003 ᴄʜᴀɴɢᴇ

721 121 91
                                    

Waktu rehat, Jihoon mencari Joshua sepanjang perjalanan ke kantin tapi tak jumpa.

"Mana dia ni?" Jihoon mengangkat kepalanya setinggi yang boleh.

"Cari siapa?" Bahunya dicuit seseorang. Jihoon memandangnya.

Ingatkan Joshua rupanya orang lain. Tak kenal pula tu.

"Joshua." Balas Jihoon singkat.

"Dia bertugas dan dia arahkan aku untuk teman kau rehat memandangkan rupa kau ni senang jadi mangsa buli."

"A-apa?"

"Nama aku Minghao." Minghao memperkenalkan dirinya.

"Ah...Minghao. Ramai kawan aku buat hari ni ye? Haha...uh." Tawa Jihoon terhenti kerana Minghao hanya menunjukkan wajah seposen dari tadi.

Skip

"Kau dapat sebilik dengan siapa?" Minghao menyoal Jihoon yang sedang mengunyah sandwich.

"Kwon Soonyoung."

Jihoon pelik melihat Minghao tercengang dengan jawapannya.

"Hati-hati. Dia-"

"Aku gay? Minat sejenis? Tu kau nak cakap?"

Jihoon dan Minghao menoleh.

Soonyoung !

Minghao tidak menjawab pertanyaan Soonyoung sebaliknya dia membaca buku teks sejarah. Jihoon memandang Soonyoung dari lelaki itu tiba sehinggalah Soonyoung duduk di sebelahnya.

"Tak salahkan kalau aku suka dia?"

Jihoon terkejut apabila Soonyoung merangkul bahunya.

"Jangan sentuhlah." Jihoon menjatuhkan tangan Soonyoung.

"Dia budak baru, Soonyoung." Tegur Minghao.

"Aku tau, aku cuma nak dia selesakan diri dengan aku." Kata Soonyoung dengan senyuman sinis.

Soonyoung merangkul pinggang Jihoon pula.

"Alih tangan kau kalau tak..."

"Kalau tak?"

Jihoon merampas pen Minghao di atas meja lalu dihala kelengan Soonyoung.

Serta merta lelaki itu menurunkan tangannya.

"Aku sengaja usik kau. Muka macam perempuan. Takde selera aku nak tengok, apatah lagi benda lain."

Soonyoung berdiri lalu meninggalkan mereka.

"Kenapa kau pindah sini?" Minghao menukar topik. Malas nak hiraukan pasal Soonyoung.

"Saje. Nak merasa kehidupan asrama. Jauh dari keluarga." Balas Jihoon.

Takkanlah nak kata untuk buat Soonyoung jadi normal? Hmm...

"Selama ni kau berkepit dengan keluarga kau je ke?"

Busybody betul Minghao ni. Harap muka je seposen.

Jihoon menggaru dahinya lalu mengangguk.

Hey dia berdikari okay.

•❅──────✧❅✦❅✧──────❅•

Jihoon khusyuk membuat kerja sekolah di meja belajar sehinggakan dia tak pedulikan kehadiran Soonyoung.

"Aku nak keluar balik, jumpa Chan. Kunci pintu. Jangan buka kalau bukan suara aku."

Jihoon memandang Soonyoung dengan kerutan di dahi.

"Bahaya, kau tak terbiasa lagi. Aku mungkin nampak menjijikkan kat mata kau tapi aku cuba nak lindung kau sebab kau budak baru. Aku nak keluar ni." Soonyoung membebel sambil bersiap.

"Ingat. Jangan buka pintu kalau kau tak dengar suara aku."

Jihoon hanya mengangguk sebagai balasan.

Sebaik sahaja Soonyoung beredar, Jihoon bingkas berdiri lalu mengunci pintu dan sambung membuat kerja sekolahnya.

Tidak lama selepas itu, Jihoon terdengar bunyi ketukan.

"Aku tertinggal dompet. Bagi aku masuk." Suara tersebut membuatkan Jihoon terdiam.

Liurnya diteguk dengan payah. Seketika dia terlupa suara Soonyoung.

"Siapa tu?" Soal Jihoon.

Senyap?

Tapi bila difikirkan semula, mungkin benar Soonyoung tertinggal dompet.

Jihoon membuka pintu perlahan-lahan dan mengintai ke luar.

Soonyoung tiada.

Tiba-tiba pintu ditolak dari luar sebelum Jihoon sempat mengunci semula.

"Auch !" Jihoon memegang dahinya yang terhantuk pada pintu tersebut.

Matanya sempat memandang figura yang memasuki biliknya.

Seungcheol !

"Suruh buka pintu pun susah." Seungcheol merapati Jihoon sehingga badan gadis itu bertemu dinding.

Gadis itu menolak Seungcheol sepenuh tenaganya agar lelaki itu keluar tetapi memandangkan Seungcheol berpuluh kali ganda kekuatannya, sia-sia sahaja.

"T-tolong ! hmphhh-" Seungcheol menekup mulut Jihoon dan mendekatkan wajahnya ditelinga si mungil tersebut.

"Dari mula-mula aku nampak kau, kau bawa aura lain. Aku..."

Seungcheol memandang tepat ke mata Jihoon.

"Aku suka aura asing dari kau."

"Keluarlah Seungcheol ! Ini bukan bilik kau !" Dada lelaki itu ditolak sekuat hati.

'Buk !'

Seungcheol terjelopok di atas lantai setelah punggungnya ditendang dari belakang.

"Keluar !" Si penendang menjerkah Seungcheol.

Jihoon berlari ke belakangnya.

Soonyoung.

Ya, Soonyoung yang selamatkannya.

Seungcheol bangun lalu memegang punggungnya yang sakit dan keluar dari situ.

Harap sahaja Soonyoung ni muka jambu, comel tapi perwatakan dia berlawanan.

Selepas Seungcheol keluar, Soonyoung mengunci pintu lalu menarik tangan Jihoon sehingga Jihoon terdorong ke arahnya.

"Kenapa kau payah sangat nak dengar arahan aku ?!" Soonyoung menengking Jihoon.

Gadis itu hanya tertunduk.

Soonyoung menjeling sebelum menarik Jihoon kedakapannya.

"Bahayalah Jihoon...jangan cuba jadi berani boleh tak?"

"Aku tengah cuba nak protect kau sebab kau budak baru. Kau tak tau perangai diorang lepas habis waktu sekolah." Soonyoung menepuk badan Jihoon untuk menenangkannya.

Soonyoung tidak merasakan apa-apa gerakan dari Jihoon, risau.

"Ji-jihoon?"

Bahu gadis itu dipegang. Tak semena-mena Jihoon rebah.

-투비콘티뉴-

Cʜᴀɴɢᴇ ° ᵏˢʸ °Where stories live. Discover now