Jungkook berbaring malas di atas katil sambil tekun menonton video perlawanan bola keranjang antara Houston Rockets dan Oklahoma City Thunder di YouTube.
'awak macam omma saya.'
Suara Hye Sung yang menyapa tiba-tiba membuatkan Jungkook berhenti menonton. Telefon bimbit yang menyala ditutup. Dia merenung siling putih sambil fikirannya menerawang memikirkan apa yang dikatakan oleh Hye Sung siang tadi.
Flashback
Jungkook dan Hye Sung duduk bertentangan di atas pangkin. Suasana ketika itu sepi tatkala tiada yang bersuara.
"Kau nak cerita ke tak nak? Jangan buang masa aku. Banyak lagi buah epal tu yang aku kena petik." Rungut Jungkook. Hye Sung dipandang tajam.
"Nak mula dari mana?" Soal Hye Sung polos.
Topi kebun yang masih di tangan Jungkook letakkan disebelahnya. Dia berfikir sejenak sebelum membuka kata.
"Apa maksud kau, omma kau macam aku? Dia pun ada E.S.P?"
Hye Sung basahkan tekaknya. Nafas ditarik dalam.
"Omma dulu kerja sebagai polis forensik. Omma gunakan 'penyakit' dia untuk bantu pihak polis cari penjenayah. Sama macam awak, omma saya boleh ramal apa yang akan berlaku, boleh baca fikiran orang lain dan boleh tengok masa depan mereka."
Hye Sung berhenti sejenak sebelum kembali menyambung.
"Tapi, suatu hari ada rumour yang tersebar, katanya omma saya scammer. Mereka cakap, omma cuma serkap jarang, main tuduh suspek yang sebenarnya tak bersalah. Sejak tu, omma saya dibuang kerja. Keluarga kami difitnah, dijadikan bahan gelak dan nama penipu tu kekal sampai sekarang."
Jungkook hanya diam membisu, mendengar cerita Hye Sung dengan penuh teliti. Sebenarnya, dia terkejut kerana ini pertama kali dia mengetahui ada manusia lain yang mempunyai 'penyakit' yang sama sepertinya. Jadi, Jungkook seakan tertanya-tanya apa kesudahan manusia tersebut.
Adakah dia bahagia?
Atau,
Sama seperti Jungkook? Hidup dalam dunia yang huru-hara?
"Akhirnya, omma saya buat keputusan untuk tamatkan hidup dia sebab dia dah tak mampu nak hadap tuduhan orang sekeliling. Omma saya gantungkan diri pada siling."
Hye Sung tatap Jungkook dengan mata yang sedikit berkaca.
" awak tahu? Saya saksi insiden tu berlaku. Darah menitik dari lehernya ke atas lantai, tak ubah seperti hantu. Sejak tu, saya berjanji pada diri saya, yang saya tak akan biarkan tragedi tu berlaku pada nyawa dan jiwa lain." Hye Sung tamatkan ceritanya dengan senyuman tipis.
"Jadi, sebelum kau tegur aku hari tu kau dah tahu aku ada penyakit ni?" Soal Jungkook berterus-terang.
Hye sung mengangguk.
"Saya nak jadi kawan awak, boleh? "
"Kau tak takut ke kalau orang lain benci pada kau macam mana diorang benci pada aku?"
"Saya dah kena lebih teruk dari tu. Jadi, kalau setakat tak ada orang yang berani rapat dengan saya, saya dah biasa."
Jungkook alihkan pandangannya ke tempat lain. Kalau Hye Sung boleh percayakan dirinya, tak akan Jungkook tak boleh percaya pada dirinya sendiri? Tapi, tetap, dia masih tidak jamin 'penyakit'nya ini tidak akan mengancam Hye Sung.
"Deal?" Hye Sung hulurkan tangan kanannya ke hadapan Jungkook. Lelaki itu mengangkat muka memandang Hye Sung yang tersenyum manis.
Pada awalnya Jungkook teragak-agak sebelum dia mengambil keputusan untuk menerima huluran tersebut.
YOU ARE READING
[𝐂] 𝐄.𝐒.𝐏 𝐒𝐲𝐧𝐝𝐫𝐨𝐦𝐞 | 𝐉𝐉𝐊
Kısa HikayeE.S.P; • Extrasensory Perception -known for psychic abilities like mind reading and fortune telling. Hidup Jungkook huru hara kerana 'penyakit' yang sudah tersemai dalam dirinya sejak kecil. "Saya tak nak awak jadi macam omma saya." - Jung Hye...