" ARGGHHH "
" Hyurin-ah waeyo ? " seorang wanita yang sedang berdiri di hadapan pintu biliknya itu dipandang . Kepalanya digelengkan perlahan, peluh dingin yang mengalir di dahinya dilap menggunakan belakang tangannya .
" Haih kamu ni, cepat pergi mandi nanti lambat pula nak pergi sekolah tu " tertutup rapat sahaja pintu bilik itu, Hyurin terus merebahkan badannya semula .
" Mimpi tadi tu.. kenapa macam betul " tanpa sedar tangannya perlahan - lahan naik menyentuh bibirnya . Matanya dipejam rapat dan kepalanya terus digelengkan laju bila kotak fikiranya seperti mahu mengulang semula mimpi yang dialaminya tadi .
Selimut yang menutupi badannya dibuka dan dia terus berdiri, tuala yang tersangkut di belakang pintu ditariknya dan dibawa masuk ke dalam tandas .
Setelah beberapa minit di dalam tandas, Hyurin dengan pantas terus bersiap . Lipstick yang ada di atas meja dicapainya dan dicalitkan ke bibirnya, dia terdiam sejenak bila matanya bibirnya dari kaca cermin .
" Kenapa aku rasa yang semua ni bukan mimpi ? " katanya perlahan sambil menyentuh bibirnya .
Siapa lelaki tu ?
" HYURIN ! KAMU DAH SIAP KE BELUM ! " jeritan dari Eommanya itu membuatkan gadis itu terus tersedar .
" Nae Eomma " beg sekolahnya yang ada di atas meja belajar disandangnya sebelum kakinya terus melangkah keluar dari bilik itu .
" Eomma " kerusi di meja makan ditariknya sedikit sebelum dia terus melabuhkan punggungnya .
" Wae " Puan Kim hanya memandangnya pelik bila gadis itu memandang kearahnya dengan senyuman penuh makna . Penyepit yang dipegangnya diletakkan ke atas meja .
" Kalau kamu nak du-- "
" Bukanlah.. Hyurin nak tanya ni " berkerut dahi Puan Kim melihat anak perempuannya itu . Hyurin pula masih lagi tersenyum sambil bermain dengan penyepitnya .
" Eomma-- first kiss dulu waktu umur eomma berapa ? "
UHUKKK
Puan Kim yang baru sahaja mahu menghirup sup yang dimasaknya tadi terus tersedak bila mendengar soalan dari Hyurin itu .
" Ap- apa punya soalan kamu tanya pagi - pagi, dah habiskan sarapan tu dan pergi sekolah nanti kamu lambat pula . Cikgu marah kamu padan muka " Hyurin hanya mencebik mendengar kata - kata Eommanya itu .
" Yelah.. kita tanya ja pun " ujar gadis itu perlahan sebelum mencapai gelas yang berisi susu dan terus diminumnya sehingga habis .
" Hyurin pergi sekolah "
" Nae.. Take care " Hyurin hanya menganggukkan kepalanya bila mendengar pesanan dari Eommanya itu .
(♡˙︶˙♡)
" Kau ada dengar tak berita yang I.N Stray kids ada yeochin dan yeoja tu bukan idol "
" Jjinja? kau tahu dari mana ? "
" Dispatch lah mana lagi, kalau tak percaya kau buka akaun instagram dispatch, dia ada gambar mereka berdua bercium tau tak "
Hyurin yang baru sahaja mahu melabuhkan punggungnya di kerusi stesen bas itu terus tercenggang sebentar, bila telinganya terdengar perbulan dua orang pelajar yang sedang duduk di tepinya .
" Haah lah weh, betul lah ni Jeongin . Hala muka yeoja ni tak nampak lah " mendengar itu Hyurin terus perlahan - lahan cuba turut serta memandang skrin telefon bimbit pelajar itu . Dua pelajar itu pula hanya memandang Hyurin dengan pandangan pelik .
YOU ARE READING
⌠ ꜱᴇʀᴇɴᴅɪᴘɪᴛʏ ⌡
Fanfiction[ SHORT STORY ] ░░░░░░░░░░░░░░░ Aku tak perna terfikir yang aku akan jumpa dia dan aku tak perna terfikir yang aku akan jatuh cinta dekat dia . " Saranghaeyo " ░░░░░░░░░░░░░░░ Start : 21 may 2020 End : ░░░░░░░░░░░░░░░