Peluh terus saja mengalir dari dahi Jungkook. Cadar yang membaluti tilam dicengkam kuat.
'terkejut, Jeon Jungkook?'
Kaki yang mencecah hujung katil menendang angin dengan kuat. Nafas yang bergulir seakan tidak mahu berhenti menghembus laju.
'aku yang bodoh ke, kau yang bodoh?'
"Penipu..." Halus saja bibir Jungkook mengeluarkan kata.
'senang berkenalan dengan kau.'
'bang!'"Stop!" Jungkook terduduk dengan dada yang terombang ambing. Dalam suasana sunyi itu dapat di dengari jelas nafas yang keluar dari mulut Jungkook.
Rambut hitamnya dikuakkan ke belakang,bajunya yang basah dek kerana peluh yang seakan tidak mahu berhenti mengalir di pandang sekilas.
"Rasa real..." Leher Jungkook elus perlahan. Rasa nyeri yang berasal daripadanya dapat dirasai di seluruh badan.
Setelah dirinya kembali tenang, jam yang tergantung di dinding bertentangan dengan katil ditilik.
7:56 pagi.
Lelaki itu akhirnya mengambil keputusan untuk bangun. Badan digeliatkan, memaksa organ-organ dalaman untuk kembali aktif setelah semalaman berehat.
Jungkook membuka jendela biliknya, sengaja membiarkan cahaya mentari menerobos memasuki bilik yang gelap itu. Sedang dia menghirup udara pagi yang segar, matanya tertancap pada seseorang yang sedang duduk disebuah kerusi di halaman belakang rumah. Saat mata mereka saling bertemu, figura itu tersenyum kearah Jungkook.
"Minah ni lagi..." gerutu Jungkook. Dia membiarkan Hye Sung tetap disana. Tuala mandi yang tergantung di belakang pintu masuk bilik dicapai sebelum dia memasuki bilik mandi untuk menyegarkan badan.
10 minit kemudian, Jungkook sudah kemas dengan pakaian baru yang bersih. Anak tangga dia turuni satu persatu lalu langkahnya dibawa kearah halaman belakang.
Dari jauh, Jungkook dapat lihat harabeoji dan halmeoni duduk bersembang dengan gadis itu sambil menikmati sarapan pagi bersama.
"Panjang umur. Kita sebut-sebut tadi sudah sampai tuan punya badan." Bicara harabeoji menyapa kehadiran Jungkook yang sudah berdiri disebelah lelaki tua itu.
"Asal kau datang sini?" Soal Jungkook dingin. Hye Sung hanya balas dengan wajah riangnya.
"Awak dah janjikan nak pergi...erm... makan aiskrim?"
"Pagi-pagi buta macam ni kau nak makan aiskrim?--" Jungkook terhenti tatkala Hye Sung berikan isyarat untuk membaca fikirannya.
'kata nak pergi tangkap si pembunuh tu. Tak akan nak beritahu mereka berdua. Awak nak mati awal ke?'
Jungkook berdehem kuat sedang Hye Sung menghirup kembali teh yang masih berbaki di dalam cawannya.
"Er... ha... j-jomlah. Kata nak pergi." Ajak Jungkook.
Hye Sung mengangguk. Tunduk hormat diberikan pada kedua orang tua itu sebelum dia berpamit bersama cucu lelaki mereka.
"Comel je mereka berdua." Halmeoni bersuara.
"Macam kita juga." Balas harabeoji itu membuatkan halmeoni tersipu malu.🎥🎥🎥
Jalan mereka buka perlahan. Suasana pagi di kawasan perumahan ini tidak terlalu sibuk. Tenang. Boleh dikira berapa orang yang mereka terserempak sejak keluar dari perkarangan rumah Jungkook.
YOU ARE READING
[𝐂] 𝐄.𝐒.𝐏 𝐒𝐲𝐧𝐝𝐫𝐨𝐦𝐞 | 𝐉𝐉𝐊
Kısa HikayeE.S.P; • Extrasensory Perception -known for psychic abilities like mind reading and fortune telling. Hidup Jungkook huru hara kerana 'penyakit' yang sudah tersemai dalam dirinya sejak kecil. "Saya tak nak awak jadi macam omma saya." - Jung Hye...