"Kau buat apa dalam hutan tu?"
Aku masih merenung ke luar jendela. Terasa desiran angin yang masuk dari celahan tingkap nako menampar-nampar lembut ke pipiku. Cincin yang berada di atas meja belajar aku pusing-pusing dengan jari telunjuk dan membentuk satu bulatan. Pertanyaan itu aku biarkan ibarat desiran angin juga. Satu keluhan kedengaran dari arah belakang. Keluhan milik sahabat baikku, Maya.
Terdengar tapak kaki menuju kerusi tempat aku duduk. Maya memusingkan tubuhku ke tepi, menghadapnya. Dia sedang menunduk sambil memandang tepat ke arah mataku manakala kedua tangannya memegang erat bahuku.
"Bagitahu aku, Asha. Apa kau buat dalam hutan tu?"
"Aku tak tahu."
"Tipu! Takkan kau tak tahu?"
"Aku.... aku betul-betul tak tahu..." lirihku perlahan.
"Aku sayang kau Asha. Aku sayang kau sangat-sangat. Aku... aku tak nak tengok kau macam ni."
Aku memejamkan mata rapat-rapat. Perlahan-lahan, aku lepaskan pautan tangannya pada kedua belah bahuku. Kepala aku rebahkan pada meja belajar. Satu keluhan panjang aku lepaskan.
"Dua kali, Asha. Dua kali kau pengsan dekat hutan tu. Dan lepas kau sedar, kau terus jadi macam ni. Bila kali pertama kau hilang dalam hutan dan waktu aku tanya apa yang berlaku. Kau cakap kau tak ingat. Aku pun tak nak pressure kau sebab kau pun dalam proses pulih. Tapi bila berlaku kali kedua dan kau jadik macam ni, aku rasa suspicious sangat. Aku rasa ada benda yang berlaku selama kau dalam hutan tu. Takkanlah kau tak ingat langsung apa-apa?"
Aku terus angkat kepala dan pandang wajahnya.
"Sumpah Maya aku tak ingat apa-apa! Aku pun stress. Aku tak sanggup jadi macam ni! Aku rasa ni bukan diri aku lagi dah. Aku... aku takut. Aku takut, Maya..."
Setitik air mata jatuh ke pipiku. Terus aku tekup muka dengan kedua tapak tangan. Entah apa dugaan aku ni. Lepas satu-satu dugaan yang timbul.
Maya tarik aku ke dalam pelukannya. Wajahku disembamkan pada bahunya. Dia mengelus lembut rambut dan belakang tubuhku.
"Shhh.... shhhh. Sorry, sorry. Aku tak niat nak pressure kau. Sorry, okay."
"Aku takut, Maya. Aku takut. Ni dah masuk petang, kejap lagi malam. Aku takut, Maya..."
"Kau ada aku, kan? Aku akan selalu teman kau. Aku janji. Shhh... dah, dah..."
HAI SEMUAAAA!!!! KITA BERJUMPA SEKALI LAGI. SIAPA YANG RINDU SAYA ANGKAT TANGAN 🙋🏻♀️🙋🏻♀️🙋🏻♂️🙋🏻♂️
INI ADALAH SAMBUNGAN DARI CERITA 'TERSESAT KE ALAM BUNIAN'. SO KALAU IKUTKAN, CERITA INI SEBENARNYA MERUPAKAN CERITA KETIGA TENTANG ASHANTY DAN INDRAWAN SEBAB CERITA YANG SEBELUM NI PUN ADALAH REMAKE DARI CERITA SAYA DI AKAUN LAMA UHUHU. TAK SANGKA PANJANG RUPANYA KISAH SI ASHA NI.
SAYA NAK MINTAK TOLONG SIKIT BOLEH TAK?👉🏻👈🏻👉🏻👈🏻 BOLEH TAK SESIAPA TOLONG SAYA BUATKAN COVER UNTUK CERITA NI. SERIUS SAYA TAK ADA IDEA LANGSUNG NAK BUAT AHAHAHAAH. AND SAYA MEMANG TAK KREATIF BAB-BAB GRAFIK NI. MEMANG HANCUR. JADI SESIAPA YANG SUDI BUATKAN COVER UNTUK SAYA, SAYA AKAN CREDIT NAMA AWAK DI BAHAGIAN DESCRIPTION AND FOLLOW AWAK. OKAY TAK? EHEHE.
OKAY, KITA JUMPA LAGI DI CHAPTER SELANJUTNYA. BUBYE
YOU ARE READING
ASHANDRA
HorrorAshandra- Tak pernah terfikir dek akal bahawa aku akan dapat 'keistimewaan' ni. Dan aku sendiri tak tahu bagaimana aku boleh dapat benda ni. Jalan aku, mungkin tak sama dengan jalan kau. Dan cerita aku, mungkin tak sama dengan cerita kau. Dan aku pi...