Di rumah Boboiboy
Kenduri kahwin Boboiboy dan Yaya sedang dijalankan dengan meriah sekali.Para hadirin turut menikmati juadah yang disediakan dengan berselera sekali.
"Tahniah Boboiboy! Kahwin juga kawan baik aku ini." kata Gopal kepada Boboiboy.
"Terima kasih ya Gopal"jawab Boboiboy sambil tersipu malu.
Tiba-tiba Fang mencelah,"Nanti jaga bini kau itu baik-baik.Jangan menggatal dengan perempuan lain pula.Hehe."
"Eh,bila masa pula?Aku ini setia tahu.Kau itu bila nak kahwin dengan Ying?"
Giliran Fang pula terkena."Nanti tiga minggu lagi kitorang kahwin,don't worry bro"
"Jaga-jaga dengan isteri kau itu.Dia kan buat biskut tak sedap.Nanti pengsan kau hari-hari.
"Gulp"kelu Boboiboy dan Fang apabila melihat orang di belakang Gopal.
"Apa kau cakap tadi Gopal?Boleh ulang balik?" kata Yaya sambil merenung tajam ke arah Gopal.
Gopal yang melihat Yaya terus ketakutan dan berdiri kaku seperti batu.Nasib baik Boboiboy berjaya tenangkan Yaya.Ying yang baru tiba di situ hanya menggelengkan kepalanya apabila melihat Gopal sudah kaku seperti batu.
Beberapa jam kemudian, Boboiboy kembali ke rumah Tok Aba bersama Yaya untuk bermalam di situ.Yaya terlebih dahulu naik ke atas sementara Boboiboy berbual dengan Tok Aba,Ochobot dan Amato.
"Hah Boboiboy,sekarang kamu dah jadi suami orang.Jaga dan bimbing isteri kamu itu." kata Amato dengan nada tegas.
"Betul kata abah kamu itu.Sekarang tugas kamu sudah menjadi lebih besar.Atok harap kamu dapat uruskan rumah tangga kamu dengan baik."
"Insya-Allah tok.Saya janji akan jaga Yaya dan bimbing dia ke jalan yang lurus"
Tiba-tiba Ochobot bersuara,"Aku tak sangka kau dah kahwin Boboiboy.Kahwin dengan Yaya pula itu."
"Dah jodoh Ochobot.Aku pun tak sangka aku dah kahwin.Rasa macam baru semalam aku datang Pulau Rintis ini"
"Dah pergi jumpa isteri kamu.Jadi Imam dia.Solat Isyak dah dekat ini" kata Amato yang tiba-tiba mencelah.
"Baik ayah,arahan diterima"
Beberapa minit kemudian, Boboiboy dan Yaya selesai menunaikan solat Isyak secara berjemaah.Tiba-Tiba Yaya memegang tangan suaminya dengan erat.
"Boboiboy, terima kasih sudi terima kasih sudi terima aku jadi isteri kau.Aku janji akan taat dengan semua perintah kau dan jaga makan minum kau.
" Baiklah,tapi kita kena tukar panggilan.Abang panggil Yaya 'sayang' dan Yaya kena panggil 'abang' dengan abang.Boleh?
"Baiklah abang."
"Abang janji akan jaga sayang dan bimbing sayang ke syurga" kata Boboiboy sambil mencium tangan Yaya.
"Insya-Allah.Sayang sayang abang"
"Abang pun sayang Sayang"
Bersambung...
Assalamualaikum my readers.Apa khabar?Author harap korang terhibur dengan cerita ini.Jumpa lagi.
YOU ARE READING
CINTA TILL JANNAH(BOBOIBOYXYAYA)
SpiritualCinta itu bukannya terungkap dengan kata-kata sahaja.Ia terbukti daripada perasaan dan sifat tanggungjawab untuk membawa pasangan ke syurga.Ia turut memerlukan kesefahaman antara pasangan demi mengelakkan masalah dalam rumah tangga.Tiap kali mempuny...