia kelihatan sedikit terkejut apabila aku tiba-tiba muncul di sebelahnya dengan rambut yang di lepaskan.

Sunwoo mengosok-gosok dadanya.

"Kau tak boleh tidur juga ke?" Soalku sambil menghalakan tanganku di api.

"Haah. Kau pun sama ke?"

"Nae."

Sunwoo meletakkan 2 batang kayu di depan unggun api.

"Duduklah"

"Gomawo" ucapku lalu duduk di atas kayu itu.

Kami berdua saling menghalakan kedua-dua tangan kami di api untuk memanaskan tubuh kami.

"Macam mana tadi?" Soal Sunwoo.

"Apa benda?"

"Bomin"

"Ouh..kitaorang okey je tadi"

"Jinjja?"

"Nae."

"Baguslah kalau macam tu"

"Sunwoo, macam mana dengan kita?" Soalku.

Sunwoo memandang aku bingung.

"K-Kita?"

"Hubungan kita. Kita tunang tanpa bercinta. Bahagia ke kita selepas dah kawin nanti?"

Sunwoo terdiam seketika.

"Kita tak boleh halang takdir yang menimpa pada diri kita. Jadi, apa yang terjadi sekali pun, kita patut harunginya" kata Sunwoo tekat.

Aku mengangguk kecil kepala aku.

"Younghee-ah. Aku janji akan bahagiakan kau kalau kita kawin nanti" luah Sunwoo sambil merenung wajah aku.

Aku sudah tekat. Aku akan ikut sahaja semua benda yang telah dirancang. Kalau aku dipaksa berkahwin dengan Sunwoo, aku akan lakukannya. Semua yang terjadi pastu ada kebaikannya.












TBC






Just U || Sunwoo TBZTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang