Bab 4

246 27 3
                                    

Taehyung pulang ke rumah agak lewat dek kesibukannya yang kerap berlatih bermain badminton.

Itulah rutin harian Taehyung, sama ada waktu persekolahan atau pun cuti.. Pasti dia akan selalu berlatih bermain badminton. Bermain badminton adalah hobi dan minatnya sejak kecil lagi.

Tak mustahillah dia begitu berbakat dan selalu menjadi juara apabila pertandingan badminton yang diadakan oleh peringkat sekolah dianjurkan.

Oleh itu, dia digelar atlet badminton sekolah dan popular di sekolahnya.

Sebaik saja Taehyung masuk ke dalam rumah, dia melihat ayahnya sedang menunggu di sofa.

Ayah Taehyung menegurnya.

"Balik lambat lagi.. "

Taehyung menoleh ke arah ayahnya. Dia membalas.

"Macam tak biasa aje Daddy ni.. Kan memang hari hari Taehyung balik lambat, berlatih badminton.."

"Daddy tau.. Tapi Taehyung kamu sedar tak yang tahun ni kamu akan menghadapi peperiksaan akhir tamat sekolah, jangan asyik nak berlatih badminton saja!" Ayah Taehyung mulai berkeras sedikit. Dia tidak suka melihat Taehyung yang asyik sangat bermain sukan, ayahnya tidak mahu pelajaran Taehyung terabai.

Taehyung mulai malas mendengarnya, ayahnya sudah mula hendak bising kepadanya.

Taehyung diam dan tidak membalas bicara ayahnya itu. Dia melangkah kaki untuk menuju ke biliknya di tingkat atas namun ditegur lagi.

"Nak kemana tu.. Daddy belum habis cakap lagi, kamu dengar tak apa Daddy cakap tadi.."

Taehyung menoleh kembali kepada ayahnya.

"Dengar Daddy.." Taehyung membalas perlahan.

"Baik, mulai sekarang Daddy nak Taehyung stop sementara bermain badminton dan fokus pada pelajaran, faham?!" Ayah Taehyung sudah memberikan arahan.

Mata Taehyung terbuntang, apa? Stop bermain badminton, tidak! Itu adalah hobi dan minatnya, jika dia berhenti bermain, dia pasti akan jiwanya berasa kosong.

"No daddy.. This is not fair! Daddy tau kan yang badminton tu adalah hobi dan minat Taehyung sejak kecil lagi. Okay.. Taehyung akan fokus pada pelajaran but I cant stop to play badminton.." Balas Taehyung. Dia berharap ayahnya akan mengerti.

"Daddy tak suruh Taehyung berhenti terus bermain, daddy hanya pinta untuk sementara demi kebaikan Taehyung jugak. Daddy nak Taehyung jadi seorang yang berjaya and suatu hari nanti Taehyung boleh ambil alih syarikat Daddy.."

Taehyung terdiam, dia berasa kecewa dengan respon ayahnya itu.

"Lagipun, bermain badminton tu.. Apa yang boleh Taehyung harapkan? Hanya sekadar permainan yang tidak boleh membawa kesenangan!" Ayahnya berbicara lagi.

Taehyung berasa hancur hatinya apabila mendengar tanggapan ayahnya terhadap hobi dan minatnya.

"Memang bermain badminton hanyalah suatu permainan yang tak boleh membawa kesenangan, Daddy.."

"Tapi sekurang kurangnya bila Taehyung bermain badminton boleh buat Taehyung rasa lebih tenang dan lupa dengan segala duka.."

"Daddy hanya tau mencari kesenangan harta je.. Mungkin sebab tulah Mummy tinggalkan daddy kan?" Taehyung membalas semua kata kata ayahnya. Dia meluahkan rasa yang terbuku di hati sehingga terlepas cakap mengenai ibunya.

"Taehyung! Daddy tak pernah ajar Taehyung berbicara begitu. Apa Taehyung sudah pandai nak kurang ajar dengan Daddy?" Ayahnya menahan marah, dia berasa tercabar dengan kata kata anaknya itu.

Taehyung tidak lagi berkata apa apa, dia tahu ayahnya sedang marah. Dia tahu dirinya sudah terlanjur cakap.

"Daddy selalu sibuk dengan kerja.. Selalu abaikan kami, sorry Daddy, I have to say that.." Taehyung segera memohon maaf lalu pergi ke biliknya.

Taehyung berasa begitu sedih pada malam itu, apabila dikenangkan rasa bersalah pada ayahnya dan tiba tiba teringatkan ibunya yang entah di mana.

Manakala itu, ayah Taehyung juga berasa kesal. Mungkin benar apa yang dikatakan anaknya.. Dia terlalu sibuk dengan kerja sehingga lupa ada perhatian yang perlu dia berikan.

*Bersambung*


Ms.Secret AdmireWhere stories live. Discover now