Adios [ epilog]

176 35 22
                                    

[2 Bulan sebelumnya]

"Laku keras usus kawan kau tu." Taehyung labuhkan punggung ke atas sebuah kerusi bermaterialkan keluli yang dicat putih. Badan dia sandarkan ke belakang sambil mata menembak tepat kearah figura yang sedang berdiri dihadapannya.

Bibir dengan olesan merah meniup perlahan teh panas yang diisi di dalam cawan sebelum menyisipnya sekali. Kesan gincu yang terlekat pada bahagian muncung di lap perlahan dengan hujung jari telunjuknya.

Rambut yang mengurai diselitkan ke belakang telinga. Figura itu merobekkan sebaris senyuman sinis sambil menatap ke hadapan, dimana beberapa lelaki yang memakai pakaian serba hitam menaikkan berpuluh buah kotak ke atas lori.

"Darah muda, siapa yang tak nak, kan?"

Cawan diletakkan keatas meja kaca bersebelahan dengannya. Figura gadis itu memusingkan badan, memandang Taehyung dengan senyuman tipis.

"You did a very good job today. Aku rasa gelaran Modern-day Robin Hood memang sesuai untuk kau."

Taehyung ketawa sinis.

"Kau memang berani, Hye Sung. Bayangkan saja, pelajar sekolah tinggi sebenarnya ketua kumpulan pasaran gelap. Tambah lagi, kau sendiri turun padang bunuh manusia- manusia tak berdosa tu."

"Ada akal tapi tak digunakan untuk cari kemewahan, tak ke sia-sia namanya?"

"Kau tak takut kena tangkap?" Soal Taehyung.

Hye Sung mengambil tempat dihadapan laptopnya. Kedua tangan dilipat ke dada.

"Kau tak perlu risau. Jung Hye Sung tahu cara untuk selamatkan diri dia."

"Sampai kau sanggup bunuh omma kau sendiri?"

Hye Sung memandang Taehyung dengan riak datar.

"Aku tak akan hidup dengan orang yang buat hidup aku merana. E.S.P? tch-- penyakit tak guna tu dah bunuh sifat manusia aku. Dan, aku akan pastikan siapa yang hidap benda sama dengan omma aku,cuma ada satu pengakhiran. Mati dibunuh." Hye Sung gelak besar. Diri psikonya benar-benar hauskan darah. Apa yang dia tahu, hidupnya bahagia dengan apa yang dia lakukan.

Ting!-

Layar laptop dipandang sekilas. Tidak semena senyuman terbina dihujung bibir.

"Kenapa?" Soal Taehyung sepatah. Hye Sung dilihat tanpa berkelip.

"Kilosophy. Satu ahli baru, Jeon Jungkook. Penghidap E.S.P." Hye Sung baca sekali lalu maklumat diri yang di isi oleh si pendaftar sebelum dia berjaya memasuki website gelap tersebut.

"So, another blood?"

🎭🎭🎭

Hye Sung rehatkan tubuhnya ke dinding. Jari runcingnya sibuk bermain dengan sebatang pen manakala tangan kiri memegang erat buku latihan. Sejak tadi,anak matanya tidak lepas dari terus memerhati seorang pelajar lelaki yang sedang mengenyangkan perut dengan sekeping coklat.

Jeon Jungkook.

Mangsa pembunuhan seterusnya yang perlu Hye Sung tarik masuk ke dalam perangkap sebelum dijerat kuat.

Sudah hampir dua bulan Hye Sung memasuki Gwangju Highschool ini, semata-mata untuk membaca gerak geri si lelaki tersebut. Dia hanya menatap dari jauh, kadangkala mengikutinya secara senyap-senyap ke mana saja lelaki itu pergi.

[𝐂] 𝐄.𝐒.𝐏 𝐒𝐲𝐧𝐝𝐫𝐨𝐦𝐞 | 𝐉𝐉𝐊Where stories live. Discover now