Setiap kisah romantik , pasti ada dugaannya bukan ? Contohnya seperti kisah di antara Romeo dan Juliet , Majnun dan Laila , mahupun Nobita dan Sizuka . Setiap cabaran mahupun rintangan , dilalui bersama sehingga ke akhirnya . Namun , dugaan kisah aku dan Jungkook ini sememangnya pedih lagi perit . Aku seorang sahaja yang melalui segala cabaran , aku seorang sahaja yang terpaksa berkorban . . .Perjalanan balik dari sekolah terasa tidak bermaya sekali . Kali ini aku tidak membawa buku latihan Jungkook dan rakan rakannya pulang ke rumah . Mana mungkin aku siapkan semuannya sekali ! Habislah segala cuti hujung minggu melakukan latihan sahaja , habislah segala masa berehat nanti terpaksa berkhidmat untuk mereka semua ! This is so unfair !!
Walaupun kali ini tiada latihan yang perlu disiapkan namun tetap sahaja bebanan di kepala tidak hilang . "Bagaimana jika prestasi Jungkook kekal tidak cermelang ? Macam mana kalau dia dirombak ke kelas berlainan ? Ah , habislah hancur segala harapan kekal bersama jejaka pujaan !" Hati ku meronta ii penuh tersesak . Namun tiada apa yang boleh dilakukan selain melepakan keluhan .
Naeun yang berjalan pulang bersama sudah tergelak ii sendiri melihat wajah aku yang berkerut ii "Jieun . . . Jieun . . . Sudah lah perangai awak tuh seperti mak ii , apabila asyik berkerut begini , sudah menjadi nenek ii pulak ! Apa masalahnya ? Sekejap ii tersengih sendiri , selepas tuh berkerut dahi . Tadi pula , awak terjerit dan menyanyi dalam kelas . Otak awak sudah rosak ye ? Kalau betul , saya boleh telefon kan Hospital Gila . HAHAHAHA !"
Jieun si mak mak . . . Itulah gelaran yang sering Naeun dan Yuqi berikan kerana sifatku yang matang berbanding remaja biasa . Namun , jika mereka sedar bahawa aku sedang dilamun angau sebegini , pastinya aku dapat gelaran Jieun Si Miang Keladi . Wajah Naeun aku pandang lemah , sebelum cuba memberi alasan yang munasabah .
Ah . . . Saya cuma sedikit stress sahaja . Tidak lama lagi akan berlangsungnya ujian bulanan , kemudian berlaku pula rombakan kelas . Perasaan jadi risau dan tidak tenang memikirkan hal ii itu semua . . ."
"Hei , apa yang nak dirisaukan ? Selama ni , ujian bulanan bukan satu masalah bagi kita berdua . Setiap kalu ujian bulanan pun , awak pastinya mendapat tempat pertama dan saya pulak tempat kedua . We can do this , Jieun !" Naeun memberi semangat sebelum menyambung kata . "Berkenaan rombakan kelas pula , tidak ada sebablah awak pening ii kepala . Kita ni pelajar cermelang , sudah tentu tidak tergolong dalam kelas pemulihan . Lagipun . . . Saya dapat rasa kan yang Mr.Rowon bukannya betul ii melakukan rombakan ."
Mataku tiba ii terasa bercahaya . "Eh ? Apa maksud awak ?"
"Hmm . . . Pada pendapat saya , Mr.Rowon pastinya sengaja mengugut kelas kita tempih hari dengan tujuan memberikan tekanan . Tekanan kepada para pelajar supaya fokus dan lebih kaut berusaha . Ini semua permainan psikologi sahaja . Trust me !"

YOU ARE READING
(Slow Update) || C I N T A || K E R U S I || B E L A K A N G //JK//
FanfictionLatihan matematik, kerja sekolah... Semuanya sempurna ! Sememangnya Jieun pelajar terbaik, suka berlajar sehingga duduk pun di kerusi paling hadapan di dapam kelas. Namun, siapa sangka gadis itu punya rahsia dalam hati. senyap ii Jieun sebenarnya me...