𝓑𝓲𝓭𝓪𝓭𝓪𝓻𝓲 𝓒𝓲𝓷𝓽𝓪 𝓗𝓪𝓽𝓲 𝓐𝓲𝓶𝓪𝓷 𝓗𝓪𝓺𝓮𝓮𝓶
PUAN ELRINA sedang mencari menantunya di merata tempat. Tanpa diduga, dia terlihat Raisya yang duduk di ruang tamu sambil menonton televisyen. Puan Elrina hanya menggelengkan kepalanya sambil tersenyum lebar, lalu berjalan mendekati Raisya yang masih asyik dengan rancangan kegemarannya.
"Raisya," panggil Puan Elrina dengan nada suara lembut.
"Ye, Umi," balas Raisya, menoleh ke belakang dan memandang Puan Elrina yang sedang berdiri di belakangnya dengan senyuman manis.
"Kejap lagi Haqeem akan balik dari kerja. Raisya pandai masak tak?" tanya Puan Elrina dengan nada yang lembut.
Raisya menggelengkan kepalanya, terlihat sedikit cemas. "Tak pandai, Umi."
"Tak apa, jom Umi ajar Raisya masak makanan kegemaran dia, iaitu udang sambal petai. Simple je," ujar Puan Elrina sambil menarik tangan menantunya dan membawanya menuju ke dapur.
Setibanya di dapur, Puan Elrina mula membuka kabinet dan mengeluarkan bahan-bahan untuk dimasak. Raisya hanya melihat sambil mengikuti langkah ibunya di dapur.
"Nak Raisya tolong?" tanya Raisya sambil memandang ke arah Puan Elrina yang sibuk mencari bahan-bahan masakan.
"Boleh, Raisya ambil dua biji bawang besar, kupas kulitnya, lepas tu potong hiris halus," balas Puan Elrina, menoleh ke belakangnya. Raisya hanya mengangguk faham.
Sementara itu, di luar sana, Haziq memandang ke arah Haqeem yang baru tiba. "Nak makan tak?" tanya Haziq.
"Tak nak lah, aku makan kat rumah," balas Haqeem sambil tangannya dimasukkan ke dalam poket seluarnya.
Haqeem menghentikan langkahnya dan memandang semula ke arah kawan baiknya itu. "Untunglah, isteri kau yang masakkan," perli Haziq dengan nada sayu sambil wajahnya kelihatan lesu.
Haqeem hanya memandang Haziq dengan kening kiri terangkat, seolah-olah menahan rasa cemburu.
Setelah selesai memasak, semua hidangan diletakkan di atas meja makan dengan rapi. Raisya memandang ke arah jam dinding untuk melihat waktu.
"Umi, bila orang tu balik?" tanyanya, menoleh ke belakang dengan harapan. Matanya mencari jawapan pada wajah Puan Elrina.
"Kejap lagi Haqeem balik, tapi sekarang ini Umi kena keluar," jawab Puan Elrina, meletakkan segelas air minuman di atas meja.
"Umi nak pergi mana? Takkan nak tinggalkan Raisya seorang kat rumah ni," balas Raisya dengan wajah sayu, sambil memegang tangan Puan Elrina.
"Umi kena keluar, ini urgent. Raisya tunggu Haqeem balik ye," balas Puan Elrina, mengukir senyuman manis sambil mengusap kepala menantunya lembut.
YOU ARE READING
The Lecturer My Husband | [ IN EDITING ]
RomanceBOOK | 1 TAJUK LAMA: PENSYARAH ITU SUAMI AKU STATUS: Complete ✅ AIMAN HAQEEM | RAISYA AMANDA 'YOU'RE MY EVERYTHING, FOR MRS. AIMAN HAQEEM'S ANGEL' Perkahwinan diatur oleh ibu bapa mereka apabila berlaku situasi 13 tahun lalu yang menyebabkan mer...