Soonyoung merenung tilam di tingkat katil atasnya, sudah masuk jam dua pagi tetapi Jihoon masih tak pulang ke bilik.
Nombor telefon Chan didail.
"Yes Soonyoung hyung?"
"Chan teman hyung boleh tak? Sorang-sorang ni-"
Soonyoung memandang skrin telefonnya.
Wah...Chan terus meletak panggilan sebelum Soonyoung sempat menghabiskan ayat.
Soonyoung teruskan menunggu sehingga masuk jam 2:30 a.m.
Sambil-sambil dia menunggu Jihoon atau Chan, dia teringat sikapnya terhadap Jihoon.
"Tindakan aku untuk buat dia benci aku tu betul ke? Kenapa aku kena buat dia benci aku?" Gumam Soonyoung.
Bila difikirkan semula, macam orang bodoh pula sebab gadis itu tak melakukan kesalahan pun.
Lama kelamaan matanya mula berat sehingga dia terlelap.
•❅──────✧❅✦❅✧──────❅•
Keesokannya, Soonyoung ternampak Jihoon dan Chan berjalan beriringan ke dewan makan.
Terus dilajukan langkahnya sehingga berada di belakang Jihoon. Beg sekolah Jihoon dipegang.
"Apa ni?" Jihoon menepis tangan Soonyoung.
"Biar aku bawa beg kau." Pelawa Soonyoung sambil bibirnya perlahan-lahan mengukir senyuman.
Chan yang terasa seperti orang ketiga, berdehem perlahan.
"A-aku ambil makanan dulu." Chan mengorak langkahnya meninggalkan mereka berdua.
"Apa kena dengan kau ni?" Jihoon memegang tali begnya sambil menunduk, sedikit gerun dengan Soonyoung.
"Aku minta maaf."
Jihoon mengangkat kepalanya.
"Sepatutnya aku sebagai lelaki kena hormat perempuan, jaga perempuan." Soonyoung menyambung.
Jihoon mengangguk perlahan.
"Sedar rupanya..." Dia membalas ringkas.
"Aku mungkin tak ada hati untuk perempuan tapi aku terima kau, si perempuan sebagai kawan aku." Soonyoung memegang kedua tangan Jihoon sehingga mereka berdua menjadi tumpuan pelajar.
Tidak dilupakan juga makcik-makcik yang menyediakan makanan.
Semua beruwu dengan adegan tersebut.
"Kenapa aku dengar Soonyoung sebut pasal perempuan?" Joshua menyampuk.
Jihoon menarik semula tangannya lalu memandang Joshua dengan senyuman kekok.
"Aku dengan Soonyoung tengah berlatih untuk drama." Barisan giginya ditayang sehingga matanya hilang.
Soonyoung hanya mengangguk laju.
Mujur Jihoon pandai berselindung.
Joshua mencebik.
"Aku tak tau apa-apa pasal drama pun." Kemudian dia berlalu pergi dengan penuh kekeliruan.
Soonyoung dan Jihoon memandang wajah masing-masing sehingga saat Soonyoung mengenyitkan matanya.
MERAH PIPI JIHOON WOI !
Dari jauh, Chan memerhati dengan senyuman kelat. Dia menerima sahaja apa yang terjadi di hadapan matanya tanpa dendam atau perasaan dengki.
Dia bahagia jika Soonyoung dan kawannya bahagia.
-투비콘티뉴-
YOU ARE READING
Cʜᴀɴɢᴇ ° ᵏˢʸ °
FanfictionLee Jiyoung menyamar sebagai lelaki dan sanggup berhadapan risiko di sekolah berasrama lelaki demi untuk menunaikan permintaan appanya dan Uncle Kwon. "Tolong jadikan Soonyoung normal. Appa letakkan kepercayaan appa kat anak appa." Cover by @lienlyd...