"Bunuh dia! Bunuh! Bunuh! Bunuh!"
Suara itu terngiang-ngiang di telingaku. Aku menekupnya kuat dan berharap dengan aku berbuat begitu, mampu menghentikan bisikan itu.
"Kau bukan anak dia pun. Kau tu anak pungut. Kau tu dia ambik dari tong sampah, lepastu jadikan kau anak dia."
"Diamlah!!" Jeritku.
"Dia ambik kau jadik anak dia semata nak jadikan kau hamba abdi. Suruh kau buat itu ini. Kau tu cuma hamba abdi dia je. Ahahahahaah."
"Bukanlah! Aku anak dia!"
"Buktinya apa? Kau tengok muka kau dengan dia, kulit kau dengan dia. Semua berbeza. Kau tu anak pungut!"
"Diam! Diam! Diam!"
"Ahahaahaha. Anak pungut!!!! Ahahahahah."
Suara itu mentertawakan aku. Aku mengambil bantal di sebelah dan menekup seluruh kepala dengannya. Rasa semak sangat. Serabut!
Aku tak nampak dia. Tapi macam mana dia boleh berkata-kata dengan jelas di telingaku? Aku tak faham. Tapi dia betul-betul buat aku serabut!
"Kau memang bodoh! Sampai bila kau nak jadik hamba abdi? Hamba suruhan dia? Kau kenalah bebaskan diri kau."
"Aku bukan hamba abdilah! Aku anak dia! Anak!"
"Apa buktinya? Ahahahahaha..."
"Aku memang anak dialah!"
Tiba-tiba terasa sesuatu melabuhkan punggung di sebelah kananku. Tilam rasa terhenyak.
"Aku ada satu cara. Kalau kau nak tengok kau tu anak dia yang betul atau tak. Kau kena rasa darah dia. Lepastu kau kena rasa darah kau. Kalau rasa tu sama, maksudnya kau tu anak dialah."
Suara itu berbisik di telingaku. Bodoh! Gila ke aku nak rasa darah mak aku sendiri. Aku menggelengkan kepala berkali-kali.
"Takpun kau lukakan sikit leher mak kau, lepastu kau sedut darah dia kat situ. Lepas tu kau kelar sikit tangan kau, then rasa darah kau tu. Haaa senang,kan?"
Terdengar pula bisikan di sebelah kanan. Aku menunduk sambil menekup telinga kuat.
"Apa yang kau bodoh sangat ni? Dia mak akulah. Takkanlah aku nak kelar leher ibu aku sendiri?!"
Tiba-tiba pintu bilik terkuak. Kelihatan wajah ibu muncul di balik pintu.
"Pia. Pia cakap dengan siapa ni? Dari luar ibu dengar suara Pia," soal ibu dengan wajah pelik.
Aku terus bangun dan mencapai phone di sebelah.
"Ni haaa... Pia video call kawan Pia, bu," bohongku. Aku terus beriak seperti biasa.
"Oohhh, ingatkan apa tadi. Dah, tidur. Malam dah ni. Esok nak kena bangun awal nak kena tolong mak buat nasi lemak. Kita banyak tempahan tau esok. Dah pi tidur awal," kata ibu lagi sebelum menutup pintu.
"Tengok tu. Dia asyik suruh kau buat macam-macam je. Mak apa macam tu? Kau ni gila ke apa fikir ibu akan layan anak macam tu?"
Gila? Aku gila ke?
Aku rasa aku gila sebab aku dengar suara orang yang aku sendiri tak nampak.
"Kau ni memang bodoh. Sanggup abdikan diri pada orang yang layan kau macam tu."
"DIAM! DIAM! DIAM!" Aku menjerit kuat.
Nafasku termengah-mengah menahan gelora di dada. Kenapa? Kenapa suara ni selalu mengganggu aku. Adakala, nafasku tasa sesak dan dadaku menjadi sakit. Aku tak sanggup dah dengar suara ni. Aku betul-betul tak sanggup dah!
Tiba-tiba aku teringat bahawa aku ada beli bekalan selepas balik sekolah. Segera aku capai beg sekolah di bawah katil. Bungkusan plastik putih aku buka. Ubat batuk berwarna merah jambu aku ambil lalu aku teguk separuh.
Sedap. Aku suka ubat batuk. Rasanya sedap dan berangin. Dan yang paling penting, aku rasa tenang selepas makan ubat batuk. Terus kepala aku labuhkan di atas bantal. Aku berbaring sambil mendepangkan tangan ke sisi. Rasa selesa. Benar-benar selesa.
"Kau gila!"
"Ahahaha..." aku tertawa mendengar bisikan itu. Biarkan. Nanti dia penat, dia diamlah. Yang penting malam ni aku kena tidur. Esok aku kena tolong ibu.
..............
Seperti biasa, aku bangun jam 5 pagi untuk membantu ibu menyiapkan nasi lemak. Hari ni, kami harus menyiapkan 100 bungkus nasi lemak. Selalunya, cuma 50 bungkus nasi lemak saja perlu disiapkan dan dihantar ke Warung Cik Mah, tapi hari ini ada tambahan lagi 50 bungkus nasi lemak dan tempahan itu dari Cikgu Salina kerana ada majlis di sekolah.
Pada pukul 7.10 pagi, aku keluar dari rumah sambil membawa bakul nasi lemak menuju ke sekolah dengan berbasikal. Untung sekolah tidak jauh mana, cuma di depan jalan besar di pintu masuk kampung saja. Aku berbasikal pun cumalah 20minit kalau bawa biasa. 15 minit kalau laju. Tapi kali ni, aku kenalah bawa laju sedikit, kalau tak memang kena denda berdiri di luar pagar sekolah sampai habis perhimpunan.
Penat? Tipulah kalau aku kata tak penat. Pagi-pagi aku kena bangun untuk bantu ibu. Lepastu pergi sekolah. Balik sekolah, aku ada kerja part time di Warung Cik Mah sampai pukul 7 petang. Malam barulah aku sempat buat kerja sekolah. Tu pun kadang malam tu aku kena bantu ibu buat tempahan kuih pula.
Ibu pula bekerja di kilang di taman perindustrian sebelah kampung. Aku tahu, ibu pun penat. Pagi petang siang malam kena bekerja. Sebab tu, aku kena tolong ibu cari duit. Kesian kalau ibu cari duit sendiri. Sebab ibu terpaksa bayar hutang arwah ayah sampai sekarang. Yaaa... walaupun hutang yang cuma hanya bunga yang mampu kami bayar, tapi sekurangnya tak adalah hutang tu menggunung tinggi.
Tapi adakala aku rasa marah. Aku rasa geram dengan ayah. Kenapa dia kena mati sekarang? Matilah lepas ayah dah habis bayar semua hutang-hutang tu. Kenapa nak menyusahkan aku dan ibu?
Dan ada masa aku geram dengan ibu. Kenapa perlu bayar hutang yang bukan ibu yang pinjam? Kenapa dengan aku sekali terbabit dalam semua ni? Kenapa aku pun kena hidup susah?
"Sebab perempuan tu cuma nak gunakan kau."
Terdengar dia berbisik lagi.
"Kalau kau bunuh dia, semua hutang akan lunas. Kau tak perlu hidup susah untuk bayar semua tu."
Bisiknya lagi.
YOU ARE READING
ASHANDRA
HorrorAshandra- Tak pernah terfikir dek akal bahawa aku akan dapat 'keistimewaan' ni. Dan aku sendiri tak tahu bagaimana aku boleh dapat benda ni. Jalan aku, mungkin tak sama dengan jalan kau. Dan cerita aku, mungkin tak sama dengan cerita kau. Dan aku pi...