Bab 3

645 27 5
                                    

Di lapangan terbang

"Nanti sampai sana jangan lupa jaga diri.Lagi satu,jangan lupa call kitorang tahu." pesan Amato kepada Boboiboy.

"Ish kamu ini,sudahlah itu.Sedangkan angkasa pun dia pernah pergi inikan pula Jepun.Tak payahlah risau." kata Tok Aba.

"Entah ayah ini.Ini Boboiboy lah.Superhero galaksi tahu.Heh"

"Ceh,berlagak betul.Abang ini perasanlah." kata Yaya dengan nada sedikit meluat.

"Tapi memang betul kan."

"Dahlah itu.Korang dah bawa semua barang kan?" tanya Ochobot.

"Sudah,janganlah risau.Aku mana pernah lupa" kata Boboiboy dengan nada sedikit bangga.

"Yalah itu,dulu kau selalu lupa.Sampai sepuluh kali tahu!"

Yaya cuba menahan gelak bila terdengar kata-kata Ochobot.

"Eh,dahlah itu.Malulah aku dengan isteri aku ini."

Tiba-tiba,suatu pengumuman dilakukan oleh pihak bertugas yang mengatakan kapal terbang akan mula berlepas.

"Hah itu mereka dah panggil.Pergi cepat!" kata Tok Aba kepada Boboiboy.

Kemudian,Boboiboy bersalaman dengan Tok Aba dan Amato sebelum pergi.

"Kitorang pergi dulu.Assalamualaikum!

"Waalaikumussalam, jaga diri baik-baik." kata Tok Aba dan Amato.

Ochobot mencelah dan berkata,"Nanti belikan cenderahati ya."

"Okay!" jawab Boboiboy dan Yaya serentak.

Lalu,kapal terbang pun mula berlepas.Boboiboy dan Yaya duduk bersebelahan mengikut tempat duduk yang ditetapkan.Mereka menikmati pemandangan di langit melalui cermin kapal terbang dengan gembira.

Beberapa jam kemudian,kapal terbang mereka pun tiba di Jepun.Boboiboy mengejutkan isterinya yang sudah terlelap di dalam kapal terbang itu.

"Comelnya isteri aku ini bila tidur." bisik Boboiboy dalam hati.

"Abang,kita dah sampai ke?" tanya Yaya yang sedikit mamai.

"Sudah,jom kita turun."

"Baiklah"

Selepas turun,mereka mengambil barang mereka dan menaki teksi untuk ke hotel.Sepanjang perjalanan,Yaya melihat pemandangan bandar Tokyo dengan begitu terpegun.Boboiboy yang melihat gelagat isterinya itu hanya tersenyum kecil.

Selepas setengah jam,teksi itu berhenti di hadapan sebuah hotel.Boboiboy menghulurkan duit kepada pembantu teksi itu sebelum turun.Selepas turun,Yaya mengajak Boboiboy untuk mengambil gambar bersama di hadapan hotel itu.Boboiboy hanya menuruti sahaja permintaan isterinya itu.

"Eh,sayang buat apa itu?"

"Nak upload gambar ini kat media sosial.Kenapa?"tanya Yaya yang berasa hairan.

"Eh,jangan.Abang tak benarkan."

"Alah,tapi kenapa?"

"Nanti abang cakap sebabnya.Jom,kita masuk dulu."

Kemudian,mereka pun menempah bilik bagi bermalam di hotel tersebut.Penjaga kaunter itu lalu menyerahkan kunci bilik itu terhadap Boboiboy.

Pada malam itu,Boboiboy dan Yaya berzikir serta mengaji bersama-sama selepas menunaikan solat.Setelah selesai, Yaya mencuit bahu suaminya.

"Eh,kenapa ini?"tanya Boboiboy.

"Abang,beritahulah sebab tadi."

"Sebab apa?"

Yaya membuat muka dengan sedikit geram,"Alah,sebab abang tak bagi sayang upload gambar kita tadi.Lupalah itu."

Boboiboy menggaru kepalanya dan tiba-tiba teringat,"Oh,sebab itu!"

"Ceritalah cepat."

"Okay,macam ini.Kalau boleh sebenarnya abang tak nak kita upload gambar mesra kita kat media sosial."

Kening Yaya tiba-tiba terangkat, "Tapi kenapa?Boleh jelaskan tak?

Boboiboy tersenyum dan mula berkata," Sebenarnya abang tak nak orang lain pandang isteri abang ini.Abang nak lindungi Sayang daripada dilihat oleh lelaki ajnabi yang lain terutamanya lelaki gatal."

"Tapi sayang kan tutup aurat?"

"Sayang,dengar ini.Memang sayang tutup aurat.Tapi kita tak tahu pandangan lelaki di luar sana.Jika ada lelaki pandang isteri abang ini,lepas itu dia terbayang pula muka comel Sayang ini setiap hari,tak ke naya.Lagipun,bukan kita je.Semua pasangan suami isteri kena berjaga-jaga apabila menyiarkan gambar mesra mereka bagi melindungi pasangan masing-masing."

Yaya bersetuju dengan kata-kata suaminya lalu bertanya," Jadi, setiap pasangan tidak boleh post gambar di media sosial ke?"

"Boleh,tapi ada syaratnya. Pasangan suami isteri itu mestilah menutup aurat sepenuhnya dan tidak menayangkan babak intim melampau ketika mengambil gambar.Ini bagi memastikan tiada sesiapa yang tergoda dengan gambar kita sehingga boleh menimbulkan penyakit hati dalam diri mereka.Selain itu,kita tidak boleh mengambil gambar yang terlalu memfokuskan muka dan bentuk badan kita.Ini bagi memastikan aurat kita sentiasa terjaga daripada dilihat oleh ajnabi di luar sana."

"Ohh!Macam itu rupanya.Baru sayang faham."

"Tapi kalau boleh abang tak nak kita post apa-apa gambar terutamanya gambar mesra kita di media sosial sebab abang tidak mahu ada lelaki lain melihat isteri abang ini.Boleh?"

"Boleh abang,sayang janji tidak akan post gambar kita ataupun gambar sayang di media sosial."

"Macam inilah isteri solehah." puji Boboiboy sambil mencubit hidung Yaya.

"Aduh,sakitlah abang!"kata Yaya sambil memegang hidungnya.

"Hehehe.Sorry."

Bersambung...

Assalamualaikum, apa khabar? Author harap korang dapat manfaat serta terhibur dengan cerita ini.Bye!

CINTA TILL JANNAH(BOBOIBOYXYAYA)Where stories live. Discover now