"Aku tinggalkan belajar sini. Buat perangai elok-elok!" Pesan Hakim sambil menggosok kepala adiknya itu.
"Eh! Rosak rambut orang karang kan!" Rajuk gadis itu seraya mengemaskan semula rambutnya yang sudah serabut.
"Yelah! Duduk asrama hati-hati. Kalau ada hantu makcik karipap beli karipap dengan daun jangan dengan duit."
Madin hanya tertawa kecil. Rindulah nanti nak dengar lawak-lawak tak seberapa bijak abang kesayangannya itu. Rasa sebak nak duduk jauh dengan lelaki itu.
"Okeylah, bang! Orang pergi dulu. Nak salam ni!" Tangan dihulur tangan abangnya dicium.
Madin tersenyum sebelum meneruskan langkahnya menuju ke pintu asrama puteri.
Sempat dia menoleh kebelakangan untuk memastikan kereta abangnya benar-benar sudah pergi sebelum kakinya melangkah ke pintu asrama putera.
"Misi aku mula sekarang!" , ujarnya pada diri sendiri sebelum menghela nafas berdebar.
🌟
"Petang ni slot kita?! Kau biar betul?" , soal Farhan.
"Betul! Kau dengan aku turun padang hari ni. Kau jangan nak membuta dalam bilik. Kan tak pasal-pasal coach potong markah."
"Yelah! Yelah! Tapi nampaknya urusan orientasi junior baru, kau settle ! Aku kena tenangkan otak." Ujar Farhan sambil menarik bantal peluknya sebelum berbaring.
Zafir hanya jeling menyampah. Anak manusia ni seorang tak boleh hilang walau sejam waktu tidur diam. Tetap dia kena habiskan 8 jam sehari untuk tidur.
🌟
Pang! Pang! Pang!
Bunyi baldi-baldi diketuk oleh beberapa pelajar senior mengiringi seseorang ke kawasan pelajar-pelajar baru yang berdiri dalam bulatan anggaran dalam 20 orang.
Seorang lelaki agak sado berseluar jeans tanpa baju dengan rambut ala-ala pacak bergerak selangkah demi selangkah memerhati pelajar-pelajar baru.
"Ini bukan orientasi macam korang tingkatan 1 dulu! Orientasi bosan dan kolot. Aku tak suka. Bukan juga orientasi bocah main katak dengan air lumpur. Ini orientasi santai tapi ...."
Ayat lelaki itu tergantung sebelum dia mendekati seseorang.
"...bukan skema." , ayatnya dihabiskan serentak menepuk bahu salah seorang pelajar baru.
Madin yang turut berada di antara pelajar-pelajar baru di situ mengalihkan pandangan ke arah pelajar baru yang didekati lelaki sado tadi.
"Wah! Rambut belah tepi, kemeja kotak-kotak berkacing sampai leher dengan seluar slack hitam dan paling sedih baju masuk dalam. Cukup terus syarat skema."
Ujarnya dalam hati.
"Memang baik ah style brother ni!"
Tanpa sedar suaranya halus terkeluar.
"Siapa bercakap tu?!" , soal lelaki berbadan sasa tadi.
Beberapa tangan menunding ke arah Madin.
Madin mengeluh geram tak sempat mengelak dia menunduk.
"Ke depan sikit kau budak!" , panggil lelaki itu.
Madin akur.
"Nama ?"
"Madin, bang!"
"Suka hati selipar jepun opah kau je panggil aku 'bang' eh!"
Madin hanya menunduk. Dalam hati dia memaki diri sendiri. Waktu-waktu macam ni tiba-tiba nak sopan.
"Dengar sini , hari ni kau dah langgar dua peraturan berat aku! Petang nanti aku nak kau basuh baju-baju aku pakai tangan, malam aku nak maggi tomyam dua bungkus tambah telur rebus dan pagi esok kau belanja aku makan tengah hari dekat kafe. Ada bantahan?"
Soal lelaki itu.
"Saya tak nak buat! Saya pun ada kerja sendiri."
Balas Madin sedikit tegas.
"Berani kau kan? Kau push up 100 kali depan aku sekarang juga!"
Gertak lelaki itu.
Madin merenung dengan wajah menyampah tahap kuasa dua dengan wajah bengis itu. Hensem tapi sayang tak ada hati dan perasaan.
Namun dia pasrah. Kaki direbahkan seperti melutut sebelum memulakan push up. Baru saja kedua tangan didepankan tiba-tiba ada tangan yang menarik lengan bajunya memaksa dia untuk berdiri semula.
"Aku pandu orientasi hari ni sampai jam 2 , jadi dia dan semua budak dekat sini bawah tanggungan aku. Faham, Acap?"
Soal lelaki entah dari mana ini sambil menyilangkan tangan ke lengan dengan selamba.
Madin tersengih sinis memandang lelaki sado atau namanya yang baru disebut tadi, Acap.
Acap memusingkan bebola matanya melihat lagak lelaki di depan. Sudah hampir dia beredar, dia menoleh kembali. Matanya memandang Madin.
"Denda kau berjalan."
"Wait! What?!"
Madin ternganga, baru saja rasa mahu bebas. Dia turut menyumpah Acap di dalam hati.
"Aku Ahmad Zafir Zulfakar! Panggil aku Zafir saja. No abang-abang." Pesan lelaki yang menolong Madin. Madin masih menunduk belum dapat melihat wajah si pemilik suara.
"Madin! Tak semua kau boleh abang-abang dekat sini." Pesanan khas itu dituju khas kepada Madin.
Madin terkelu, wajahnya yang pucat ditengking Acap tadi bertukar kemerah-merahan. Hatinya yang beku kian tumbuh bunga.
"Dia? Dia ke yang ada depan aku ni? Ya Allah!"
Monolog hati Madin sendiri. Benar-benar dia tak percaya, impiannya jadi kenyataan!
D o n ' t F o r g e t
D r o p Y o u r C o m m e n t
YOU ARE READING
MADIN + completed
Fiksi RemajaBukan lesbian, aku cuma sedikit boyish ala ala tomboy sikit. Tapi lepas kejadian yang mungkin dah dia lupa, aku tak boleh mengalah. Aku masuk sekolah ni cuma untuk pastikan dia selamat, pastikan dia ada depan mata aku. Niat aku cuma mencintai bukan...