ThReE

264 54 5
                                    

▓████████████▓

Sampai sahaja di rumah , seonghwa hanya tinggal di pangsapuri kecil sahaja kerana dia selalu sibuk bekerja dan jarang balik ke rumah .

Dia meletakkan blazer yang dipakai olehnya di atas sofa kecil . Seonghwa terus merebahkan dirinya di atas sofa , rasa penat dan mengantuk mula mengusai dirinya .

Tangannya menyelup poket seluar mengeluarkan telefon pintar nya. Seonghwa membuka skrin telefon pintarnya , terdapat banyak notifikasi dari rakan-rakan nya .

"Huhhh.. "Seonghwa melepaskan keluhan berat , dia meletak telefon nya di atas meja .

Semakin lama , kelopak matanya menjadi berat ..disebabkan terlampau penat seonghwa akhirnya dibuai mimpi .

➖➖➖ⓢ➖➖➖

Seungha merenung lama skrin telefon nya , dia tengah menunggu pesanan masuk dari seonghwa.. Sudah ambil masa 5 minit seonghwa tidak mesej nya .

"Takkan dia tipu aku kot , huwaa...janganlah bagi fakehope "omel seungha , dia bermain dengan jari jemarinya .

Tutt..

Lama menunggu pesanan pun masuk , pantas jari seungha menekan mesej yang baru sahaja masuk .

Tengok sahaja , terus dia mengeluh berat.. Ianya bukan seonghwa tapi jungwoo yang tiba-tiba mesej dia .

Lelaki poyo

Saya tunggu dekat luar ..

Baca sahaja mesej dari jungwoo , seungha menongkat kepalanya memandang cermin tingkap .

Dari luar pagar , dia sudah perasan akan kehadiran jungwoo yang sedang menunggunya .

"Dia nak apa pula.. "Merungut seungha , dia berjalan ke luar dengan langkah malas .

Pintu pagar elektrik dibuka . Terpapar lah wajah jungwoo yang sedang bersandar pada kereta nya .

"Awak nak apa datang rumah saya , malam-malam macam ni? "Tanya seungha , tangannya disilang pada dada .

"Saya nak ajak awak keluar , lagipun mummy awak yang suruh.. "Kata jungwoo , mengukir senyuman penuh romantik .

Seungha mengambil nafas dalam-dalam lalu dihembus keluar . "Saya penat , so lain kali "tolak seungha . Jungwoo menggeleng kepala , keningnya bertaut .

"Tak boleh , awak kena ikut saya mummy yang suruh "mendesak jungwoo , dia menarik lengan seungha , seungha tidak berganjak dia mengeraskan badannya seperti batu .

"Saya kata tak nak , awak tak faham lagi ke? "Ujar seungha , dia sudah rasa nak naik angin sahaja .

"Saya mengadu dekat mummy awak "ugut jungwoo , seungha memejamkan matanya buat seketika .

"Fine , awak menang "seungha terpaksa mengalah sahaja , di dalam hatinya menyumpah seranah lelaki itu .
➖➖➖ⓢ➖➖➖

Pada lewat malam , lama juga seonghwa dibuai mimpi sehinggalah dia terjaga apabila perut nya dari tadi berbunyi-bunyi minta diisi ..

Seonghwa menggosok matanya berkali-kali , badannya diregangkan .

Seonghwa mula mengatur langkah ke bilik air untuk membersihkan dirinya .

Beberapa minit kemudian , seonghwa membuka peti aisnya , kosong.. Langsung tiada apa-apa makanan untuknya , mungkin disebabkan dia bekerja dan lupa beli makanan dapur.

Bila lihat sekeliling , semuanya kosong sahaja.. Nak diharap kan telur , tak pernah mengenyangkan dia .. Jadi seonghwa buat keputusan makan di luar sahaja , walaupun hari dah lewat ada lah juga beberapa kedai makanan masih dibuka .

Dia mencapai kunci kereta sebelum keluar rumah dia memastikan semuanya tertutup , takut ada benda-benda masuk ke.. Selepas itu , dia terus ke bawah menuju ke tempat parkir ..seonghwa hanya tinggal di tingkat tiga sahaja , jadi tak ambil masa yang banyaklah nak turun .

Pintu kereta dibuka , seonghwa masuk ke dalam dia menghidup kan enjin kereta dan memecut ke jalan tar meninggalkan pangsapuri nya.

➖➖➖ⓢ➖➖➖

"Awak tak nak makan ke? Tak rasa lapar ke ?"tanya jungwoo sambil melihat-lihat buku order .

Seungha sekadar menggeleng kepala , memang dia tak rasa lapar sekarang ni . Lagipun hari dah lewat malam , seungha sejenis tak suka makan lewat -lewat macam ni .
"Betul ni? Awak pasti yang awak tak lapar? "Lagi sekali jungwoo menyoalnya , seungha mengangguk sahaja .

"Okey , saya nak pesan spaghetti cheese satu dan air jus oren "ujar jungwoo memesan makanannya disaat pelayan itu sampai .

Selesai memesan , jungwoo memandang gadis dihadapannya yang leka bermain telefon pintar .

"Mari lah kita berbual "ajak jungwoo , seungha pandang jungwoo sekilas .

"Berbual pasal apa je?"tanya seungha , pandangan nya masih dengan skrin telefon .

"Pasal kehidupan diri awaklah "kata jungwoo , seungha menyimpan telefon nya ke dalam poket seluar disebabkan dia lupa bawa handbag .

"Saya rasa kehidupan saya tak seronok untuk diceritakan , awak sajalah "kata seungha , iyelah apa je yang dia nak ceritakan.. Sebabkan dia ni sibuk pasal kerja je .

"Awak mahu dengar cerita kehidupan saya ke? "Tanya jungwoo , seungha teragak-agak sahaja .

"Ikut awaklah , saya tak berharap "kata seungha .

"Apa je yang awak nak tahu , saya boleh cakap "kata jungwoo . Seungha memandang jungwoo dia berfikir sejenak .

"Kenapa awak tak pernah bawa keluarga awak jumpa dengan saya ?"

Tanya seungha , itu sahajalah pertanyaan yang berada di dalam fikirannya , memang dia nak tahu pun sebabkan jungwoo tidak pernah cerita pasal ahli keluarga nya .

"Oh , sebab family saya dah meninggal dunia , jadi tu saya tak pernah ceritakan dekat sesiapa dan awak seorang sahaja yang tahu.. "Ujar jungwoo , seungha rasa bersalah pula sebab tanya soalan itu .

"Waktu saya 13 tahun hari selasa 15 oktober, keluarga saya kena bunuh depan mata saya sendiri , dan kes kematian keluarga saya , ..lagipun kes ni dah lama berlalu..pihak polis dah tutup pun kes tu.."Tutur jungwoo reaksi wajahnya seperti biasa sahaja . Seungha sekadar mengangguk sahaja .

"Jadi , awak tahu ke siapa yang bunuh keluarga awak tu? "Tanya seungha , dia mengajukan lagi soalan kepada jungwoo .

"Tak.. Saya tak tahu "balas jungwoo bahunya diangkat tanda tidak tahu siapa orang itu .

"Tapi.. Urmm.. Tiada apa-apa lah "seungha termati ayat , dia rasa lidah dia terkelu pula .

Tidak lama kemudian , makanan pun sampai.. Jungwoo mencapai garfu dan sudu .

Sebelum makan dia memandang seungha. "Nak rasa sikit ke? "Tanya jungwoo , seungha menggeleng kepala nya .

Dia menggigit bibir bawahnya , rasa macam perasaan pelik muncul dalam dirinya .

▓██████TBC███████▓

 【C】 Detective :: Search |I 박성화Where stories live. Discover now