Bab 21

206 22 2
                                    

Nayeon pulang ke sekolah, ketika dia masuk ke biliknya. Nayeon ternampak ibunya di dalam bilik.

"Omma? Omma buat apa dalam bilik Nayeon ni?" Soal Nayeon.

Setelah ibunya mendengar suara Nayeon, dia lantas berpaling sambil memegang diarinya.

Diari aku?! Nayeon berasa cemas. Adakah ibunya sudah membaca buku diarinya?

"Omma nak tukar cadar katil Nayeon ni tadi.. Tapi Omma terjumpa buku ni dekat atas katil.. Buku apa ni Nayeon?" Ibunya memandangnya dengan bicara yang agak serius.

Nayeon baru teringat semalam selepas dia menulis sesuatu di dalam diarinya, Nayeon terlupa untuk menyimpannya kembali kerana terlalu mengantuk.

Pagi tadi pula, dia bergegas untuk pergi ke sekolah sehingga terlupa tentang diarinya yang masih belum disimpan.

"Erk, omma.. Kan Nayeon dah cakap tu buku latihan kat sekolah!" Dalih Nayeon.

"Ohh.. Buku mata pelajaran apa?"

Aduh! Kenapa ibunya harus bertanya detail seperti itu. Selalunya tak macam tu pun! Nayeon mula berasa gusar.

"Omma.. Kenapa ni?" Nayeon masih cuba nak menyembunyikan.

Ibunya meletakkan buku itu dia atas katil Nayeon kembali sebelum berbicara.

"Nayeon.. Kamu jangan nak berdalih lagi dengan omma. Omma tak pernah ajar anak omma menipu tau!" Kata ibunya.

Mendengar kata ibunya itu, Nayeon tahu bahawa ibunya sudah membuka diarinya itu.

Nayeon hanya menunduk diam, tidak tahu apa yang ingin dikatakan.

Ibunya mengeluh perlahan sebelum bercakap.

"Hmm.. Dah berapa kali omma cakap! Omma tak suka kalau Nayeon fikir soal cinta! Omma nak Nayeon fokus dengan pelajaran!"

"Nayeon mintak maaf omma.."

"Siapa Taehyung?" Ibunya bertanya lagi.

Nayeon mengangkat mukanya, dia serba salah untuk memberitahu ibunya, namun dia harus menjelaskan juga.

"Taehyung tu kawan sekolah Nayeon.."

"Kawan? Tapi Nayeon sukakan dia kan.." Kata ibunya dengan tegas.

"Omma.. Nayeon.." Belum semoat menghabiskan bicaranya. Ibunya bercakap sesuatu.

"Dia tau Nayeon sukakan dia?"

Nayeon menggelengkan kepalanya.

"Baik, kalau macam tu jangan pernah bagitau dia yang Nayeon sukakan dia. Omma tak suka.." Suara ibunya mulai perlahan namun kata kata itu menusuk ke dalam hati Nayeon.

"Omma.." Matanya berkaca, tidak sangka ibunya menghalang dia berbuat demikian.

Ibunya keluar dari biliknya meninggalkan Nayeon. Nayeon menangis sendiri. Berharap dia diberikan kekuatan dengan dugaan yang harus dihadapinya.

Nayeon semakin buntu, Ibunya menghalang perasaannya kepada Taehyung. Tidak tega dia untuk melukai hati ibunya jika dia membantah, namun dia begitu sayangkan Taehyung.. Tidak mungkin begitu mudah untuk melupakannya.

*Bersambung*

Ms.Secret AdmireWhere stories live. Discover now