Bab 16

198 22 0
                                    

Nayeon berjalan untuk menemui Taehyung pada petang itu di tempat biasa. Namun dia berasa hairan apabila ternampak wajah Taehyung yang nampak muram.

"Taehyung.." Tegur Nayeon lembut.

Taehyung berpaling apabila mendengar suara Nayeon menyapanya.

"Kau tak main ke harini?" Tanya Nayeon.

Taehyung memandang ke depan kembali. Dia hanya menggeleng gelengkan kepalanya tanpa menjawab.

Nayeon merasakan ada sesuatu yang aneh pada Taehyung. Jadi dia membuat keputusan untuk bertanya kepada Taehyung apa masalahnya.

"Kau ok tak ni? Termenung je aku tengok.. Kau ada masalah ke?" Soal Nayeon lalu duduk di sebelah Taehyung. Nayeon juga berasa risau jika Taehyung dalam keadaan sedih.

"Tak..Aku cuma tiba tiba saja rindukan mummy aku!" Taehyung menjawab pertanyaan Nayeon. Entah kenapa dia boleh meluahkan kepada Nayeon.

Nayeon berasa pelik. Kenapa pulak Taehyung rindukan ibunya? Kemanakah ibu Taehyung?

"Ohh.. Mummy kau tak ada dekat rumah ke?"

"Mummy aku memang dah lama tak ada dekat rumah.."

"Hmm.. Maksud kau?" Nayeon ingin lebih jelas jawapan Taehyung.

"Mummy dan daddy aku dah lama bercerai.. Sejak aku umur 9 tahun lagi, sejak dari haritu aku cuma tinggal dengan daddy aku. Mummy aku pulak hilang entah ke mana. Sampai sekarang tiada khabar!" Tanpa sedar Taehyung telah bercerita kepada Nayeon tentang hal keluarganya.

Nayeon berasa simpati terhadap Taehyung. Situasi yang lebih kurang dengan dirinya, namun ada perbezaan.

"Kau tak cuba cari Mummy kau.."

"Tak! Buat apa aku nak cari dia.. Dia pun tak pernah cari aku. Entah dia pun dah lupa yang aku ni anak dia." Taehyung bersuara lirih. Mendengar dari bicara Taehyung, Nayeon yakin bahawa Taehyung sangat menginginkan kasih dan perhatian ibunya.

"Tak baik kau cakap macam tu Taehyung.. Tak ada seorang ibu pun di dunia ni yang akan lupakan anaknya walaupun dah lama tak bertemu sekalipun.." Nayeon memberi nasihat. Dia tidak mahu Taehyung beranggapan seperti itu.

Nayeon menyambung bicaranya lagi apabila melihat reaksi Taehyung yang hanya mendiamkan diri.

"Kau lebih beruntung sebab kau masih ada kedua duanya.. Tapi aku, aku cuma ada Omma.. Appa aku pulak dah lama meninggal. Sejak aku belum dilahirkan lagi.. Aku membesar tanpa dapat merasakan sedikit pun kasih dari seorang ayah.." Nayeon pula menceritakan tentang keluarganya. Matanya sedikit berkaca.

Taehyung berpaling melihat Nayeon yang berada di sisinya. Dia berasa simpati terhadap gadis itu. Rupanya nasib gadis itu juga lebih kurang dengannya namun berbeza.

"Aku mintak maaf sebab buka cerita pasal keluarga.. Thanks sebab sudi dengar dan berkongsi cerita dengan aku.." Taehyung senyum. Dia mulai berasa selesa dengan Nayeon.

Nayeon tersenyum senang. Dia lebih gembira jika Taehyung berkongsi masalah dengannya. Dia jugak dapat menceritakan kepada Taehyung.

*Bersambung*

Ms.Secret AdmireWhere stories live. Discover now