Confrontation

100 8 0
                                    

"Yihaaaaaa!" Bunyi orang berteriak kuat buat mata saya terbuka luas tetapi saya tidur kembali apabila Jes masih terbaring disebelah saya. Saya masih belum cukup tidur. I need more sleep. Tiba-tiba rasa pecah telinga saya bila lagu dangdut Perawan atau Janda kena pasang full volume betul-betul dekat telinga. Terbangun terduduk terus saya serentak dengan Jes. "Bangunnnnn! Kelas Madam Rina jam 7.30 petang" Kata Mel sambil menari-nari keliling kami then berenti di tiang bunk bed acah-acah menari tiang. "Gila kau ini, Mel" Kata saya dan berdiri mengambil tuala hendak mandi. Sha masih ketawa pegang perut nampak gelagat gila si Mel. Datang sudah terang bulan si Mel ni begini. Jes masih duduk termenung macam tidak mahu berdiri dengan lagu dangdut si Mel meletup-letup dekat dia. "Jes mari mandi, kau tolong potong rambut saya ni. Sempat lagi ni baru 4.30 petang" Kata saya. Jes bangun malas-malas dan ikut saya pergi mandi, Mel masih gila menari-nari mungkin sampai habis lagu ni dia hendak menari.

Siap semua saya check phone dengan harapan ada mesej dari Lijah. Tapi tiada langsung. Last seen Ceela masih lagi tidak update sampai sekarang. Saya angkat beg dan tunggu diorang Mel di luar. Mel masih bersiap sedangkan dia yang kasi bangun semua orang tadi. Apabila Mel dan Jes keluar, terkejut saya nampak Mel full makeup. "Kenapa kau ni Mel?" Tanya saya kehairanan. Malam-malam makeup tebal, memang datang terang bulan sudah Mel ni. Jes membuang plastik Maggi cup dia yang sudah kosong dia makan sementara menunggu Mel bersiap tadi then dia baling 1 Maggi cup untuk saya. "Kau belum makan apa-apa lagi ni satu hari bos" Kata Jes. Bila saya sambut dan tengok Maggi tu, rasa lapar pula. "Bah saya makan bila sampai class nanti" kata saya. Mel masih touch up bedak lagi masa kami sembang pasal Maggi. "Bah jalan kita" kata Jes. Kami pun jalan tanpa tunggu bas yang lama betul sampai.

Sampai sahaja class, nampak Lijah duduk dengan Azila. "Ada sudah bah pula si mak cik ni. Sudah bagitahu mesej saya, tidak mesej juga" saya berkata dalam hati sambil letak beg dan mahu berjalan ke arah Lijah. Saya mesti tahu keadaan Ceela sebab saya agak risau. "Duduk bah dulu. Letak beg kau di kerusi. Tak kan kau lagi mahu bercinta sama si Lijah ni?" Kata Jes membalas ejekan saya siang tadi sebelum dia keluar bawa Maggi cup saya. "Saya siku kepala kau ni" kata saya tetapi tetap ikut apa yang Jes suruh. Saya duduk letak beg tengah Jes dan Mel then saya berdiri balik cuba hendak jumpa Lijah mahu tanya dia pasal apa yang saya minta dia tapi tidak dapat. Baru saya buka langkah, saya nampak Ceela masuk dari pintu belakang kelas then duduk tepi tingkap barisan meja diorang Lijah. Terhenti langkah saya apabila nampak Ceela yang saya cari dari tadi lagi tapi bila sudah ada depan mata entah kenapa jadi kaku pula. Apa yang buat otak saya lebih bercelaru macam happy pun ada juga, Ceela pakai hoodies yang saya bagi. Tanpa saya sedari, saya berdiri kaku tidak bergerak sehingga Mel tarik saya suruh duduk balik. "Oi kau macam patung ong bak oh sana tadi berdiri saja tengok Ceela. Nasib kurang orang dalam kelas ni, tiada yang perasaan. Duduk kau!" Marah Mel pada saya baru saya tersedar dengan kelakuan pelik saya.

Jes baru masuk kembali dalam kelas sambil memegang Maggi cup yang telah diisi dengan air panas. Jes memberikan Maggi itu pada saya. "Oh hampir lupa. Nah, makan kau cpt sblm ada orang yang mulut buntut ayam datang and report kau makan dalam kelas." Panjang Jes bebel tapi yang saya hairan, Jes bagi lagi bun Gardenia Vanilla. "Mana kau dapat ni Jes?" Tanya saya pada Jes. "Kura-kura dalam perahu, sudah tahu bertanya lagi" Kata Jes sambil buka game Mobile Legend dia. Automatik saya tengok belakang, Ceela sedang tengok saya dan saya pun renung saja dia. Saya beranikan diri untuk mesej dia.

"Thanks. I will enjoy this."

Nervous juga tahu ni menunggu orang duduk belakang reply chat. Tapi saya tengok dia tidak check phone. "Ehemm!" Kata saya tarik perhatian Ceela sambat angkat phone saya dan tunjuk. Mahu bagi isyarat supaya dia check phone.

"Welcome. Awak makan la."

"Bah thanks again. We good now? Are we?"

"😘"

RejectionsWhere stories live. Discover now