TeN

192 44 3
                                    

      ++double update disebabkan takut data habis, btw thanks vote.. Jasa anda sgt ku hargai.. Hohokk..
     
         ▓█████████████▓

Keesokkan harinya..

"Mereka semua tak nampak isteri kau.. Jadi kemana pula dia pergi "

"Aku takut seonghwa.. Dimana dia berada sekarang "leedo menunduk kepalanya sayu  , dia sangat rindu akan isterinya jisoo. Semalam leedo langsung tak dapat tidur akibat pening memikir fasal isterinya..

Kringgg..kringg..

Seonghwa menyelup poket seluarnya apabila ada panggilan masuk  , terpapar nombor yeosang didalam skrinnya.. Tanpa melengahkan masa, seonghwa pantas menjawab panggilan yeosang.

"Hwa, kami dah jumpa bukti fasal kehilangan pelakon naeun.. Nak tahu datang ke sini "

"Ouh, baiklah.. Nanti aku datang.. "

Tuttt..

Panggilan tamat ..

"Leedo kau nak ikut aku tak? "Tanya seonghwa kepada leedo..

"Hurmm.. Boleh juga "kata leedo.

         ➖➖➖ⓢ➖➖➖

"Ini kami jumpa telefon si mangsa dekat bawah tong sampah.. Kitorang belum check lagi..kau tengoklah.. "Kata yeosang  , telefon bertukar tangan. Seonghwa membuka butang menghidupkan telefon..

Pantas jarinya menekan mesej-mesej, dan ada satu mesej yang menarik perhatian seonghwa..

Ianya nombor yang tidak dikenali.. Seonghwa membuka mesej itu lalu matanya terbutang terkejut.. Turut sama dengan leedo yang melihat itu..
Kelihatan ada gambar yang dihantar oleh nombor itu  , ini bukan buat main-main ini gambar NGERI.. dimana si pembunuh telah mengedit gambar naeun mati dalam keadaan darah berlumuran..

Yeosang tidak tahu apa-apa disebabkan dia sibuk ke tempat lain hanya mereka berdua sahaja..

"Hwa baik kau tengok cctv "cadang leedo ,seonghwa angguk kepala..

Mereka berjalan ke bilik keselamatan dimana cctv diaktifkan ..

Ada beberapa pengawai menjaga disitu.. "Oh detektif seonghwa "mereka menunduk hormat.

"Boleh saya tengok rakaman pada hari kejadian.. "Pinta seonghwa, mereka akur lalu menunjuk rakaman hari naeun hilang..

Mereka perhatikan sahaja gerak geri naeun ditempat itu  , naeun mengeluar kan telefon nya tidak berapa saat naeun mencampak telefonnya..

Dalam keadaan terkejut.. Tiba-tiba mereka ternampak seorang lelaki serba hitam menekup kain pada mulut naeun..

Malangnya mereka tak nampak wajah penjenayah itu disebabkan dia berdiri membelakangi.

"Itu dia..leedo isteri kau selalu pergi kemana jika dia rasa stress?"tanya seonghwa..

"Yang aku tahu tasik.. Tasik pyeolgi kot , sebab dia selalu kesana "kata leedo mengingati tempat kegemaran isterinya.

"Jadi  , mari ke sana.. Sebab aku rasa ada sesuatu tak kena ni.. "Kata seonghwa, hatinya tiba-tiba sahaja terasa aneh..

       ➖➖➖ⓢ➖➖➖

Seungha berehat di bangku selepas penat berjogging saja nak hilangkan tekanan ni.. Dia tak masuk kerja hari ni dengan alasan penat padahal malas.

Artikel-artikel semalam masih mengiang-ngiang dalam fikirannya  .. Marah terhadap tzuyu masih belum reda..

Waktu itu juga  , seungha ternampak sesuatu bernyala disebalik rumput disitu.. Dia mula terasa pelik.. Asal ada cahaya dekat situ ke ada emas..

Dengan perasaan yang ingin tahu  , seungha tuju ke arah rumput itu. Kelihatan ada sebuah telefon pintar disitu.. Dia membelek telefon itu  , siapa punya pula yang tercicir ni..

Pelbagai persoalan yang melilau di dalam kepala seungha .

Waktu itu juga  , ada seseorang menegurnya seungha mempaling ke arah empunya suara tadi.. Ianya seonghwa bersama dengan seorang lelaki..

"Oh, seonghwa sshi..tak sangka kita berjumpa lagi "kata seungha mesra. Mereka mendekati ke arah seungha..

"Oh ya  , kamu buat apa dekat sini? Nak berjogging juga ka? "Tanya seungha menghilangkan suasana janggal..

"Kami cari something  , alang-alang awak berada dekat sini.. Awak ada nampak apa-apa kah? "

Seungha memandang telefon pintar itu , dan dia pandang mereka berdua. "Entahlah siapa punya telefon ni.. "Seungha menunjuk telefon pintar itu. Leedo yang perasan itu terus merampas dari tangan seungha.

"Hwa, ni macam telefon isteri aku ja.. Serupa.. Dan betullah "kata leedo apabila dia membuka skrin telefon terpapar wajah mereka berdua di wallpaper.

"Mari, aku nak tengok ada mesej apa-apa tak "minta seonghwa, telefon bertukar tangan.

Seonghwa membuka mesej terdapat banyak mesej dan panggilan yang tidak dijawab semestinya itu leedo..

"Eh, nombor siapa pula? "Tanya leedo hairan apabila ada mesej tidak dikenali menghantar gambar..

Mereka membuka mesej tersebut, sekali lagi air muka mereka bertiga berubah seperti reaksi tadi.

"Hwa, sama macam kes naeun ni. Aku rasa orang yang sama culik isteri aku.. "Kata leedo resah disaat melihat gambar edit isterinya mati dalam keadaan leher dikelar.

"Dan ini.. Seonghwa darah.. Mesti darah isteri dia "kata seungha menunjukkan kesan darah yang masih ada sedikit kesan..

"Hwa, isteri aku dalam bahaya "makin resah leedo sekarang. Lagi risau bila ada kesan darah isterinya.

Seonghwa berfikir sejenak, dia melihat gambar tersebut dengan teliti nya  ..

"Eo? Ini macam tempat.. Bangunan yang terbiar.. "

"—lot 567..aku rasa ni lokasi dia.. Tengok dekat papan tanda belakang sana..."kata seonghwa dia menunjukkan gambar samar-samar di belakang gambar jisoo. Ianya masih boleh dilihat.

"Eo? Lot 567?"

"Ni kilang Bangunan yang dah lama terbiar tu.. Kitorang pernah pergi ke sana sekali  , well aku rasa isteri kau dekat sana "tutur seonghwa.. "Jadi marilah kita ke sana "ajak leedo.

         ➖➖➖ⓢ➖➖➖

Tubuh jisoo sudah terlantar dengan keadaan tidak bermaya akibat di pukul dengan kayu berkali-kali...

Naeun disebelahnya sudah seperti nyawa-nyawa ikan  , hanya menunggu ajalnya sahaja .

"HAISH PUASNYA AKU HARI NI.. BILA LAH ORANG NAK DATANG TOLONG KAU  , MACAM POLIS TAK AMBIL TAHU SAHAJA. HAHAH! "

Air mata jisoo tidak henti-henti mengalir, rasa kesakitan hanya tuhan sahaja yang tahu.

"HERHH.. "

    ▓██████TBC███████▓

 【C】 Detective :: Search |I 박성화Where stories live. Discover now