Bab 20

4.2K 69 11
                                    

"Jaga diri dengan baby elok-elok. Kalau nak apa-apa telefon je abang. Kalau dah tak larat sangat call abang, abang datang ambil." pesan Hafiz Adam dari dalam kereta. Airisa Fathia menundukkan sedikit badannya untuk melihat Hafiz Adam dari tingkap kereta.

Jelas wajah lelaki itu risau. Nak tinggalkan dia dengan kandungan dia pergi kerja je pun. Airisa Fathia tersengih kecil dan mengangguk sahaja. Hafiz Adam tersenyum kemudian dia menekan pedal minyak keretanya. Kalau bukan sebab dia ada meeting harini memang tak lah dia nak tinggal isteri dia sorang-sorang.

Airisa Fathia tersengih sambil melambai Hafiz Adam sehingga kereta Mercedes-Benz lelaki itu tersebut hilang dari pandangannya. Kemudian, barulah dia masuk ke butik pakaiannya untuk bekerja. Jarang-jarang dia datang sini kalau nak diikutkan.

"Eh, akak datang harini?" soal Nadia apabila melihat Airisa Fathia masuk ke butik. Airisa Fathia hanya menayang sengih nya.

"Akak mampu lagi lah nak buat kerja. Itu yang datang tu." Airisa Fathia melihat senarai tempahan dari pelanggan bulan Mei. Boleh tahan banyak. Kesian pulak dia tengok Nadia uruskan butik ni. Memang lah banyak pekerja tapi dia sorang je yang bertanggungjawab.

"Akak kan tengah mengandung. Ada baby tu dalam perut. Tak boleh nak buat kerja banyak sangat." pesan Nadia risau.

Yelah, kalau jadi apa-apa kang susah.

"Takpe, akak datang tolong Nadia pun kira okay lah." Nadia hanya mengangguk kecil sahaja. Airisa Fathia ni memang keras kepala bab kerja ni. Lagi dihalang lagilah dia nak buat. Jadi, Nadia hanya diam sahaja. Asalkan dia tak buat kerja berat-berat sudah.

Airisa Fathia mengambil buku rekaannya. Satu persatu helai buku tersebut diselak. Sampai di satu muka surat kosong, terus dia mengambil pensil dan membuat lakaran rekaan baru nya. Sekali sekala dia membuka telefon nya untuk mencari ilham dari telefon tersebut.

"Assalamualaikum." salam yang diberi membuatkan dia mendongakkan kepalanya sebelum salam di jawab.

"Waalaikumusalam. Eh, Ana rupanya." Airisa Fathia bangun dari duduknya dan bersalaman dengan Ana dihadapannya. Wanita itu hanya tersengih sahaja.

"Risa sihat? Sibuk tak harini?" soal Ana sambil meletakkan sebuah beg plastik diatas kaunter.

"Boleh lah. Ana pulak buat apa dekat sini?" soal Airisa Fathia. Gadis dihadapannya hanya tersenyum.

"Tak ada apa. Saja datang butik lawat Risa. Baby sihat ke?" tangannya menyentuh perut Airisa Fathia lembut.

"Sihat je. Eh, duduk lah dulu." pelawa Airisa Fathia lembut. Kerusi ditolak kecil ke arahnya.

"Tak payah lah. Ana singgah kejap je ni. Tak adalah, kejap lagi Ana nak pergi kedai depan jalan tu. Kebetulan pulak tempat yang nak kena pergi tu dekat dengan kedai akak, itu yang datang." tolak Ana lembut.

"Lah baru ingat nak sembang lama sikit dengan Ana." cebik Airisa Fathia.

"Hmm.. lain kali kan kita boleh jumpa? Ni, Ana ada bawakkan cucur udang. Mak buatkan tadi. Ada lebih sikit itu yang datang hantar dekat Risa."
ujar Ana sambil menunding ke arah beg plastik yang dibawanya tadi.

Teruja wajah Airisa Fathia apabila mendengar cucur udang. Terus sahaja dia membuka plastik yang berisi cucur udang tersebut. Dia tersenyum manis pada Ana.

"Terima kasih banyak-banyak lah, Ana. Bau pun macam sedap ni. Cakap dekat mak Risa kirim salam ye? Tak sempat pun nak jumpa mak Ana." balas Airisa Fathia teruja.

"Sama-sama kasih. Nanti Ana kirimkan. Hmm.. Ana nak kena pergi dah ni. Nanti duduk saja-saja makan lah ye?" pesan Ana seraya meminta diri.

"Tapi sebelum tu, boleh tak Ana bagi nombor telefon Ana dekat Risa. Risa nak jugak contact Ana kalau ada masa lapang." pinta Airisa Fathia sambil mengambil telefon nya di kaunter.

Suami Paling SweetWhere stories live. Discover now