15

1.8K 93 34
                                    

Christina membuka sebuah buku, berwarna Ungu. Kelihatan tulisan memenuhi setiap lembaran kertas di dalam buku tersebut. Tulisan tangan miliknya. Sebuah diari.

Tangannya terhenti pada sekeping gambar yang terselit di tengah buku. Gambar tersebut dipegang. Penuh kerinduan.

Gambar dirinya, bersama seseorang. Tersenyum ceria.

Seseorang yang dicintai dan sentiasa dirindui. Christina tersenyum nipis.

Gambar tersebut diterbalikkan. Dua baris ayat tertulis mengisi kekosongan belakang gambar tersebut.

"Aku takkan tinggalkan kau, NEVER. Dan aku sentiasa cintakan kau. ALWAYS. NEVER and ALWAYS."

Tulisan tangan 'si dia' yang dicintai. Christina mengusap perlahan.

Dia mula terfikir kan sesuatu.

'Tulisan Alex?'

"Ni sama macam tulisan Alex." Berkali - kali dia cuba mengingat. Dia pernah nampak tulisan Alex pada sebuah buku nota semasa dia membuat kerja.

Christina bingkas bangun. Gambar tersebut masih di dalam genggaman tangan.

Pintu bilik Alex dituju. Tanpa diketuk, terus sahaja pintu bilik Alex dibuka. Christina menerjah masuk.

Kosong, tetapi kemas. Bau maskulin memenuhi ruang bilik.

Dia tahu Alex tiada dibilik. Sebab itu dirinya berani merempuh masuk. Meja yang menempatkan laptop, serta beberapa buku di hampiri.

Setiap buah buku dibuka. Cuba untuk mencari tulisan tangan Alex. Beberapa tulisan tangan di dalam buku diteliti.

Sesekali Christina cuba membandingkan dengan tulisan pada gambar yang dipegang. Satu persatu tulisan tangan Alex dibandingkan.

'Sama. Hampir sama.' Hatinya berbisik resah.

"Alex orang yang sama ke?" Christina bercakap sendiri.

Dia hampir menangis. Entah gembira atau kerana rindu teramat sangat.

"Alex..." Dia menyebut perlahan. Matanya mula dikaburi dengan air mata.

"Tina!?" Suara seseorang menyentakkan Christina. Terus sahaja buku yang dipegang ditutup.  Christina berpaling kepada suara tersebut.

Alex.

Dengan dahi berkerut, Alex mendekati Christina.

"Apa awak buat dalam bilik saya?" Soal Alex, menghampiri meja tempat Christina berdiri.

Christina menjarakkan diri dari meja . Air mata yang tumpah sedikit disapu pantas. Kepalanya menunduk ke lantai. Seperti pesalah.

Alex bersandar pada meja. Tangan kiri dimasukkan ke dalam poket.

"Tina, I'm asking you. Apa awak buat dalam bilik saya?" Suara Alex serius. Matanya tajam memandang Christina yang menunduk. Alex dapat lihat Christina memegang sesuatu pada tangan.

"Siapa benarkan awak masuk dalam bilik saya!?" Suara Alex meninggi. Christina tersentak. Serta merta airmata yang ditahan, tumpah semula.

Alex terkesima. Perlahan dia melepaskan keluhan.

"Tina, saya cuma nak tau kenapa awak masuk dalam bilik saya ni. Awak cari apa?" Alex menyoal, lebih lembut. Terkesan melihat airmata Christina.

Diam. Cuma sesekali Christina menyapu airmatanya yang tumpah.

Alex mengeluh lagi.

"Tak pelah, saya anggap awak tak pernah masuk dalam ni. Awak balik lh bilik." Alex berdiri tegak. Di hampiri Christina yang keras membatu.

Never and Always (GxG) Where stories live. Discover now