Bab 22

208 21 1
                                    

"Nayeon!" Telinganya mendengar suara seseorang. Taehyung?

"Lajunya jalan! Kau nak ke mana?" Tanya Taehyung.

"Aku ingat kau ada gelanggang.. Aku nak pergi tengok kau lah!" Kata Nayeon.

"Ohh tak.. Harini aku tak ada latihan. Esok aku ada bertanding. Kau doakan aku menang ya!"

"Eleh.. Kau kan juara. Ofc la kau menang punya!" Nayeon memerli, sengaja berkata begitu.

Taehyung tersenyum nipis sebelum perasan akan buku yang Nayeon pegang.

"Buku apa tu?" Tanya Taehyung tanpa mengesyaki apa apa.

Nayeon yang perasan akan diarinya, cepat cepat memasukkan ke dalam beg. Bimbang Taehyung ingin membacanya.

"Err.. Tak ada apa apa la! Buku latihan je." Nayeon senyum. Dia terpaksa menipu Taehyung.

Nayeon membawa buku itu kerana dia bimbang ibunya mengambil buku itu dan membuangnya, biarlah dia sendiri yang membuang buku itu setelah dia menulis kata kata terakhir di dalam buku itu.

Taehyung mulai berasa curiga. Buku latihan apa cover depan ada love love pulak! Takpa nanti aku cari tau sendiri. Nayeon ni macam ada sesuatu ja sorok daripada aku!

"Hmm ya lah.. Aku balik dulu ok, nak buat persiapan untuk gerak esok!" Balas Taehyung.

"Okay, aku pun dah nak balik ni. Good luck untuk kau, aku yakin kau pasti menang acara tu! Kau kan atlet!"

Taehyung membalas.

"Ada ada aje lah kau!"

Nayeon tersengih. Setelah itu Nayeon menoleh dan berpura pura untuk pulang, padahal dia belum nak balik lagi. Ada sesuatu tempat yang dia ingin tuju.

Begitu juga dengan Taehyung, dia berasa curiga setelah melihat buku Nayeon tadi, Taehyung ingin mengetahuinya. Dia mengambil keputusan untuk mengekori Nayeon secara senyap. Benarkah Nayeon sudah ingin pulang?!

*Bersambung*

Ms.Secret AdmireWhere stories live. Discover now