s e p u l u h : terimakasih + maaf

248 16 6
                                    

Bola berwarna oren itu terlontar ke arahnya, terus dipeluk dan dilempar terus masuk ke dalam jaring serentak itu seluruh dewan menjerit kegembiraan tanda menggenggam kemenangan.

Madin tak mahu dijulang, jadi dia terus menghilangkan diri dari kemelut ramai. Tercungap-cungap dia mencari nafas kepenatan. Mineral dibuka dan diteguk.

Otaknya kusut sedari semalam. Sejak mendengar segala pengakuan Zafir yang tak disangka-sangka.

Riak wajahnya cuba dikawal apabila nama penuhnya disebut.

"Ap-apa benda kau merepek ni?"

Soal Madin mula merenggangkan jarak daripada Zafir.

"Nah!" Sekeping kad dihulurkan kepada Madin sebelum disambung mengemas beg.

Matanya terbeliak sebelum cepat-cepat kad itu diselit dalam poket.

"Mujur IC sebenar kau tu, aku yang jumpa. Kalau tak habislah kau."

Madin terdiam kaku. Malu penyamaran terbongkar sebelum sempat dia mengaku pada Zafir.

"Aku minta maaf sangat-sangat! Aku tahu benda macam ni tak patut jadi dalam kamus hidup kau." Ujar Madin kesal. Kesal dengan diri sendiri.

"Aku bersyukur sebab aku jumpa IC kau tu awal-awal. Kalau tak mungkin aku dah gila."

"Gila ? Kenapa? "

"Sejak latihan soccer hari tu, hati aku tergerak untuk tengok gerak geri kau. Perhatikan kau dari jauh."

"Maksud kau?"

"Andra.." , panggil Zafir lembut.

Madin mendongak.

"Aku dah hampir gila apabila terfikirkan yang aku dah jatuh cinta dekat kaum sejenis tau! Aku tak pasti kenapa aku jadi risau tahap dewa bila kau kena gantung sekolah. Gigih aku dengan Yaya cari bukti waktu kau kena pedajal dengan Uyaina dulu. Aku pun tak faham kenapa aku sampai abaikan gayat dan anxiety aku semata-mata nak tengok kau senyum.."

"Habis Maira? Kekasih kau?" Soal Madin.

"Kekasih? Maira adik akulah! Woo~ kau jangan cakap kau pun mangsa Paan? HAHAHAHA" Zafir tergelak.

"Seriuslah?! Aku sampai patah hati teruk kot bila Paan cakap yang Maira kekasih kau!" Respon Madin buatkan gelak Zafir makin panjang.

"Ka-kau patah hati? Elelelele, kau suka aku eh?"

Madin kesal tersasul cakap. Dia menampar mulutnya. Malu.

"Elelelele, malu ke? Alah, gedik! Dah suka aku tu cakap je la suka!"

"No. No. No."

"HAHAHAHA iye iye je! Woi! Ada orang suka aku wei! HAHAHA!" Gelak Zafir lagi dan lagi.

Gelak itu betul-betul pelik, gelak yang separa kegembiraan dan separa kesedihan. Madin mendongak langit.

"Aku datang sini nak jaga kau dekat-dekatlah Zaf! Bukan buat kau sakit!"

Monolog Madin sebelum berlari ke bilik pengetua. Ya, saat itu di harap keputusan itulah yang terbaik!

🌟

Sambil mengangkut bakul sampah untuk dibuang, dia tersentak dengan kehadiran orang itu. Hanya senyuman dihadiahkan.

"Terima-kasih.."

MADIN + completedWhere stories live. Discover now