Yaya dan Boboiboy sedang bersiap untuk keluar berjalan-jalan di sekeliling bandar.
"Abang,jom gerak."
"Okay,jom!
Lalu,mereka pun turun keluar daripada bilik hotel.Selepas mereka turun,Boboiboy mencuit bahu isterinya.
" Kenapa ini?"tanya Yaya yang sedikit keliru.
"Kita kena patah balik!Abang tertinggal sesuatu." kata Boboiboy dengan nada panik.
"Hah,tertinggal apa?"
"Tertinggal hati sayanglah.Cia cia cia."
Muka Yaya lalu memerah dan berkata,"Ish abang ini!Malulah."
"Hehe.Dah,jom gerak.
Kemudian,Boboiboy dan Yaya berjalan di sekeliling bandar Tokyo bagi bersiar-siar sambil membeli cenderahati untuk diberikan kepada keluarga dan kawan-kawan mereka.
Selepas sejam berjalan,Boboiboy dan Yaya berehat dan duduk di sebuah bangku bagi melegakan keletihan.
" Ya Allah,penatnya!"
"Hehe,sabarlah sayang.Eh,abang nak pergi beli aiskrim jap.Sayang tunggu sini ya."
"Okay bang."
Kemudian Boboiboy pun kembali dengan dua kon aiskrim.
"Nah." kata Boboiboy sambil mrnghulurkan aiskrim kepada Yaya.
"Terima kasih.Halal tak ini?"
"Mestilah halal.Penjual aiskrim tadi pun muslim."
Yaya hanya tersenyum dan berkata,"Okay, bismillahirrahmanirrahim."
"Ermm,sedapnya!"
"Hah,sedap kan."
Yaya memandang Boboiboy dan bertanya,"Abang,sayang nak tanya boleh?
"Tanya apa pula ini?" getus hati Boboiboy.
"Sayang nak tahu bila abang jatuh cinta dengan sayang?tanya Yaya secara mendadak.
Boboiboy terkejut lalu bertanya, "Kenapa sayang tanya macam itu?"
"Alah,jawab jelah!"
"Sebenarnya,abang dah lama suka kat sayang sejak kita kecil lagi."
Muka Yaya mula memerah seperti tomato.
"Sayang itu pula bila jatuh cinta dengan abang?tanya Boboiboy sambil mengangkat kening.
"Umm,sebenarnya sayang dah lama jatuh cinta dekat abang. Sejak pertama kali kita jumpa lagi."
"Dah agak dah!"
"Aik,macam mana pula?"
"Yalah,abang kan hensem."
"Eeee,perasan.Tapi kenapa abang tak pernah tunjuk perasaan abang kat sayang?Tiba-tiba, masuk meminang sampai sayang pun terkejut."
"Uish,soalan cepu emas ini.Tapi takpe,abang akan jawab.Dalam Islam,kita tak boleh luahkan perasaan kepada ajnabi selagi tiada sebarang persediaan untuk bernikah.Hal ini bagi mengelakkan berlakunya segala perbuatan terkutuk yang boleh berlaku di antara lelaki dan perempuan terutamanya zina."
Yaya terpegun dengan kata-kata suaminya.Bila difikirkan balik,dulu Boboiboy pun berjumpa dengan ibu bapanya bagi melamar dirinya.Kemudian, mereka pun bertunang selama dua bulan dan akhirnya berkahwin.Sepanjang tempoh pertunangan itu,mereka masih menjaga batas pergaulan sesama sendiri.Malah,orang tua mereka yang menjadi orang tengah dalam proses taaruf bagi memudahkan mereka lebih mengenali antara satu sama lain.
Yaya kemudian membuka mulut dan berkata,"Tapi sayang hairanlah kenapa orang zaman sekarang ini suka luahkan perasaan sesuka hati.Yalah,mula-mula couple lepas itu selalu berjumpa antara satu sama lain dan akhirnya berzina. Astaghfirullah.
Boboiboy menghembus nafas lalu berkata,"Sebab itu Allah telah berfirman:'Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.'(surah Al-Isra' ayat ke-32).Couple ini merupakan jalan yang mudah untuk mendekati zina.Tapi sayangnya ramai orang yang makin terjebak dengan gejala ini terutamanya golongan muda. Jadi,kita mestilah menasihati mereka agar mereka terhindar daripada gejala ini."
"Betul itu.Sayang bersyukur sangat dapat suami macam abang ini.Sayang harap perkahwinan kita akan sentiasa utuh dan terhindar daripada bencana."
"Aminn."
Bersambung...
Assalamualaikum,macam mana dengan chapter ini?Harap okaylah ya.Bye
YOU ARE READING
CINTA TILL JANNAH(BOBOIBOYXYAYA)
SpiritualCinta itu bukannya terungkap dengan kata-kata sahaja.Ia terbukti daripada perasaan dan sifat tanggungjawab untuk membawa pasangan ke syurga.Ia turut memerlukan kesefahaman antara pasangan demi mengelakkan masalah dalam rumah tangga.Tiap kali mempuny...