Penulis : Ustaz Adnin Roslan (Tarbiah Sentap)
Bilangan muka surat : 353
Harga : RM 30 (Semenanjung Malaysia)
RM 33 (Sabah & Sarawak)Sinopsis : Aku dengar, kau baru putus cinta? Betul ke?
"Ah!! Pergilah kau. Jangan kacau hidup aku la!"
Hmm... Aku faham perasaan kau wahai kawan yang ku Cintai. Aku tahu, dan aku amat memahami. Seluruh perasaan ini terkumpul dalam hati kau, betul tak kawanku?
Kecewa. Sedih. Pedih. Sengsara. Tertekan. Resah. Gelisah. Gundah-gulana. Terasa dipermainkan. Menanggis. Putus asa. Jatuh. Rasa nak bunuh diri. Malu...
Maaf kawan...
Bukan niat aku untuk ganggu hidup kau, atau menambah keserabutan yang bermain dalam fikiran kau.
Tidak.
Bukan itu niatku wahai kawan...
Aku cuma...
Aku cuma sayangkan kau. Aku tak seronok tengok kau dalam keadaan muram dan suram. Aku faham, memang susah nak move on. Bukan senang nak lupakan kisah-kisah dan janji-janji yang dikhianati oleh orang yang kau Cintai dulu.
Cuma, aku nak berikan kau sedikit harapan. Harapan, yang mungkin selama ini kau lupa. Harapan yang mungkin selama ini kau alpa. Harapan yang mungkin selama ini kau tak sedari. Harapan yang mungkin selama ini kau abaikan.
"Masihkan Ada harapan buat aku??"
Review : Amacam? Seronok? Kalau korang baca lagi seronok. Buku motivasi yang sangat terbaik. Penulis dia pun terkenal. Dan untuk pengetahuan korang, tak rugi! Banyak ilmu. Banyak kata-kata semangat. Ayat pujukan dari Tuhan. Kata-kata Nabi untuk umat tercinta. Dia punya seronok Tu, tak terkata. Korang kena baca sendiri buku ni. Mana nak dapat buku ni? Mula-mula cari dulu kat kedai. Lagi senang beli online. Follow Instagram TARBIAHSENTAPOFFICIAL
ISBIROFFICIAL
Korang juga boleh dapat banyak maklumat dan ilmu dekat page tersebut. Semoga bermanfaat.
YOU ARE READING
Review Book
AcakKami akan review buku online mahupun real book. Kami akan review buku-buku yang bermanfaat. In Shaa Allah. Apa syarat untuk buku yang bakal kami review? 1) Novel yang ada pengisian. Novel cinta, novel 18+ tak dibenarkan. 2). Qoutes 3) Inspiritual 4)...