"Nah, air kau."
Darius menghulurkan salah satu cawan kertas yang dibawanya kepadaku.
"Kenapa panas?"
"Minum jelah," balasnya pendek. Dia melabuhkan punggung selang satu kerusi dari tempat dudukku. Setelah itu, dia menghirup air dari cawan miliknya sebelum meletakkannya di atas kerusi yang memisahkan kami.
Aku melihat ke dalam cawan kertas itu. Kopi o panas.
"Kau tahu aku tak suka kopi, kan?"
Darius mendengus sambil menarik muka.
"Banyak songehlah kau. Kejaplah," dia mula bangun dari kerusi.
"Tak payahlah." Aku menarik semula lengan bajunya supaya kembali duduk. Cawan kertas itu, aku pegang dengan kedua- dua belah tangan. Terasa haba panasnya menyebar ke tapak tanganku. Warna hitam kopi itu aku renung dalam-dalam.
Entah kenapa, aku benci kopi. Sejak 5 tahun yang lalu, aku rasa aku benci kopi.
Kopi... buat aku rasa sedih. Kelakar, kan?
"Macam mana? Kau... nampak ke?" Soalnya perlahan. Aku menoleh ke kiri, melihat wajahnya. Perlahan-lahan, aku menganggukkan kepala.
"Sama?"
Aku menganggukkan kepala lagi. Darius menepuk tangan kuat.
"Yes! Aku dah agak dah. Betullah, kan? Aku dapat rasa gambar tu ada kaitan dengan apa yang dia buat sebelum ni. Takkanlah gadis senormal dan secantik dia sanggup bunuh ibu sendiri tanpa sebab?"
"Hmmm...." aku mengeluh perlahan. Cawan itu aku letakkan di kerusi antara kami.
"Kenapa?"
"Aku rasa aku tak boleh tidur malam ni. Haihhh..." aku mengusap wajah dengan kedua tapak tangan.
"Seram sangat ke?"
"Hmm.." aku menganggukkan kepala.
Satu perasaan yang sangat pelik. Dah lama aku tak setakut ni apabila nampak 'sesuatu'. Sejak lima tahun yang lalu, sejak aku dapat 'kebolehan' ni, aku cuba sedaya upaya untuk adapt dengan apa yang aku nampak.
Ya, apa yang aku nampak tak sama macam apa yang orang lain nampak. Mata manusia biasa kebiasaannya mampu melihat semua objek 3D. Manakala mata manusia pelik macam aku boleh nampak objek pada dimensi yang lain. Atau erti kata lain, aku boleh melihat ruh dan hantu.
Ahh... kejap. Aku tak suka guna frasa 'manusia pelik' tu. So, aku betulkan ayat.
Mata manusia biasa kebiasaannya mampu melihat semua objek 3D. Manakala mata manusia istimewa macam aku boleh nampak objek pada dimensi yang lain. Atau erti kata lain, aku boleh melihat ruh dan hantu.
Hebat? Hebat apa dia? Tersiksa tahu tak!
Tahun pertama dan kedua adalah tahun paling mencabar buat aku. Aku terpaksa ditemani oleh seseorang setiap masa. Lebih-lebih lagi waktu malam. Sampaikan aku pernah sebulan tak tidur malam dan cuma tidur siang sebab terlalu takut sebab ada je 'benda' yang menyinggah. Aku akan start tidur selepas subuh sampai ke tengah hari. Selamat tak gila je waktu tu.
'Benda' yang paling menakutkan aku adalah hantu air. Dia punya seram tu memang level epic. Pernah sekali aku ikut kawan-kawan aku pergi ke Sunway Lagoon, sekali aku terjumpa dengan hantu air. Aku ingatkan hantu air cuma ada kat laut atas pantai je. Rupanya kat situ pun ada. Dan hantu air di situ antara hantu air yang paling tinggi level seram dia yang pernah aku jumpa. Emm.
Start tahun ketiga, aku dah semakin adapt dengan 'benda' tu. Dan pada waktu inilah aku start boleh bezakan mana satu manusia dan mana satu ruh. Sebab pada awalnya, semua nampak sama. Nampak nyata. Perlahan-lahan, aku cuba mencari tanda untuk membezakan mereka.
Apa yang lebih mengejutkan, setiap 'benda ghaib' tu mempunyai tanda-tanda yang berbeza. Contohnya ruh, memang dah tentu berbeza dengan jin. Jin pula ada pelbagai jenis, jin penjaga, jin pengamal, dan jin sihir. Semuanya ada tanda-tanda yang membezakan mereka. Malah, ada jenis jin merdeka, jenis ni kebiasaannya yang tinggal menetap dan berkelompok dan ada juga jenis jin bertuan. Ada juga yang memang jahat dan kerjanya cuma nak mengganggu anak-cucu Nabi Adam. Setiap kasta jin juga mempunyai tanda-tanda tersendiri.
Bermula dari situlah, aku cuba untuk mencari jalan untuk mempertahankan diri apabila 'disergah.' Jin memang sifat natural mereka suka 'main sergah-sergah.' Barulah aku tahu bahawa keistimewaanku bukan sekadar boleh melihat mereka, tapi aku juga boleh 'melawan' mereka. Mana-mana jin yang melampaui batas, memang aku seligi kepala mereka sekor-sekor. Bagi bertamadun sikit.
Dan pada pertengahan tahun keempat selepas menjadi manusia istimewa, aku berkenalan dengan Darius. Seorang doktor psikiatri di sebuah hospital sakit jiwa. Pelbagai kes aku jumpa sejak aku kenal dengan dia ni. Dan kadang-kadang, aku pun ikut sakit jiwa bila terpaksa melayan karenah doktor yang ikut jadik pelik-pelik ni. Emm.
Eh, panjang sangat pulak intro. Okay, back to reality.
"So... kau tak jadi pergi vacay, kan?" Soal Darius lagi. Aku angkat kening sebelah. Darius tayang sengihan comel. Emm muka meminta.
"Okay. Tapi kau kena belanja tiket flight and hotel aku. Tiket flight aku burn tahu tak."
"Anything for you, dear," jawab Darius sambil mengenyit mata sebelah. Aku menggulingkan mata ke atas. Ingat hensem ke kenyit-kenyit mata macam tu?
"Dahlah. Pergi siapkan barang aku," ucapku lagi lalu meninggalkan dia. Malas aku nak layan perangai entah apa-apa dia ni.
YOU ARE READING
ASHANDRA
HorrorAshandra- Tak pernah terfikir dek akal bahawa aku akan dapat 'keistimewaan' ni. Dan aku sendiri tak tahu bagaimana aku boleh dapat benda ni. Jalan aku, mungkin tak sama dengan jalan kau. Dan cerita aku, mungkin tak sama dengan cerita kau. Dan aku pi...