Short Vacation

182 6 7
                                    

"Bah jadi kek macam mana ni? Tidak cair kah tu nanti kalau kita bawa dari Kota Kinabalu?" Tanya Jes. "Kau itu. Di Pekan Ranau saja bah kita beli nanti. Pandai lah nanti atur sana" Kata saya. Ini first joint vacation kami dengan kawan-kawan Ceela. At the same time, celebrate birthday Mel sebab ngam-ngam hari Jumaat tu birthday dia. Mel dan Lijah? Kami tipu sahaja diorang. Our side cakap Lijah tidak ikut. Their side cakap Mel tidak ikut. Jadi diorang berdua ikut tanpa masing-masing tahu musuh ketat diorang akan ada. Walau macam mana pun dua orang yang seperti kucing dan anjing tu bermusuh, short vacation kami tidak akan lengkap kalau tidak ada salah seorang. Ceela pun seperti tidak ambil masa yang panjang juga berfikir masa saya offer bawa jalan-jalan di Ranau. Besoknya selepas malam saya offer tu, dia terus text cakap setuju hendak pergi Ranau.

"E. Macam mana kalau si Mel mengamuk besok time kita mahu jalan sudah bila nampak Lijah? Kau tanggung kah? Sudah lah dia ada cakap dia tunda date sama si Oliver gara-gara mahu ikut kita ni" Tanya Jes pada saya dengan muka yang agak risau. "Kau relax saja. Sampai bila juga dia mahu bermusuhan sama si mak cik tu. Biar kita kasi berdamai diorang ni kali" Kata saya sambil hembus asap di muka Jes. "Oi palui. Kalau kau mahu mati awal, kau pi mati sendiri duluan. Jangan bawa saya" Marah Jes yang bukan alang-alang sampai terajang kaki saya. Terlompat juga lah saya takut kena sepak lagi. Pintu bilik kami terbuka dan muncul Sha dengan muka penat dia. Hitam sudah kulit Sha sebab kawad kaki. Memang first sem tiada pilihan kokum lain selain kawad kaki. Sha hempas barang-barang dan topi di meja belajar dia then buka baju singlet jadi separuh bogel macam biasa terus baring di bawah putaran kipas. Penat betul dia saya nampak tapi saya tetap tanya "Sha, kau betul-betul tidak mahu ikut pi Ranau?" Beberapa minit berlalu tapi Sha tidak menjawab langsung. "Krik Krik Krik" Kata Jes mengejek saya yang tidak dilayan oleh Sha. "Sha kau dengar kah?" Tanya saya yang malu sudah tidak dilayan sebentar tadi. "Ah. Oh ya. Sorry. Alaaa kami ada kawad lagi hri Sabtu. Jadi tidak dapat join" Kata Sha macam bingung-bingung. "Bah ok lah kalau begitu" Kata saya yang sudah offer dia tiga kali join kami.

Keesokan harinya, saya turun dulu tunggu kereta yang kami sewa datang. Kami sewa kereta Alza sahaja sebab kami semua 6 orang dan saya sahaja yang ada lesen antara orang-orang Sabah yang join ni. Mel dan Jes pemandu haram semua tu di daerah kami. Lama betul datang kereta sewa tu sedangkan dia Whatsapp saya 10 minit lagi sampai. Betul-betul lah panas menunggu bila kena tipu hidup-hidup begini. Sampai sahaja kereta sewa yang janji 10 minit jadi 30 minit tu, saya rasa macam hendak marah sudah tapi bila keluar tauke kereta sewa dia terus tidak jadi marah. Lol. Terlampau bebeh untuk dimarah dan dapat juga cuci mata kejap. "Sorry ah. Tadi kena tahan aku di gerbang kamu oleh tu polis bantuan." Kata si bebeh. "Ok saja. Bah ini copy lesen dan ic saya ok. Ada kertas ni mahu sign kan" Kata saya yang rasa agak bersalah apabila marah dia tadi pasal lambat sedangkan polis bantuan punya salah. Siap semua urusan, saya call Jes dan Ceela suruh panggil semua orang turun.

Ceela, Lijah dan Azila paling awal turun tapi saya sakit jantung juga sekejap lah tengok beg diorang. Lagi-lagi si mak cik, bawa luggage dia. 2 hari 1 malam saja pun bawa beg begitu besar. Excited betul dia tu tau. Ceela dengan Azila tidak ketinggalan juga, seorang 2 beg. Apa lah isi semua tu, saya bawa 1 backpack saja. Lol. Lijah dengan selamba buka pintu kereta penumpang depan dan duduk terus tanya saya macam-macam. Aduh bukan kau yang saya mahu suruh duduk sana sebenarnya mak cik. Saya tengok back mirror tertentang mata pula dengan Ceela, ingat mahu tengok dia duduk di mana sahaja. Lagi bagus kalau dia yang duduk depan daripada si mak cik kuat bebel ni. "Eh tu bukan Mel ke? Korang cakap tak ikut. Apa ni Ceela. Korang tipu aku hidup-hidup" bentak Lijah yang tidak puas hati. "Opps. Share bayar kereta sewa and booking Agoda tak bole nak refund tau. Soriiii" Kata Ceela dari belakang. Tersenyum saya bila nampak ekspresi muka dia begitu, comel betul pipi pau. Lijah sudah tarik muka masam.

"Aih nah. Kenapa ada mak cik lampir ni. Bilang tiada ikut konon" Terkejut Mel sambil tunjal kepala Jes. Agak kasihan saya tengok Jes mengusap-usap dahi dia lepas kena tunjal. "Mulut tu baik sikit eh. Aku ni dah lama sabar ngan engkau ni." Kata Lijah yang bersedia membuka pintu saya tarik tangan dia. "Mel, kasi can bah. Jangan kamu begini. Ni kali ja. Lepas habis ni semua kamu bergaduh lah macam dulu tu. Kami tidak tahan kamu lagi, saya boleh rakam lagi untuk kamu kasi viral supaya famous" Kata saya menunduk tengok melalui cermin Mel dari dalam kereta. Mel berdiam diri dan pergi ke belakang menyimpan beg. Lijah pun berpeluk tubuh tidak jadi keluar dari kereta. Nasib baik Mel dengan Jes pun bawa backpack seorang satu sahaja. Terasa bergegar phone saya jadi saya check sementara menunggu Mel dan Jes masuk kereta. Chat dari Ceela pula, duduk belakang saya saja pun mahu chat pasal apa lah ni.

RejectionsWhere stories live. Discover now