Pertemuan singkat bersama Khaleesya sebentar tadi benar-benar merobek hati dan perasaan Aidil. Kata-kata Khaleesya masih terngiang-ngiang di telinganya. Kelu lidah jejaka itu untuk berkata walaupun sepatah kerana semangat dalam dirinya kini bagaikan sudah tiada dek diragut oleh si gadis yang begitu anggun dalam mini dress merah jambunya. Kata-kata Khaleesya sepanjang pertemuan pendek mereka tadi masih segar bermain-main di minda Aidil.
"I tak boleh nak lama-lama ni. Lepas ni I ada janji dengan Mel. Well, sebenarnya I ada perkara penting nak beritahu you malam ni, Aidil."
Khaleesya berpeluk tubuh dan membelakangi Aidil. Membiarkan jejaka itu berteka-teki menanti apa yang ingin dinyatakan oleh gadis cantik di hadapannya.
"So, straight to the point. I nak kita clash, Aidil. I rasa I tak dapat nak teruskan hubungan kita ni lagi. It's useless for me. Lagipun, setahun I spent time dengan you rasanya dah cukup berbaloi kut untuk kita berdua. I tahu semua ni memang mendadak, tapi I memang dah tak ada perasaan pada you. I harap ini la penghujung kisah kita dan I harap you jangan cari I lagi lepas ni." Tanpa rasa bersalah, Khaleesya menuturkan keinginan dan apa yang dirasakan terhadap Aidil.
Khaleesya yang hanya memandang Aidil sekilas tanpa menunggu pertanyaan lanjut daripada lelaki itu terus melangkah pantas ke arah keretanya semula setelah apa yang dipendamnya sudah diutarakan.
Gadis itu langsung tidak memberi peluang kepada Aidil untuk mendapatkan alasan munasabah mengapa dia membuat keputusan yang pasti merobek hati jejaka yang kini sah bergelar bekas kekasihnya.
Aidil begitu terkejut. Bagai dihiris-hiris hatinya saat itu. Matanya sudah bergenang air jernih mendengar kata perpisahan daripada Khaleesya yang mula meninggalkannya yang masih terkejut, Aidil segera mengejar dan pantas lengan Khaleesya dipegangnya erat.
"Kenapa you nak putus dengan I? Apa salah I sayang? Kalau I salah, betulkan I. Tapi please Isya, jangan buat macam ni. I sayangkan you lebih daripada nyawa I. I tak boleh hidup tanpa you, sayang. Please... sayang, jangan buat I macam ni. I betul-betul minta maaf kalau I ada buat salah, tapi jangan tinggalkan I macam ni Isya"
Aidil terus memegang kemas lengan Khaleesya walaupun gadis itu sudah mengamuk minta dilepaskan.
Khaleesya cuba untuk melepaskan lengannya daripada cengkaman erat Aidil namun gagal.
Saat itu, mata Khaleesya direnung oleh Aidil dengan penuh pengharapan dan sayu. Mengharapkan sedikit simpati masih bersisa dalam hati gadis itu untuk dirinya yang benar-benar bingung. Kenapa Khaleesya mahu berpisah denggannya setelah hampir setahun mereka berkongsi kasih dan cinta bersama?
Hubungan mereka memang dingin sejak sebulan yang lalu namun Aidil tidak pernah terlintas langsung nak berpisah dengan Khaleesya. Inilah perkara yang Aidil paling takutkan selama ini. Namun ia telah berlaku jua malam itu bersaksikan rembulan dan kejora yang melihat segalanya dari atas sana.
"Lepaskan aku lah aidil. Aku dah bosan dengan kau, tau tak! Bosan sangat. Enough Aidil! Cukupla setahun aku tahan dengan drama-drama kau yang selalu nak menangis setiap kali aku marah kau, selalu nak berkepit dengan aku sampai aku naik rimas. Kau selalu bergantung duit daripada abang kau je. Manja sangat! Kalau kau tak boleh sangat hidup tanpa aku, kau pergi mati la!"
Begitu kejam ungkapan dan pengakuan yang keluar daripada bibir merah sharifah Khaleesya Adni. Nada ungkapannya turut bertukar keras dan tiada lagi rengekan manja dan panggilan sayang yang selalu meniti di bibirnya setiap kali bersama dengan lelaki itu. Gadis yang telah setahun berkongsi kasih dengan jejaka bernama Aidil Sadhi itu langsung tidak menghiraukan perasaan kecewa pasangannya. Hanya alasan bodoh dan tidak munasabah yang diberikan oleh Khaleesya buat jejaka yang telah berkorban segalanya demi membahagiakannya.
Selama setahun menyulam kasih dengan Khaleesya, segala kemahuan gadis itu dituruti oleh Aidil walau seberat mana pun kemahuan yang diingininya. Setiap apa yang Khaleesya mahu, Aidil akan membeli walaupun dirinya masih belum bekerja. Dia sanggup menebalkan muka meminta duit daripada abangnya demi membahagiakan gadis itu. Selepas kejadian kemalangan ngeri yang meragut nyawa kedua-kedua ibu bapa Aidil, Khaleesya lah yang menjadi kebahagiaan dan keceriaan hidupnya.
Khaleesya telah membawa aidil keluar daripada kepompong kemurungan dan gadis itu juga telah menambah warna dalam hidup Aidil selepas peristiwa hitam yang menimpanya. Bagi Aidil, tanpa Khaleesya hidupnya pasti tiada makna. Tiada makna seperti apa yang dirasainya semasa mendapat berita tentang kematian orang tuanya. Malam itu, bersama tiupan sayup bayu di Taman Tasik Puteri, hati Aidil terluka kembali. Berdarah dan kembali dirobek oleh tangan gadis yang dicintainya.
"Jangan tinggalkan I, sayang. I betul-betul tak dapat hidup tanpa you. I terlalu sayangkan you. Hidup I takkan bererti lagi tanpa you. I sanggup lakukan apa saja, asalkan kita dapat bersama kembali macam dulu. Tolong Isya, demi cinta I pada you. I mohon jangan tinggalkan I sayang..."
Aidil sanggup membuang ego lelakinya dengan melutut semata-mata untuk memohon supaya gadis itu tidak meninggalkannya. Dia sanggup melakukan apa sahaja asalkan Khaleesya Adni tidak meninggalkannya. Air mata semakin lebat membasahi pipi jejaka itu.
"Kalau kau nak sangat aku getback dengan kau, aku nak kau mati! Aku nak kau pergi mati sekarang jugak! Itu je yang aku nak!" bentak Khaleesya dengan keras.
Khaleesya sudah malas berfikir panjang. Kepalanya sudah mula serabut dengan tangisan Aidil yang semakin menjadi-jadi. Keputusan untuk memutuskan hubungannya dengan Aidil pada mulanya dirasakan mudah itu akhirnya mengusutkan kepalanya sendiri. Aidil tidak seperti lelaki-lelaki lain yang pernah ditinggalkannya sebelum ini. Jejaka itu terlalu berharap untuk hidup bersamanya sedangkan dia kini sudah menjumpai lelaki yang lebih baik berbanding Aidil.
Khaleesya bingkas menarik kakinya yntuk melepaskan genggaman kuat Aidil yang masih tidak mengerti dengan apa yang telah diberitahunya tadi. Tanpa mengendahkan rayuan pilu Aidil, Khaleesya terus melangkah laju memasuki keretanya. Sekelip mata sahaja, Suzuki Swift hitam milik Khaleesya memecut laju meninggalkan jejaka yang masih terkaku dalam tangisannya di atas rumput.
Aidil sudah kehilangan segala semangat yang ada dalam dirinya. Sorotan matanya yang memandang pemergian Khaleesya semakin menambahkan kesedihan di jiwa. Dia tidak menyangka bahawa kedinginan antara mereka hampir sebulan ini benar-benar melakar sejarah hitam dalam dirinya.
Kini Aidil sedar, tiada lagi jalan perdamaian untuk mereka berdua kerana setiap keputusan yang dibuat oleh Khaleesya adalah muktamad. Cukuplah setahun Aidil mengenali dan mengasihi Khaleesya selama ini. Segala perangai buruk dan baik Khaleesya sudah sebati dalam dirinya. Aidil butakan sahaja matanya dengan kedegilan dan kekerasan hati milik buah hatinya itu kerana dia tidak sanggup kehilangan Khaleesya. Keputusan muktamad Khaleesya benar-benar membunuhnya.
"Kalau itu yang you nak, I sanggup lakukan. I sanggup mati demi you, Isya!"
Tutur Aidil perlahan ketika menyoroti pemergian Khaleesya. Sayu hati Aidil saat menuturkan ayat keramat pada malam itu. Ayat yang mengakhiri pemergian kekasih hatinya tadi. Ayat yang bakal merubah kehidupannya dan juga kehidupan seorang insan yang tidak bersalah suatu hari nanti.
Kejam kan Khaleesya ni ish.
YOU ARE READING
Jurnal Aishiteru
عاطفيةSiapa sangka, kepulangan khaleeda Adni ke tanah air dikejutkan dengan kedatangan Adam Daniel yang rakus menjadikan dirinya sebagai tawanan selama sebulan kerana satu alasan utama "Ya Allah, dia nak buat apa dengan aku sampai gari aku macam ni sekali...