Tamat sahaja waktu sekolah, Soonyoung cuba mendail nombor telefon yang diberikan oleh pekerja cafe.
"Hello? Siapa ni?"
Soonyoung lega kerana panggilannya dijawab.
"Mingyu..."
"Siapa ni? Atau saya buat laporan polis-"
"Aku Kwon Soonyoung."
Lama jugalah Soonyoung menunggu balasan dari Mingyu.
Keluhan di hujung talian, membuatkan Soonyoung tersenyum nipis.
"Ada apa-apa perkara penting nak cakap? Sibuk ni."
"Kenapa kau tipu aku?"
Tut...tut...tut...
Soonyoung merengus geram. Apa masalah Mingyu ni?
"Kau call siapa?" Jihoon yang baru selesai membersihkan diri terus mengambil tempat duduk di sebelah Soonyoung.
Tualanya disidai pada penjuru besi katil.
Soonyoung mengeluh singkat.
"Ji...firasat aku kuat mengatakan Mingyu masih hidup."
"Dan aku betul tapi dia buat-buat tak kenal aku."
Jihoon terpinga sebentar, mentafsir pernyataan Soonyoung. Tak lama selepas itu, baru dia faham.
"Mungkin ada sebab dia buat macam tu." Langkahnya diatur ke pintu.
"Waktu makan ni. Jom."
•❅──────✧❅✦❅✧──────❅•
Soonyoung memandang makanan dalam pinggannya tanpa selera.
Fikirannya masih bercelaru tentang Mingyu.
Katanya bunuh diri, tapi dah berapa kali mereka terserempak.
Takkanlah Mingyu hidup semula?
"Soonyoung? Boleh aku duduk sini?" Seseorang menegur, lantas lamunannya terhenti.
"Oh, Joshua...duduklah." Soonyoung menguntum segaris senyum kepada Joshua.
Sebaik sahaja mendapat keizinan, Joshua terus duduk.
"Sorang je?" Joshua bertanya dan Soonyoung mengangguk.
"Semua orang tak suka aku."
Joshua menepuk tangan Soonyoung.
"Jangan cakap macam tu. Jihoon mana? Biasanya dia selalu dengan kau."
Soonyoung semakin menunduk.
"Buat homework kat bilik."
Joshua meng'oh'kan jawapan Soonyoung.
"Kau biar dia sorang-sorang?"
Soonyoung teringat sesuatu.
Dia tidak sepatutnya meninggalkan gadis itu berseorangan.
Lantas dia berdiri dan berlari ke biliknya.
"JIHOON !!" Pintu bilik dirempuh sekuat hati.
Tercengang dibuatnya. Jihoon terlelap dengan kepalanya di atas meja.
Lepas je habis makan tadi, Jihoon ke bilik kerana mahu menyiapkan kerja sekolah.
"Kau ni selalu buat aku risaulah." Kepala Jihoon diusap lembut sebelum mengejutnya untuk tidur di katil.
-투비콘티뉴-
Maafkan saya kalau chapter ni bosan
YOU ARE READING
Cʜᴀɴɢᴇ ° ᵏˢʸ °
FanficLee Jiyoung menyamar sebagai lelaki dan sanggup berhadapan risiko di sekolah berasrama lelaki demi untuk menunaikan permintaan appanya dan Uncle Kwon. "Tolong jadikan Soonyoung normal. Appa letakkan kepercayaan appa kat anak appa." Cover by @lienlyd...