1st Semester Break

152 7 3
                                    

Last paper kami petang ni killer paper. Subject Law yang carry marks pun susah hendak lepas. Habis saja jawab paper, keluar dewan exam semua orang tunjuk muka lega. Saya kejar Ceela di luar dewan bila saya nampak kelibat dia mencari beg yang letak luar semuanya. "Uih." Saya mencuit bahu Ceela. "Penat la awak", kata Ceela merebahkan kepala pada bahu saya. Entah ada tidur atau tidak si cewek manis ni semalam. Mata semacam panda pun ada sudah saya nampak mata dia ni.

"Besok saya balik kampung sudah ni. Flight kau bila?" Saya tanya kepada Ceela. "Cepatnya awak nak pulang. Flight saye lusa ni. Ingat nak lepak ngan awak lagi kat tempat biase. Awak belum start lgi ajar saye gitar." Banyak justification dia ni. "Bah macam ni la. Mari kita keluar makan malam ni. Kau bawa kawan-kawan kau, saya bawa kawan-kawan saya. Boleh?" Memujuk saya dengan dia ni. Sebab rasa cair pula bila dia banyak cakap tdi. "Alaaa awak ni. Lupe ke kawan awak tu tak suke ngan kawan kite sorang tu?" Bidas Ceela.

Ya bah pula kan. Si Mel tu tidak suka dengan kawan Ceela yang bernama Lijah tu. Pernah bertikam lidah dan hampir boxing sampai lecturer masuk campur semasa final presentation. Selepas tu perang lagi di luar kelas, sampai hampir menerkam lagi si Lijah dengan Mel. Mujurlah saya dan Jes pegang Mel kuat kalau tidak memang hancur Lijah kena. Mel tu ganas memang ala-ala singa. Si Lijah mengada-ngada pula mengamuk, yang saya geram juga teringat time tu, Ceela kurus meringkai tu memandai-mandai pergi meleraikan pergaduhan, melambung-lambung dia si Lijah tolak kuat. Risau betul saya dengan Mel meronta-ronta minta dilepaskan. Kuat betul tu perempuan. Training di kebun sawit Kota Belud kan, angkat hasil kelapa sawit. Lol. Badan saya sedang tahan Mel, tapi mata saya tidak lepas dari melilau pandang Ceela. Risau tahap gila-gila, nasib baik Madam paling ganas fakulti kami datang semasa tu. Habis kami semua yang tiada kaitan pun kena angkut pergi ofis dia. Dari luar kami dengar Madam terpekik-pekik memarahi dua orang Wonder woman tidak menjadi tu tadi.

Ceela dengan muka penat macam biasa rebah ja kepala pada bahu saya. Kami semua duduk lantai luar ofis selama 45minit menunggu. Kenapa lah kami pun terlibat sedangkan bukan kami yang bergaduh. Keluar dari ofis Madam, muka paling asam perempuan-perempuan tu bagi dengan kami. Madam berdiri di tengah kami semua. "Kamu semua ni kan, madam expect tahu harga diri perempuan, sekolah tinggi-tinggi tak kan kalau ada pergaduhan nak campur sekali, tak boleh panggil lecturer selesai? Bla bla bla bla....", bebel Madam. Saya buat dek saja, tunduk saja, biasa sudah, telinga tidak pernah bernanah. Tiba-tiba terasa pula tangan saya kena genggam kuat dari belakang. Bila saya toleh kanan, nangis sudah Ceela. Bercucuran air mata dia. Aduhh. Hati tisu betul dia ni. Tahu hati tisu tapi masih hendak bagi Lijah sabar, kan sudah mendapat ganjaran sekarang 🤦🏻. Lebih kurang 15minit kami 6 orang semua kena cuci, kami bersalaman and then berambus dari ofis Madam. Ceela masih nangis, saya hulur sapu tangan saya bagi dia. Dia hembus-hembus hingus lagi. "Awak. Ni saye basuh dulu nanti pulang kat awak", dengan suara teresak-esak lagi.

"Jauh nye lamunan. Orang cakap ngan sape ni sekarang?" Suara Ceela buat saya tersentak. Jauh betul pula saya throwback tadi. "Tidak payah la ajak diorang. Kita dua saja pergi makan ok. Takut saya nanti ada viral news besok dua orang pelajar perempuan mati berbunuhan." Kata saya sambil tarik tangan Ceela. Kami order Grab pergi ke Tanjung Likas. Tempat makan terbuka sambil tengok sunset. Spot sana memang famous, semua orang akan suka kalau nampak permandangan matahari terbenam di sana. Saya pun apa lagi, jadi photographer terbaik untuk Ceela. Kami makan makanan simple saja time tu. Saya order sup tomyam seafood and Ceela order smoked chicken wing with 2 rices. Cerita kami tidak pernah putus. Ada sahaja cerita, ada sahaja cara saya bagi Ceela annoyed.

"Jadi jam berapa kita balik ni?" Saya tanya Ceela. "Kalau boleh orang tak nak balik la. Nak sini lagi." kata Ceela. "Ya lah kau tu. Nanti karang banyak nyamuk sudah ni, kau banyak songeh lagi ni." Usik saya dengan Ceela. Saya order Grab tanpa Ceela setuju. Sebelum kami pulang, saya singgah satu kedai untuk beli sesuatu yang Ceela tidak boleh minum. Orang yang teruk macam saya saja boleh minum. 😂 Saya beli 1.5litre Ice lemon tea, pindah dalam botol mineral, then saya isi 'minuman' saya tu. Sebab hari ni saya rasa happy dapat spend masa dengan Ceela. Saya sudah plan hendak minum seorang diri di smoking area malam lepas ni.

RejectionsWhere stories live. Discover now