𝓑𝓲𝓭𝓪𝓭𝓪𝓻𝓲 𝓒𝓲𝓷𝓽𝓪 𝓗𝓪𝓽𝓲 𝓐𝓲𝓶𝓪𝓷 𝓗𝓪𝓺𝓮𝓮𝓶.
SUASANA di dalam kereta menjadi sunyi. Syakira yang duduk di belakang mula merasa kurang selesa dengan keadaan senyap sebegitu.
Syakira mengeluarkan telefon pintarnya dari beg tangan dan terus menaip mesej kepada Raisya yang berada di hadapannya. Selepas menaip, dia segera send mesej tersebut.
Raisya yang sedang memandang ke luar tingkap. Dia merasakan ada mesej masuk ke telefonnya. Tangannya cepat mencapai telefon dari dalam beg, ingin melihat siapa pengirim mesej tersebut. Melihat nama Syakira, dia segera membaca mesej yang dihantar oleh rakannya itu.
Raisya menoleh ke belakang dan sekilas melihat Syakira yang sedang tersengih, seolah-olah menunggu respon daripadanya. Raisya hanya menggelengkan kepala sambil tersenyum kecil.
[WhatsApp]
Syakira(Bff): Wei kenapa senyap je?
Raisya tersenyum dan terus membalas mesej tersebut.
[WhatsApp]
Raisya Amanda: Entahlah,mana aku tahu?
[WhatsApp]
Syakira(Bff): Kalau aku tahu yang kau naik dengan suami kau, memang taklah aku nak tumpang kau.
[WhatsApp]
Raisya Amanda: Alah, sorry! Aku terlupa nak cakap yang aku kena naik dengan suami aku. Asalnya ingat nak pergi dengan kakak atau ibu aku, tapi last minute diorang ada hal. So, nak tak nak, aku terpaksa suruh suami aku yang hantarkan.
[WhatsApp]
Syakira(Bff): Yelah
Raisya ketawa kecil membaca balasan Syakira. Dalam diam, dia sebenarnya faham apa yang dirasakan oleh sahabatnya itu. Duduk dalam kereta dengan suami orang memang sedikit janggal bagi Syakira, tapi dia bersyukur sahabatnya itu masih sudi menumpang.
Sambil membalas mesej Syakira, mata Raisya mencuri-curi memandang suaminya yang fokus memandu. "Handsome!" bisik hatinya sambil tersenyum sendiri. Alah, gedik dengan suami sendiri, bukan dengan suami orang!
Setibanya mereka di Universiti Teknologi MARA (UiTM) di Shah Alam. Raisya dan Syakira terpegun melihat keluasan kawasan universiti itu.
"Besarnya tempat ni!" ujar Syakira dengan matanya bersinar-sinar memandang sekitar UITM.
"Kan? Jomlah kita pergi daftar kemasukan pelajar baru dan asrama. Mana tahu kita dapat jadi roommate!" balas Raisya penuh semangat sambil menarik pergelangan tangan Syakira.
Syakira tersenyum sambil mengikut langkah Raisya ke kaunter pendaftaran. Haqeem yang berada di belakang sudah tertinggal jauh. Dia hanya mampu tersenyum sambil menggeleng kepala melihat gelagat isteri tercinta yang begitu teruja.
YOU ARE READING
The Lecturer My Husband | [ IN EDITING ]
RomanceBOOK | 1 TAJUK LAMA: PENSYARAH ITU SUAMI AKU STATUS: Complete ✅ AIMAN HAQEEM | RAISYA AMANDA 'YOU'RE MY EVERYTHING, FOR MRS. AIMAN HAQEEM'S ANGEL' Perkahwinan diatur oleh ibu bapa mereka apabila berlaku situasi 13 tahun lalu yang menyebabkan mer...