Bab 2

788 31 8
                                    

Keesokan harinya

Boboiboy dan Yaya menunaikan solat subuh secara berjemaah selama beberapa minit.Selepas itu,Boboiboy berdoa kepada Allah supaya perkahwinan mereka kekal utuh dan terhindar daripada segala malapetaka. Selesai berdoa, Yaya mencium tangan suaminya sepertimana seorang isteri solehah menghormati suaminya.

Kemudian,mereka melipat sejadah dan bersiap untuk turun.Ketika bersiap,Yaya terlihat dua helai kertas kecil terletak di atas meja.Belum sempat Yaya melihat,Boboiboy mengambilnya terlebih dahulu.

"Kertas apa itu bang?"

"Eh,mana boleh beritahu sekarang.Tak surprise nanti." kata Boboiboy sambil tersenyum.

Yaya membuat muka cemberut dan berkata,"Alah,beritahulah. Sayang nak tahu sekarang. Please!"sambil membuat muka comel.

"Sabar ya isteriku,nanti sayang tahu jugak"

"Hmmph!Tak nak kawan."

"Alah,jangan merajuk.Nanti tak comel dah sayang ini."

Tiba-tiba,Ochobot muncul dan berkata,"Uish,sweetnya merpati sejoli ini.Bagai pinang dibelah dua dah aku tengok."

"Eh,bila kau sampai?Kejap,kau buat apa kat sini?kata Boboiboy dengan nada sedikit terkejut.

"Baru je sampai.Aku saja nak tengok gelagat pengantin baru ini macam mana."

"Dahlah,sayang nak pergi dapur. Nak masak.Bye." kata Yaya sambil keluar dari bilik Boboiboy.

"Eh sayang,tunggulah"

"Uish,ber'sayang' bagai.Sweet gila"

"Diamlah kau Ochobot" kata Boboiboy dengan nada sedikit malu.

Beberapa minit kemudian, Boboiboy dan Ochobot turun ke dapur sambil melihat Yaya sedang memasak.

"Sayang masak apa itu?"

"Masak nasi goreng dengan telur dadar."

"Uihh,mesti sedap ini"

"Dah itu Boboiboy,jangan kacau isteri kamu masak" arah Tok Aba kepada Boboiboy.

Amato yang baru tiba turut berkata,"Betul kata atok kamu itu.Sudah,duduk sini"

"Alah,nak bermanja dengan isteri pun tak boleh"

Semua di situ hanya tergelak mendengar kata-kata Boboiboy.

Beberapa minit kemudian,Yaya siap memasak lalu menghidangkan makanan tersebut.Semua di situ makan dengan berselera terutamanya Boboiboy.Yaya hanya tergelak kecil melihat gelagat suaminya.

Ketika makan,Tok Aba tiba-tiba bersuara,"Boboiboy,kamu tak nak pergi bulan madu ke?Takkan tak nak luang masa dengan isteri kamu ini."

"Eh,mestilah nak tok.Hehehe. Boboiboy dah beli tiket dah pun."

Yaya yang sedang minum hampir tersedak kerana terkejut dengan kata-kata suaminya.

"Betulkah ini abang?Kat mana?

Boboiboy menunjukkan tiket percutian ke Jepun yang dibelinya kepada Yaya.

"Wah,Jepun!Bila kita nak gerak?tanya Yaya dengan teruja.

"Esok.Malam ini kita packing barang ya sayang.

"Okay.Tak sabarnya!"

Amato tiba-tiba berkata kepada Boboiboy, "Nanti jaga diri dan isteri kamu itu baik-baik ya"

"Okay ayah!"

Pada malam itu,Boboiboy dan Yaya mula mengemas barang keperluan untuk pergi ke Jepun esok.Boboiboy turut mengarahkan Yaya untuk membawa sejadah,telekung, tasbih dan Al-quran bagi beribadah di sana.

(Author note:Ke mana pun kita pergi,ibadah jangan tinggal)

Selesaj solat Isyak pula,Boboiboy dan Yaya mengaji bersama-sama.Hal ini kerana mereka sedar bahawa cinta kepada Allah lebih kuat berbanding cinta terhadap makhluk lain.Mereka berharap cinta mereka akan terus berkekalan hingga ke syurga.

Bersambung...

Assalamualaikum semua,apa khabar hari ini?Author harap semua orang berpuasa ya bagi yang beragama Islam.Author harap korang terhibur dengan chapter ini.Bye





CINTA TILL JANNAH(BOBOIBOYXYAYA)Where stories live. Discover now