BAHAGIAN 1

25.8K 100 1
                                    

Juliana melabuhkan punggungnya di atas salah sebuah kerusi yang terdapat di restoran mamak itu. Terasa dahaga tekaknya sejak keluar dari kilang tadi. Tidak sempat dia hendak minum air terlebih dahulu kerana terburu-buru mengejar bas untuk pulang ke rumah.

"Boss, sirap limau air satu." Juliana membuat pesanan kepada salah seorang mamak di restoran tersebut yang lalu di sebelah mejanya.

"Sirap limau satu?" Ulang mamak tersebut meminta kepastian. Juliana sekadar mengangguk sahaja bagi menjawab pertanyaan mamak tersebut. Kemudian mamak itu pergi untuk mendapatkan air yang dipesan oleh Juliana. Beberapa minit kemudian dia kembali semula dan meletakkan secawan sirap limau air di atas meja Juliana.

"Terima kasih." Ucap Juliana dan terus menyedut air tersebut sehingga habis. Barulah dahaganya hilang pada waktu itu.

Juliana yang sedang bermain dengan telefon pintarnya tiba-tiba melihat satu notifikasi di aplikasi Whatsapp masuk. Segera dia membalas mesej yang terpapar di aplikasi tersebut.

+Hi! Ni Juliana ke?

-Hi! Saya Juliana. Ni siapa ye?

+Saya Ammar. Saya ada terbaca post awak kat Facebook pasal BDSM tu. Still valid ke?

-Yup, still valid. Awak nak cuba ke?

+Haah. Saya nak cuba. Tapi betul ke profile picture kat Facebook tu gambar awak?

-Yup, itu gambar saya. Kenapa?

+Takde apa-apa. Awak cantik. Boleh selfie tak? Sebagai bukti.

*Juliana lantas mengambil gambar selfie-nya dan menghantar kepada lelaki bernama Ammar itu.*

+Okay. Saya percaya. Macam mana ea saya nak dapatkan servis tu? Berapa kena bayar? Dan buat kat mana?

-Oh...tak payah bayar. Percuma je. Asalkan awak sanggup buat apa yang saya suruh dan terima apa sahaja yang saya buat kat awak. Tempat nanti saya beritahu.

+Saya okay je. Saya tak pernah lagi buat BDSM. Tapi memang nak try.

-Boleh je. Tapi ada syaratnya.

+Apa syaratnya?

-Awak mestilah handsome atau sado. Kalau tak sado pun sekurang-kurangnya kurus. Saya tak nak lelaki gemuk. Lagi satu mesti muda. Paling kurang bawah 45 tahun. Orang tua saya tak nak.

+Haha. Saya tak handsome tapi sado la. Awak okay ke? Umur saya 27 tahun.

-Hantar gambar dulu.

*Sebuah gambar lelaki sado yang hanya berseluar dalam berwarna hitam muncul di skrin telefon pintar Juliana. Lelaki itu berketinggian sederhana, berkulit gelap dan sedikit berjambang. Lelaki itu tidaklah handsome sangat tetapi pada pandangan mata Juliana dia seksi.

-Good. Awak free bila?

+Hujung minggu ni saya free.

-Okay. Hujung minggu ni kita jumpa. Nanti saya bagi alamat kat mana kita jumpa.

+Okay.

-Bye.

+Bye.

Juliana tersenyum lebar seusai membalas Whatsapp dengan lelaki itu. Dia sudah merencanakan beberapa perkara yang akan dibuatnya kepada lelaki itu pada hujung minggu ini.

MISSTRESS JULIANAWhere stories live. Discover now