20 minit lagi loceng pagi akan dibunyikan namun Jungkook masih bersenang-senang menikmati sarapan pagi. Sekeping roti yang di sapu dengan jem nanas kegemarannya di gigit lalu dikunyah perlahan sebelum ditelan memasuki salur esofagus.
"Dah pukul berapa ni? Kamu masih tak ke sekolah lagi? Jarak rumah ni dengan tempat kamu belajar tu bukannya dekat." Kim Namjoon, harabeoji yang menjaganya sejak kecil mengambil tempat dihadapannya. Seteguk air teh panas dihirup lalu cawan tersebut kembali diletakkan ke atas meja.
Gigitan terakhir Jungkook masukkan kedalam mulut. Jari yang terkena calitan jem dijilat sebelum di lapkan diatas sekeping kain.
"Pergi dulu." Pamit Jungkook. Sepatu disarungkan. Kunci motosikal ditarik keluar dari dalam poket sebelum dia tunggang motor kesayangannya menuju ke Gwangju Highschool.
Bukan Jungkook namanya kalau tidak menekan minyak melebihi 100 km/j. Hasilnya perjalanan yang sepatutnya mengambil masa dalam 15 minit dapat dia pendekkan kepada tujuh minit. Tepat sebelum pintu gerbang masuk sekolah tersebut ditutup oleh pengawal keselamatan.
Motosikal diparkirkan dihujung tempat letak motor. Agak jauh dari kedudukan kenderaan pelajar-pelajar lain.
Jungkook membuka langkah dengan santainya, seakan sedang menikmati angin pagi di persisiran pantai sedangkan teman-temannya yang lain sedang berlari menyelamatkan diri daripada ditahan oleh Sir Park Ji Min, guru disiplin yang sering berdiri tegak sambil memegang sebatang rotan dilaluan masuk pelajar. Jungkook sudah biasa jadi perhatian jadi apabila ada mata-mata yang melihatnya dia sudah tidak peduli.
"Kamu lambat lagi, Jeon Jungkook." Sapa Sir Park dengan nada suara keras.
"Dah tahu aku datang lambat sibuk lagi tanya." Balas Jungkook dengan suara perlahan. Langkah dia terus buka melintasi Sir Park.
"Dasar budak bermasalah betul. Hormat langsung tak ada." Keluh Sir Park sambil menghantar susuk tubuh Jungkook pergi.
"Hah,kamu! Jangan terhegeh-hegeh. Dah lambat masih tak sedar lagi. Ini bukan pantai nak jalan santai-santai! Cepat!" Sergah Sir Park kearah pelajar-pelajar lain yang sedang melintasinya ketika itu. Rotan yang berada ditangan diangkat beberapa kali sebagai alat untuk menakutkan pelajar-pelajarnya.
📚📚📚
"Apabila butir debunga melekat pada stigma yang bersifat melekit, ia akan disenyawakan kepada ovul melalui salur debunga. Maka, ovul akan berkembang menjadi-- Jeon Jungkook!"
Panggil Mrs. Irene itu membuatkan semua mata di dalam kelas tersebut menoleh kearah Jungkook yang sedang merehatkan kepalanya diatas lengan kanan.
"Hui!" Kim Jungwoo, pelajar yang duduk dibelakang Jungkook menendang kerusi lelaki itu membuatkan dia terbangun dari tidurnya.
Untuk seketika Jungkook terpinga tatkala semua mata memandang tepat kearahnya sebelum dia dapat memproses apa yang berlaku. Ini bukan kali pertama. Rasanya setiap hari dia tidur di dalam kelas. Jadi, dia sudah lali dengan apa yang bakal berlaku.
Pada Jungkook belajar ini membosankan. Dia ke sekolah juga sebab mahu menutup mulut jiran-jiran yang selalu mencari salahnya untuk dijadikan bahan gosip.
Tanpa disuruh, Jungkook bangkit dari duduk sambil menarik bersama kerusinya menuju ke belakang kelas. Kerusi tersebut diangkat ke atas kepala. Pandangan malas diberikan pada Mrs Irene yang berada dihadapan kelas sebagai isyarat bahawa dia sudah buat apa yang perlu dia lakukan.
Mrs Irene lepaskan keluhan berat.
"Baik kelas, kita sambung kembali.."
📚📚📚

ANDA SEDANG MEMBACA
[𝐂] 𝐄.𝐒.𝐏 𝐒𝐲𝐧𝐝𝐫𝐨𝐦𝐞 | 𝐉𝐉𝐊
Short StoryE.S.P; • Extrasensory Perception -known for psychic abilities like mind reading and fortune telling. Hidup Jungkook huru hara kerana 'penyakit' yang sudah tersemai dalam dirinya sejak kecil. "Saya tak nak awak jadi macam omma saya." - Jung Hye...