FiFtEeN

181 36 1
                                    

▓███████████████▓

Sampai sahaja di rumah agam nya , hyen min terus merebahkan dirinya di atas katil bilik bawah tanah. Terdapat pelbagai alat-alatan senjata yang dikoleksi pada setiap dindingnya.

Dia tersenyum sinis disaat teringat kejadian sebentar tadi, dimana dia telah membunuh dongpyo. Akhirnya mati juga dongpyo , sudah lama dia mahu bercadang untuk bunuh dongpyo.

Beberapa minit kemudian , senyuman dia semakin pudar bila teringat kata-kata dongpyo. Dia mengetap giginya geram , dia adalah buruan polis dan ada orang masih lagi siasat kes pembunuhan yang bertahun-tahun lama.

"Aku akan bunuh anak kau detektif park , aku tak suka orang ganggu hidup aku.. Dan semua orang yang rapat dengan kau.. Aku akan bunuh tanpa.... Belas kasihan.. Hahahahahhaaha !"kata hyen min , dia ketawa terbahak-bahak.

"Permainan sebenar aku akan bermula.. Sekarang.. "Kata hyen min dengan penuh kejahatan , dia tawa besar.

➖➖➖ⓢ➖➖➖

"Awak kah orang yang buat penghantaran bunga tu? "Tanya seonghwa kepada pekerja itu , pekerja perempuan itu mengangguk kepala.

"Haah saya yang buat penghantaran tu.. Dan dibayar lebih jika saya hantar bunga tu "kata pekerja itu .

Seonghwa mengusap dagunya tengah berfikir sesuatu. "Awak berjumpa kah dengan orang tu? "Tanya seonghwa .

"Oh ya , saya jumpa dia.. Tapi saya tak dapat cam muka dia .."kata pekerja itu , mereka hampa sekejap.

"Awak ada perasan apa-apa tak? Dekat dia? "Tanya ryujin pula , mereka menunggu jawapan pekerja itu.

"Maaflah , saya tak perasan apa-apa pun sebab waktu dia nak cepat sangat.. "

Mereka bertiga mengangguk sahaja. "Tak apalah , terima kasih sebab sudi bekerjasama "

Mereka keluar daripada pejabat pos , masing-masing mempamerkan wajah muram sahaja.

"-urmm laparlah apa kata kita makan malam dulu.. "Minta seungha sambil memegang perutnya yang sudah berkeroncang.

"Okey juga "balas ryujin setuju dengan cadangan seungha.

Mereka pandang seonghwa dengan wajah aegyo. "Seonghwa belanja !"kata mereka berdua serentak.

Seonghwa yang perasan namanya disebut terus dia mencebik. "Amboi korang ni , okeylah.. "Seonghwa akur sahaja , sebenarnya dia sedih terpaksa belanja.. Tabah wahai park seonghwa..

Terus tersenyum lebar mereka berdua bila seonghwa nak belanja. "Gomawo detektif seonghwa.. "Ucap mereka berdua , tersenyum-senyum sahaja.

➖➖➖ⓢ➖➖➖

Keesokkan harinya..

"Kyah , seonghwa kitorang nak lunch ni.. Kau nak ikut tak? Aku belanja ni? "Ajak hongjoong . "-okey.. "Balas seonghwa ringkas.

"Yeah , hyung belanja !"sorak wooyoung sambil memeluk badan belakang san .

"Tch , tempat kerja pun nak bersweet juga kah ?"mencela mingi , dari tadi dia perhatikan gerak geri woosan yang 24 jam asyik berkepit.

"Eh kau apa tau..tahu lah orang tu cemburu sebab tak sweet macam kita ni.. Kan san "wooyoung mencium pipi san , niatnya sahaja nak buat si mingi jeles.

"~euwww.. Kotor mata aku tengok manusia bergay ni.. Walaupun aku ni sweet dengan yunho.. Aku straight tau.. "Kata mingi , kedua-dua woosan membuat wajah menyampah.

"Dah habis bertekak? "Tegur hongjoong yang sudah siap mengambil tempat duduk disebelah seonghwa. Hanya mereka bertiga sahaja yang masih tercegat dekat luar kafeteria.

Seonghwa sekadar tertawa kecil melihat telatah rakan sekerjanya. Mereka bertiga pun mengambil tempat dihadapan seonghwa dan hongjoong.

"Dah , kalau nak makan pergi lah order nanti hyung tolong bayarkan "suruh hongjoong , baik pula mood dia hari ni.

"Okey !"balas ketiga-tiga woo, san dan mingi..

"Kau hwa? "Tanya hongjoong kepada seonghwa. "Oh , aku rasa tak ada selera pula.. Tak apa aku makan roti sahaja... "Kata seonghwa , memang sekarang ni dia tak ada selera ini pun disebabkan semalam dia makan daging lembu banyak..

Kringg...kringg..

Lantas jari seonghwa menjawab panggilan yang baru sahaja masuk. Dari skrin telefon nya sudah terpapar nombor makciknya.

Seonghwa mendekatkan telefon pada telinganya supaya senang mendengar dengan jelas.

"Makcik kenapa call? Ada apa-apa kah? "

"Hwa, pakcik kamu kena tahan wad ..sekarang makcik tengah jaga dia.. Kalau ada masa kamu datang lah lawat.. "

"-eo? Kenapa pakcik kena tahan wad pula? Sakit apa? "

"Doktor kata pakcik kamu kekurangan penafasan.. Lagipun dari semalam pakcik kamu asyik rasa sakit dada je.. Nasib makcik bawa dia cepat ke hospital.. Dia guna bantuan penafasan buat masa sekarang.. "

"Oh , nanti kalau habis kerja seonghwa datang ya.. "

"Urmm.. Okey kalau ada apa-apa makcik bagitau ya "

"Araesso.. Seonghwa letak panggilan dulu.. "

Tuttt..

"Asal seonghwa? "Tanya rakannya yang dari tadi pasang telinga mendengar perbualan seonghwa.

"Pakcik aku sesak nafas..tapi mujurlah ada orang jaga.. "Kata seonghwa , rakannya meng'oh'kan sahaja.

"Eh cepatnya korang makan? Bukan tadi pergi order kah? "Tanya seonghwa hairan, iyelah tadi bukan mereka order makanan.. Tiba-tiba tengok semua mangkuk dah kosong.

"Hyung apa tau.. Orang belanja an.. "Kata san tersengih.

➖➖➖ⓢ➖➖➖

"Awak dah bagitahu seonghwa? "Tanya tuan miyoon kepada isterinya puan suyoon.

"Dah , balik kerja nanti dia datang..abang makanlah ni , saya ada masak sikit untuk abang.. "Puan Suyoon membuka penutup bekalan yang dimasak olehnya.

"-eo? Saya lupa pula bawa air , awak tunggu sekejap ya jangan makan lagi.. Saya nak beli air takut tercekik pula" pesan Puan Suyoon dia mula menapak keluar dari wad suaminya.

Puan Suyoon mengatur langkahnya ke kedai serbaneka yang berdekatan dengan wadnya.. Dia membeli air mineral.. Beberapa minit kemudian , Puan Suyoon selesai membeli air mineral bersama dengan sedikit snek-snek untuk dimakan.

"Urmm , awak Isteri Tuan Miyoon kah? "Tanya seorang pekerja itu , dari penampilannya nampak seperti pekerja penghantaran.

"Oh ya , saya isteri dia.. Ada apa ya? "Tanya Puan Suyoon yang ingin tahu. Pekerja lelaki itu menghulurkan sejambak bunga ros kepada Puan. Suyoon.

"Siapa yang beri? "Tanya Puan Suyoon hairan , wajahnya dikerut dengan penuh perasaan ingin tahu , siapa pula yang beri bunga ros ni.. Dan macam mana orang tu tahu yang suaminya tahan wad.

"Entahlah , tapi ada orang suruh saya beri dekat tuan miyoon.. "Kata pekerja itu. Tanpa mendengar banyak alasan , Puan Suyoon mengambil bunga ros tersebut, pekerja tadi meminta diri dari situ.

"Takkan seonghwa kot.. Apa-apa sahajalah.. Baik call seonghwa untuk kepastian.. "Omel Puan Suyoon , dia menukar laluan ke luar halaman hospital untuk berhubung dengan seonghwa.. Mana tahu seonghwa kah yang beri.

▓█████TBC██████▓





 【C】 Detective :: Search |I 박성화Where stories live. Discover now