🏫🏫🏫
Aku pergi ke arah Sunwoo yang sedang mendengar lagu di earphonenya. Siap tutup mata tu!
Aku membuka earphonenya lalu menunjuk jam tangan yang cantik melilit di pergelangan tanganku padanya.
Dia memandang jam tersebut lalu memandang aku pelik.
"Cantikkan" kataku teruja.
"Kau pakai?"
"Mestilah! Jam tangan mahal kot. Takkan nak simpan dekat rumah buat pameran" Ujarku sambil mengosok permukaan jam tangan itu dengan baju aku bagi kilatkan lagi permukaanya.
"Uish! Berkilatnya. Sakit mata aku." Ujarku sebaik sahaja aku selesai gosok permukaan atas jam itu.
#youngheebudakjakun
Sunwoo hanya mengelengkan kepala melihat perangai aku.
Sorry Sunwoo. Aku jarang dapat pakai jam tangan mahal-mahal ni. Bukan jaranglah, memang tak pernah.
Selalunya pakai jam tangan yang tak ada jenama. Kalau dipakai beberapa minggu, besinya dah mula karat. Sebab tu aku jakun lain macam dapat jam tangan berjenama ni.
Lagi-lagi jenama Rolex. Memang jakun tahap maximumlah aku. Hehehe😁
•••
"Woahhh!!! Jam tangan barulahhhh" Sebaik sahaja Minji masuk ke kelas, dia terus nampak jam tangan di pergelangan tangan aku.
Tengok! Tak sia-sia aku gosok permukaan Jam tangan ni. Dari jauh dah nampak Jam Tangan aku ni😎.
"Cantikkan"
"Cantik sangat. Woah! Jenama Rolexlahhhh. Siapa bagi"
"Emm...cuba teka"
"Omma kau?"
"Bukan"
"Appa kau?"
"Bukan"
"Nenek kau"
"Bukan"
"Pak Cik Boo?"
"Bukan. Yah! Takkanlah Pak Cik Guard nak bagi aku jam tangan mahal ni. Rapat pun tidak."
"Habis tu siapa yang bagi?"
Aku memberi hint dengan menggunkan anak mataku.
Minji tersenyum nakal selepas faham maksud hint aku itu.
"Ouhhhh...Tunang kau yang bagiiii" kata Minji sambil memukul lembut bahuku.
"Tunang? Younghee...ada tunang?" Sampuk seseorang di belakang kami.
Aku dan Minji membeku. Alamak, kantoi!
Aku dan Minji sama-sama menoleh ke arah pemilik suara itu.
"Bomin..."
•••
🌘🌘🌘
"ARGHHHH!!!"
Hehehe gembira betul aku dapat takutkan semua orang yang masuk ke dalam rumah hantu.
Malu woi kalau orang tak takut dengan sergahan kita. Nanti kutuk yang kita dapat.
Aku kembali sembunyi di tempat persembunyian aku dan menunggu mangsa yang seterusnya.
"ARGH!"
Dari jauh aku dengar jeritan seseorang. Okeyyyy tak sabar aku nak takutkan orang bertuah itu.
•••
Seorang lelaki masuk ke dalam kawasan aku iaitu kawasan Zombie.
Bunyi gegaran pintu di sebelah kanan lelaki itu membuatkan lelaki itu terjerit kecil lalu mengusap dadanya.
![](https://img.wattpad.com/cover/218386482-288-k687982.jpg)