FoUr

246 54 0
                                    

       ▓█████████████▓

Seonghwa datang ke tempat kerjanya seperti biasa . Dia menanggalkan blazernya dan diletakkan pada kerusi .

"Tahniah wooyoung , ini gari untuk awak , ganjaran sebab tangkap penjenayah "

Hongjoong selaku ketua mereka , menghulurkan gari kepada wooyoung atas usahanya .

Wooyoung menunduk hormat , rakan sekerjanya menepuk tangan sambil memuji usaha keras wooyoung .

"Oh , Gomawo "ucap wooyoung gembira.

"Awak telah lakukan kerja yang bagus  , patut kah En. Hongjoong naikkan pangkatnya? "Ujar seonghwa  , mereka semua memandang hongjoong  .

"Hurm  , disebabkan kamu telah berjaya tangkap penjenayah tu  , jadi saya lantik awak sebagai setiausaha bidang jenayah.. Okey "

"Gomawo En. Hongjoong "ucap wooyoung dengan wajah yang berpuas hati  . Lebar senyuman dia apabila dapat naik pangkat  .

"Okey  , semua boleh bersurai "arah hongjoong  , mereka kembali ke tempat masing-masing  .

"Yeosang  , hari ini tak ada kes baru ke? "Kata seonghwa separa berbisik  .

"Oh  , ada je tapi yunho dengan mingi yang uruskan  , jadi hari ini kita dibenarkan berehat "balas yeosang  , seonghwa mengangguk kepala  .

"Urmm  , alang-alang kita dibenarkan rehat.. Aku nak keluar lah  , ada benda nak kena selesaikan.. "Minta seonghwa  , tergesa-gesa menyarung blazernya  .

"Selesai? Eo? "Yeosang mengerut wajahnya bingung  .

"Ala  , adalah bukan hal kerja tapi lain sikit "seonghwa menepuk bahu yeosang sebelum menapak pergi  .

         ➖➖➖ⓢ➖➖➖

Seonghwa tiba di rumah pakcik dan makcik saudaranya tinggal  , pakcik seonghwa merupakan detektif tapi pangkatnya lebih tinggi berbanding seonghwa  . Kehadiran nya disambut oleh pakcik dan makciknya  . Dan merekalah yang menjaga seonghwa dari kecil sehingga dia membesar menjadi seorang dewasa  .

"Hwa  , lama tak jumpa semakin membesar kamu ni "kata pakciknya Tn. Park miyoon  , dia memeluk anak buahnya sungguh rindu dia akan dengan seonghwa yang sudah lama tidak menjenguknya .

"Hwa pun rindu pakcik makcik  , kamu berdua sihat? "

"Sihat saja  "

"Baguslah kalau macam tu "seonghwa duduk di atas sofa sebelah pakciknya  . Manakala makciknya Pn. Suyoon menghidangkan air untuknya  .

"Pakcik , hwa nak tanya  , pakcik ada tak simpan barang-barang appa ? Maksud nya barang waktu dia detektif dulu? "Tanya seonghwa  , pakciknya mengangguk kepala. 
"Ada  , sekejap ya "Tn. Miyoon masuk ke dalam biliknya  , tidak lama kemudian dia keluar bersama dengan tangannya memegang kotak  .

"Nah.. Seonghwa nak buat apa dengan benda ni? "Tanya Tn. Miyoon  , dia meletakkan kotak di atas meja  .

"Hwa  , memerlukan benda ni.. Jadi  , hwa simpan ya "minta seonghwa  , Tn. Miyoon membenarkan sahaja  . Dia tahu yang seonghwa akan siasat tentang itu  , sebab seonghwa telah berjanji dengan mendiang appanya .

"Pakcik akan sentiasa sokong kamu  , pakcik harap kamu berjaya tangkap pembunuh misteri itu "sokong Tn. Miyoon  , dia mengangguk yakin  bahawa seonghwa boleh lakukan itu  .

"Gomawo  , pakcik dan makciklah yang seonghwa ada sekarang.. "Ujar seonghwa  , dia memeluk kedua-dua pakcik dan makcik nya  . Mereka lah yang selalu memberi dorongan untuk seonghwa  .

        ➖➖➖ⓢ➖➖➖

Seonghwa pun meminta diri untuk pulang  , dia menghidupkan enjin kereta  . Cermin tingkap dibuka  . "Seonghwa ini makcik buatkan ubi keledek rebus  , nanti kamu makanlah "Pn. Suyoon memberi bekal kepada seonghwa  . "Nae "

"Jaga kesihatan ya  , seonghwa minta diri dulu  , semoga kekal sihat selalu.. "Pesan seonghwa  , kereta nya mula memecut ke atas jalan semula meninggalkan kawasan perumahan.

Sepanjang perjalanan seonghwa  , dia berhenti kereta di depan kedai serbaneka.. Disebabkan makanan dapur tak ada jadi dia beli pakej ramen dan makanan ringan .

Selepas selesai membuat bayaran  , waktu itu juga seonghwa bertembung dengan seorang lelaki yang agak familiar baginya  , lelaki itu berjalan melintasi nya  .

Langkah seonghwa terhenti  , dia berpaling ke arah susuk tubuh lelaki tadi  . "Itu bukan j-jungwoo ke? "Omel seonghwa  , dia kenal wajah itu . Lelaki yang gadis itu minta dia siasat  .

"Lebih baik aku ikut dia.. "Seonghwa cepat-cepat menghidup kan enjin keretanya  , dia mula mengekori kereta hitam dihadapannya  .

Beberapa lama kemudian , kereta hitam itu berhenti di hadapan kawasan kelab malam mewah  .

Seonghwa berhenti kan keretanya di sebalik parkir yang terdapat disitu  , selepas itu lelaki tadi keluar dari kereta  , disambut dengan dua orang perempuan yang berpakaian agak keterlaluan  .

Mereka masuk ke dalam kelab malam  , seonghwa mencapai kamera kecil nya  , dia bergegas keluar dari perut kereta  dan langkah dituju ke arah kelab malam  .

Lagu EDM bergema diseluruh kelab malam  , ramai orang berada disitu  . Anak mata seonghwa melilau mencari kelibat lelaki tersebut.

"Oh itu pun.. "Seonghwa terhenti pada susuk tubuh lelaki tadi  , yang tengah duduk di atas sofa bersama dengan ramai perempuan seksi  .

Seonghwa duduk di bar pelayan  , matanya tidak putus memandang gerak geri lelaki itu yang tengah berseronok dengan perempuan  .

"Lintah darat  , ini dinamakan menantu..tch "omel seonghwa  , bila diingatkan kata seungha yang lelaki itu merupakan bakal suaminya  .

Seonghwa memulakan kerjanya  , dia mengambil beberapa gambar lelaki itu  .

Kemudian  , dia mula mendial nombor seungha  .

Tutt..

"Yabuseyo "

"Ini saya park seonghwa  , kalau awak ada masa  , mari kita jumpa dekat WAVE Cafe.. "

"Oh  , boleh-boleh "

"Saya letak dulu  , jumpa disana "

Tutt..

Panggilan pun tamat  , seonghwa menyimpan kembali telefon pintarnya ke dalam poket blazer.

Dia mengalih semula pandangan ke arah lelaki tadi  , nampaknya lelaki tu sudah mabuk teruk  . Tak sedar yang butang bajunya dibuka-buka oleh gadis seksi itu , menampakkan dada sasanya  .

     ▓██████TBC██████▓

Haaa jemput suci mata sama-sama  , uhuhuu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Haaa jemput suci mata sama-sama  , uhuhuu.. Syok jap.. Eh pe pulakk















 【C】 Detective :: Search |I 박성화Where stories live. Discover now