Jatuh Terhempap.

37.7K 132 3
                                    

Aku teruskan memandu tanpa menghiraukan Asmah lagi. Dan, sepanjang hampir 45 minit untuk sampai kerumahnya, kami hanya membisu dan aku langsung tidak menghiraukannya dan hanya bertanya rumahnya bila telah sampai ke kawasan rumah yg disewa. Kawasan rumah sewanya terletak di kawasan hujung kampung dan agak sunyi. Dengan kedudukan antara satu buah rumah ke satu buah agak jauh.


Sewaktu sampai hujan masih turun dan lebat. Aku terpaksa memberhentikan keretaku lebih kurang 20 meter dari rumah nya kerana keretaku tidak boleh sampai ke hadapan pintu rumahnya. Ini kerana untuk ke rumahnya terpaksa mendaki sedikit.

Hujan yang lebat menyebabkan aku menghulurkan payung kepadanya agar anaknya tidak ditimpa hujan dan sementara Asmah masuk ke rumahnya, aku terus menunggu di kereta sambil memerhatikan Asmah menaiki tangga tanah yang tampaknya licin akibat hujan. Sekoyong-koyong aku melihat Asmah seolah-olah hilang kesimbangan badan di hujung pendakiannya. Bila aku lihat dia membuang payung dan cuba mencapai anak pokok bunga yang ada di tepi tebing, ia mengesahkan yang Asmah memang hilang kesimbangan badan, dia berpaut untuk mengelakkan jatuh bersama bayinya.

Aku terus melompat keluar dari keretaku dan berlari kearahnya untuk membantunya, namun tindakanku agak lewat, Asmah terlepas pegangan pada anak pokok lalu mengelunsur turun menuju kearah aku yang sedang naik.

Bila bertembung, aku juga kehilangan keseimbangan badan lalu kami sama-sama jatuh terduduk di tanah, dengan aku di bawah sekali, seluruh belakang tubuh Asmah di atas tubuh ku, namun nasib baik bayinya masih di dalam pelukan dan menangis akibat terkena air hujan.

Terkial kial aku cuba bangun, walaupun badan Asmah kecil sahaja namun kerana keaadaan yang begitu basah menyebabkan aku agak susah untuk bangun begitu juga dengan Asmah.Setelah kami dapat berdiri, aku ambil bayinya yang dah kuyup dari dakapannya dan terus melarikannya ke pintu rumahnya. Aku biarkan Asmah naik sendiri, sambil aku cuba memujuk bayinya yang menjerit menangis. Waktu ini baru aku perasan suasana persekitaran yang agak sunyi kerana tidak banyak rumah disitu.

Asmah membukakan pintu dan aku terus membawa masuk Azim ke dalam dan terus ke bilik air lalu aku siram seluruh tubuh bayinya, walaupun aku tahu ianya sejuk namun ianya dapat membantu bayi tersebut supaya tidak mendapat demam. Aku terus meminta tuala, baruku sedar yang Asmah hanya memerhatikan sahaja perbuatanku itu, dan dia seperti tersentak dari lamunan bila aku meminta tuala untuk bayinya.


Kelam-kabut dia mendapatkan apa yang kupinta. Lalu kuarahkan dia mengeringkan tubuhnya dan menggantikan pakaiannya yang basah dulu sementara aku menguruskan anaknya. Setelah selesai, aku serahkan Azim padanya dan mintanya memberikan susu serta menyelimutkan bayinya dengan selimut tebal.

Aku masuk semula ke bilik air untuk membersihkan pakaianku yang kotor kerana terlentang di tanah tadi. Setelah aku rasa bersih dengan pakaian basah itu, aku pun berniat untuk balik, tapi aku lihat lantai rumahnya penuh dengan kotoran tanah dari pintu depan sampailah ke bilik air. Aku cuba mencari kain untuk mengelapnya serba sedikit sebab kotoran tersebut berpunca dari aku.
"Saya balik dulu puan Asmah", kataku dari ruang tamu kerana Asmah tentu berada di dalam bilik sedang menyusukan anaknya. "Kejap bang", katanya, pelik sikit aku dengar panggilannya, kerana dia memanggil ku abang.

"Takpelah, tidurkan budak tu saya nak balik ni. Lagipun dah kuyup ni", kataku lagi."Abg kejaplah!", katanya lagi sambil berdiri di muka pintu bilik tidur dengan hanya berkemban dan bahunya ditutupi tuala.

"Dah tidur budak tu?", soal ku. Dia hanya menganguk lalu berkata, "Nah, abang keringkanlah badan tu dulu. Buka pakaian tu, mah bersihkan dulu" katanya sambil menyuakan tuala kepada ku.


"Eh! Tak payah lah. Bukannya ada baju lain nak pakai pun kalau badan kering. Tak mengapa", jawabku pada Asmah.

"Baju abang kotor tu kat belakang. Mah bersihkan sikit, pastu masuk dalam mesin basuh keringkan tak delah lencun macam tu, lembab je kan. Nah! ambil tuala ni. Buka baju tu!" arahnya padaku.

Aku jadi termanggu dan seperti pak turut pulak bila dia pegang tanganku dan menarik tubuhku ke bilik air semula. Aku hanya menurut dan sewaktu aku membuka baju baru aku teringat, enjin keretaku belum kumatikan, pintu keretaku tak bertutup, sah banjir dalam kereta akibat hujan lebat ni.

Dengan hanya berseluar aku meluru keluar lalu bertembung dengan Asmah di depan biliknya secara berdepan dan akibatnya kami sama-sama terhumban ke sofa yang terdapat disitu. Kali ini aku pula menindihnya. Kami diam agak lama dalam keadaan begitu, sehinggalah aku tersedar yang Asmah mengerang kesakitan kerana aku jatuh menghempap tubuhnya.

Asmah, Bini Muda Yang Menawan.Where stories live. Discover now