Farhan mula menyampah melihat keadaan Zafir. Sekejap ke kanan, sekejap ke kiri. Entah apalah yang bermain dalam otaknya.
"Kenapa yang kau kusut sangat, hah?"
Farhan mula bersuara.
"Madin, dah seminggu tak datang asrama!"
"Lah, itu je? Memanglah dia tak datang, dia kan dah kena gantung!"
"Tak adil untuk dia. Dia tak dapat pembelaan. Kau tahu apa yang buat aku lagi runsing?"
"Apa?"
"Aku call abang dia, abang dia ingat dia langsung tak tahu pasal dia kena gantung."
"Eh, kiranya abang dia pun tengah risaulah?"
"Taklah, aku cover Madin. Abang dia tak tahu apa-apa."
"Habis, kau rasa dia pergi mana?"
"Aku agak dia ada kawasan-kawasan ni."
"Kalau dah macam tu, kau rileks jelah!"
"No! Aku kena buat sesuatu."
Tegas Zafir sebelum terus keluar menembusi pintu dorm.
Perasaan bimbangnya bukan dibuat-buat. Dia betul-betul rasa takut. Entah sejak bila rasa ini wujud, rasa bertanggungjawab untuk perhatikan 'lelaki' itu.
🌟
"Awak kerja macam mana, hah?!"
"Sa..saya mintak.. maaf, encik!" , tergagap-gagap gadis itu apabila ditengking sebegitu rupa oleh Encik Jaafar.
Madin yang melihat dari jauh hanya terdiam tanpa kata. Encik Jaafar merupakan supervisor di restoran ini. Memang hampir setiap hari, ada sahaja pekerja yang menjadi habuan makiannya. Tapi setakat ini alhamdulillah dia masih berhati-hati.
"Eh, budak!" Panggil seorang lelaki berbaju hitam yang duduk di sebuah meja.
Madin tersentak sebelum mengeluarkan pen dan senarai order.
"Ya, order encik?" Ujar Madin. Sopan dan ramah dengan senyuman.
"Bos kau mana? Panggil dia keluar sekarang!" Keras suara lelaki itu mengarah.
"Maaflah, bos memang tak datang restoran hari ni."
"Tak datang?! Kau tak payah nak bohonglah! Hari-hari aku nampak dia datang sini."
Balas lelaki itu sebelum matanya meliar mencari seseorang melalui slide door restauran.
"Mungkin encik tersilap, yang dekat cashier tu bukan bos, dia supervisor. Encik nak saya panggilkan?"
Balas Madin. Masih lagi sopan walaupun acap kali ditengking.
"Ah! Sudahlah. Kali ni dia terlepas! Esok-esok memang habislah dia aku kerjakan!"
Ujar lelaki tadi sebelum menghentak meja dan beredar.
"Apa benda datang kedai orang marah-marah, aku liku juga kan!"
"Oi! Gila nape cakap sesorang?" Sapa sesekrang dari belakang.
"Mika, kau tahu tak tadi ada lelaki tu serang aku!"
YOU ARE READING
MADIN + completed
Novela JuvenilBukan lesbian, aku cuma sedikit boyish ala ala tomboy sikit. Tapi lepas kejadian yang mungkin dah dia lupa, aku tak boleh mengalah. Aku masuk sekolah ni cuma untuk pastikan dia selamat, pastikan dia ada depan mata aku. Niat aku cuma mencintai bukan...