- two months later
" Baik awak beritahu saya sekarang. Awak ada perempuan lain kan? "
" Apa awak mengarut ni. Stop cakap perkara yang bukan-bukan tengah malam macam ni. "
" JANGAN TIPU SAYALAH! "
" MACAM TU KE CARA AWAK BERCAKAP DENGAN SUAMI AWAK?! "
" Saya— "
Chaeyeon terus menutup televisyen di hadapannya. Drama yang ditonton tadi langsung tidak menarik perhatiannya. " Cliche' nya. Dalam setiap drama, mesti suami akan dituduh curang lepas tu berlaku pergaduhan. Kemudian berbaik semula. " Rungut Chaeyeon.
Jam di dinding dipandang. Pukul 10 malam. Dia mengeluh perlahan. " Bila San nak balik ni? Dah la boring duduk rumah. Eiii... Merajuk baru tahu. " Gumam Chaeyeon sendirian. Sudahlah San tidak membenarkannya untuk bekerja. Sebab tu mereput je dekat rumah.
" Dahlah. Nak tidur. Mengantuk. " Monolog hati Chaeyeon. Kakinya mendaki tangga ke tingkat atas. Lalu menuju ke biliknya dan San.
- - - -
- 1.00 a.m
Pintu rumah dibuka. Terpacullah wajah San yang sedang kepenatan.
Kakinya terus menuju ke bilik. Dia hanya fikir mahu tidur saja sekarang!
Pintu bilik dibuka. Dia tersenyum tatkala wajah Chaeyeon yang sedang tidur menyapa pandangannya. Kepala Chaeyeon diusap lembut sebelum San mencium dahinya.
Bukannya dia sengaja balik lewat. Tetapi terlalu banyak perkara yang perlu diuruskan di pejabatnya. San baring di atas katil. Niatnya nak baring sekejap saja. Tetapi oleh kerana penat yang melampau, San terus tertidur dengan pakaian kerja yang masih melekap di badannya.
- - - -
- 8.30 a.m
" Awak. "
" Awak bangun! "
San terus mencelikkan matanya apabila dikejut berulang-ulang kali oleh isterinya. Jam dipandang. Sudah pukul lapan pagi. Nasib baik dia tidak perlu masuk office hari ni.
" Awak tak tukar baju dulu ke semalam? Mandi dulu ke? Nanti awak sakit lah kalau tidur dalam keadaan macam ni. " Kata Chaeyeon. Jari telunjuknya menunjuk ke arah baju kerja yang dipakai San.
" Mianhe. Saya letih semalam. Tak sempat nak tukar. "
" Hmm... " Chaeyeon hanya mengangguk. Lalu Chaeyeon turun ke tingkat bawah untuk menyediakan sarapan. San perasan akan sikap dingin isterinya terhadapnya. " Merajuk ke? " Monolog San di dalam hati.
- - - -
Usai mandi, San turun ke tingkat bawah lalu menuju ke dapur. Chaeyeon yang sedang memasak itu dicium pipinya. " Awak marah saya ke? " Tanya San. Bibirnya memuncung sedikit. Chaeyeon hanya diam. Kerja memasak itu diteruskan.
" Tak baik abaikan suami awak ni, sayang~ "
Chaeyeon berhenti melakukan kerjanya. Badannya berpusing menghadap San dengan wajah cemberut. " Habis tu? Elok ke seorang suami abaikan isteri di rumah? Saya call awak berkali-kali semalam. Tapi awak langsung tak jawab. Semua mesej saya awak seen. Awak berkahwin dengan saya atau pejabat sekarang? " Kata Chaeyeon mendengus geram.
San mengeluh kecil. Tangannya bergerak menuju ke bahu wanita itu. Tangannya digosok di bahu Chaeyeon untuk menenangkannya. " I'm sorry. Saya pun tak boleh nak elak, sayang. Kerja bertimbun dekat pejabat tu. Okay macam ni. Apa yang saya boleh buat untuk tebus kesalahan saya? Hmm? Tell me anything you want. " Pujuk San.
Chaeyeon berfikir sejenak. " Jalan-jalan? " Tanya Chaeyeon. San mengangguk lalu tersenyum sehingga menampakkan lesung pipitnya. " Sure, sayang. Anything for my baby. "
Akhirnya Chaeyeon tersenyum. Termakan juga dengan pujukan San. " Jadi... Saya ni dimaafkan la kan? " Tanya San sambil menjungkitkan keningnya.
" Disebabkan suami saya comel sangat, saya tak boleh marah lama-lama. So, saya maafkan awak. "
" I know you can't resist your cute, handsome and sexy husband. " San tersenyum sinis.
" Eee, perasan betul! "
•
•
•
YOU ARE READING
《C》JUST FOR A WEEK | 최산
Fiksi PenggemarJangan jatuh cinta selama seminggu jika tidak mahu hati terluka. ↻ 최산 - 강채연 fanfiction #1 in kangyeosang [ 20092020 ] #1 in kqfellaz [ 27092020 ] #1 in ateezfanfiction [ 15052021 ] #1 in choisan [ 22022022 ]