1

30 2 0
                                    




Keadaan bengkel yang berbau minyak hitam sudah biasa dihidu.

Setia menanti lelaki yang disayangi menyiapkan kerja. Tangan yang kotor itu sudah biasa, rambut depan di ikat seakan budak kecil. Tampak urat dilengannya. Seluar jean yang koyak dilutut sudah menjadi kegemaran lelaki itu.

Dania melihat jam ditelefon miliknya, jam sudah menunjukkan pukul 2:30 petang.

"Awak dah masuk waktu makan." kata Dania yang mengeluarkan bekas makanan daripada beg bewarna hitam.

"Kejap lagi saya makan." balas Fateh yang sedang fokus membaiki motorsikal honda Ex5 milik kawannya.

Dania tahu Fateh tidak akan makan selagi kerjanya belum siap. Dania datang menghampiri Fateh. Fateh yang terlalu leka dengan kerjanya tidak perasan Dania sudah duduk disebelah dia sambil memegang bekas makanan.

"Awak pandang saya." kata Dania.

Baru sahaja Fateh memusingkan kepalanya, sesudu nasi sudah berada didepan muka dia. Fateh senyum dan membuka mulut.

Fateh bagaikan anak kecil yang disuap ibu. Dania menyuapkan makanan pada Fateh. Fateh senyum kerana rasa disayangi apabila diperlakukan sebegitu. Makin bertambah rasa sayang Fateh pada Dania.

Kawan sekerja Fateh yang lain tahu, apabila hujung minggu Dania akan datang membawa bekal untuk Fateh. Tapi hari ini, Dania menyuap Fateh makan. Ada yang cemburu sebab masih tidak berpunya . Majikan Fateh sudah biasa dengan kelakuan sepasang kekasih ini.

Selesai sahaja makan, Fateh masih lagi dengan kerja nya. Dania menghulurkan air teh o ais pada Fateh. Fateh tidak memegang plastik air itu tapi hanya menyedut dari pemyedut minuman.

"Ai Fateh sampai air pun kene suapkan. Jangan nak sweet sangat depan aku. Aku single ni." kata Amzah yang membuat muka menyampah.

"Aku suruh cari seorang kau tak nak. Nasib lah kene tengok aku sweeet depan kau." balas Fateh.

Dania menahan ketawa.

"Makan suap, minum pun suap. Kenapa kau tak suruh Dania mandikan kau terus?" ujar Syafiq yang datang duduk disebelah Amzah.

"Memang aku nak suruh pun tapi tunggu halal dulu." kata Fateh dengan selamba.

Muka Dania merah menahan malu. Ada ke patut Fateh cakap macam tu depan kawan kawan dia?

"Amzah, abang Syafiq Dania balik dulu." Dania meminta diri dulu kerana sudah malu .

"Awak tak nak saya hantar ke?" soal Fateh.

"Tak apa lah. Saya boleh balik sendiri. Bye." Dania melambai dan terus pulang ke rumah dengan berjalan kaki.

Setelah bayang Dania hilang dari pandangan ,Fateh menyambung kerjanya yang terhenti kerana dua orang lelaki bujang yang masih tidak laku.

"Aku tengok kan, kau orang dah lama berkawan nak masuk 3tahun. Tapi kau tak pernah bawa Dania naik motor pergi jalan jalan atau bawa dia keluar makan. Kau tak pernah cuba ajak Dania keluar ke, Fateh?" soal Syafiq yang sudah menghampiri Fateh.

"Aku pun terfikir juga macam tu. Kalau aku lah kan, rasa nak bawa keluar. Pergi dating ke. Kau ni, asyik datang rumah dia itupun setakat depan rumah kalau tak ada mak ayah dia. Kalau ada mak ayah dia pun depan rumah bawah pokok mangga tu." balas Amzah.

"Kalau aku bagi jawapan aku, kau orang cakap aku ni jiwang lah mamat romantik lah sebab tu aku tak nak cerita." balas Fateh malas melayan sikap dua orang kawannya.

"Ceritalah Fateh. Aku nak tahu sebab kau je." kata Amzah yang teruja mahu tahu sebab Fateh.

"Aku sayang dia. Dia budak baik. Kalau aku bawa dia keluar naik motor dengan aku, nanti orang bawa mulut pasal dia. Aku tak nak lah sebab kan ikut kemahuan aku nama dia busuk. Biarlah dia datang hantarkan aku makanan ataupun aku datang rumah dia semata mata nak jumpa dia yang penting dia terjaga. Aku ni budak motor, orang kampung pandang seorang." terang Fateh.

"Wahhh! Sejak bila kau jadi baik? Dulu bukan main angkut awek kesana kesini." perli Syafiq.

"Sejak kenal dia lah aku berubah." Fateh muka senyum sendiri.

"Okey dah cukup. Aku mula menyampah bila tengok kau senyum sorang sorang macam tu. Aku nak sambung kerja aku." balas Syafiq.

"Bila kau niat nak jadikan dia isteri kau, kau mesti jaga dia baik baik." kata Amzah.

Fateh buat muka seakan akan terkejut bila Amzah berkata begitu.

"Kau Amzah ke?" Fateh menampar pipi Amzah.

"Oi , kotor lah tangan kau tu!" marah Amzah.

Mereka bertiga sambung semula kerja masing masing.

Langit sudah berwarna oren menandakan hari sudah senja. Mereka mengemas spana yang berterabur dilantai dan mengutip bekas minyak hitam. Kedai ditutup.

Sampai sahaja dirumah, Fateh membersihkan diri dan mendirikan solat. Selesai sahaj solat, Fateh ke dapur untuk masak.

Bila almari dapur dibuka hanya ada maggi kari sahaja. Fateh fokus masak maggi kerana lelaki akan fokus bila buat sesuatu perkara sebab lelaki dan perempuan amat berbeza fungsi otaknya. Lelaki akan fokus pada suatu benda tapi ke hadapan. Perempuan boleh melalukan multi task dalam waktu yang sama.

Berkain pelikat dan t shirt lalu membawa semangkuk maggi kari dan secawan teh o ais ke ruang tamu.

Fateh makan tanpa mempelawa kawan serumahnya.

"Fateh masak maggi tak nak bagi tahu aku. Kalau tak boleh masakkan untuk aku sekali." kata Daus seakan merajuk.

"Eleh kau, maggi pun malas masak. Pergi kahwin sana, ada bini yang boleh masakkan untuk kau." balas Fateh lalu memasukkan sesudu maggi ke dalam mulut. Mata nya memandang ke televisyen kerana berita itu menarik perhatiannya.

"Abang Fateh, masak kan saya maggi~" Daus membuat gaya lembut.

Haikal dan Danial sudak gelak melihat gelagat Daus yang lucu. Fateh berhenti makan dan pandang Daus.

"Aku hampir mati sebabkan kau. Kalau aku tercekik maggi macam mana tadi?" Fateh minum air eh onais nya.

"Masuk dalam surat khabar lepastu tajuk dia Seorang Lelaki Mati Tercekik Maggi. Hahahahah" Daus mengetawakan Fateh. Kawan kawan yang lain turut ketawa.

Manakala dirumah Dania, Dania sedang membantu ibunya mengelap daun pisang untuk buat lapik nasi lemak. Ayah Dania telah meninggal dunia akibat kemalangan. Ayah Dania seorang pemandu lori, lori ayahnya dilanggar oleh seorang pemandu kereta yang mabuk.

Daun pisang sudah banyak sekarang masa untuk memasak sambal nasi lemak. Dania banyak menolong ibu nya untuk meniaga. Ramai yang memuji sambal nasi lemak ibunya. Ibunya sudah tidak larat untuk bekerja hanya mampu menghantar kuih muih dan nasi lemak ke warung dan gerai yang berhampiran kawasan rumah.

"Fateh sihat?" Ibu Dania memulakan bicara.

"Sihat. Tadi masa Dania hantar makanan dekat Fateh, Fateh tak nak makan ibu. Dania pun suaplah Fateh makan." kata Dania.

"Anak ibu ni, sayang sangat dengan si Fateh tu. Bila kamu berdua nak kahwin? Ibu nak ada cucu." Mak Dibah mulakan bicaranya.

"Dania nak jaga ibu dulu kalau Nia kahwin siapa nak jaga ibu?" balas Dania.

"Ibu nak ada cucu lelaki dua dan cucu perempuan dua. Lepastu ibu nak masakkan lauk untuk cucu ibu." Mak Dibah sudah tersenyum membayangkan suasana itu.

"Ibu ni!" Dania sudah malu apabila ibunya bercakap tentang itu.

Walaupun baru berumur 20tahun, Dania seakan baru berumur 18tahun kerana tidak mengenal dunia luar bagai mana.

Hanya KamuWhere stories live. Discover now